728 x 90

Selasa, 5 September 2017

Bab 9 sudahhhhh,...

Assalamu'alaikum,

5 September 2017. Baru ada peluang untuk menulis. Diam tak diam dah masuk bab ke - 9 untuk tahun 2017. Adehhhh, apabila ditenung-tenung, dibelek-belek, ada beberapa bulan je lagi untuk lengkapkan azam dan misi tahun ni! Sempat ke?!

Khamis, 24 Ogos 2017

Another Card in A Box

Assalamu'alaikum. Fuhhh! Lama betul tak bersiaran. Mujurlah ingat lagi 'jalan pulang' nak kembali ke tower. Hari ini entri berkenaan card making. Kad kotak a.k.a card in a box. Sebelum ini saya pernah buat beberapa card in a box (atau ada yang panggil boxcard). Contohnya di sini. Kad yang di bawah ini pun jenis yang sama. Tak silap saya, saya buat sebelum raya. Nak dekat raya haji baru sempat nak buat entri!

Card in a box - Hey There
Apa yang istimewa tentang kad ini ialah bentuk 3 dimensinya. Tidaklah flat sahaja seperti kad biasa. Basically, card in a box ni ala-ala bouquet of flowers la. Kita susun hiasan (embellishments) dalam the so-called box. Nampak meriahlah hiasan-hiasan tu as if 'tersembul' keluar dari dalam kotak.

Selasa, 8 Ogos 2017

Mi Lejen Bott

Okay, nama je Mi Lejen. Tetapi tak adalah legend mana. Lejen bagi saya dan Bott je. Resepi mi ringkas ini selalu jadi pilihan kami apabila kami di rumah, kelaparan dan malas fikir nak masak apa. Jadi, Bott akan ke dapur dan masak mi lejen. Hidangan  ini hidangan ringkas, guna sayur-sayuran yang ada dalam peti sejuk.

Bahan-bahan yang diperlukan, seperti yang saya nyatakan tadi - apa bahan yang ada, cuma main ingredients-nya sayur-mayurlah. Boleh pilih guna mi kuning, bihun, yee mi (mi claypot) atau mi sua. Untuk base kuahnya, Bott akan guna stok ayam atau stok sayur. Stok sayur selalu kami buat guna lobak merah dan saderi kemudian simpan dalam freezer. Stok sayur ni nak buat stew pun senang.

Jika nak lagi berperisa, boleh guna sedikit ikan bilis, udang kering atau kaki ayam untuk buat base soup. Masukkanlah hirisan bawang merah/bawang besar, hirisan bawang putih dan sedikit hirisan halia. Setelah itu, masukkan sayur-sayur yang ada mengikut cita rasa - kubis, sawi, pak choy, tomato, lobak merah, saderi,..apa sahajalah yang ada dalam peti sejuk. Masukkan dalam periuk. Reneh seketika. Kemudian, perasakan dengan serbuk lada hitam/lada putih dan garam secukup rasa.

Kord Gitar Luluh - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)

Dalam banyak-banyak lagu Khai Bahar, saya paling suka Luluh. Bayang dan Dari Jauh Saja tak berapa kena dengan saya. OKlah untuk didengar. Cuba a bit hambar. Macam tak cukup uummmphhh. Mungkin sebab dah terbiasa dengar Khai nyanyi lagu artis lain sedap-sedap. So, tak dapat halang diri dari buat comparison. "Dia nyanyi lagu ni lagi best. Dia nyanyi lagu tu lagi feel." Mulalah jadi pengkritik tak bertauliah. Tapi, ini pendapat peribadi saya je. 😃

But, Luluh screams Khai Bahar. Maksud saya, lagu ni memang sesuai sangat dengan Khai, sesuai dengan suara dan identiti dia. Kord gitar Luluh dah agak lama tersimpan dalam draf. Baru nilah nak publish. Enjoy the chords.

Kord Gitar Luluh - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Em Am D G
C Am B7

Em Am

Sudah puas aku menangis lagi
D G

Kau hadirkan mendung awan yang kelam
C Am B7

Namun ku kan tetap bisa bertahan

Em Am

Secebis kasih yang telah kau beri
D G

Kan kusimpan dalam memori indah
C Am B7

Tapi semuanya telah berakhir

Isnin, 31 Julai 2017

Buat Kad Guna Deep Border Punch

Saya memang suka beli border punch untuk projek kraf saya. Adalah beberapa pieces dalam koleksi dan salah satunya deep border punch. Deep border punch ni corak tebukannya lebih intricate dan lebih besar jika dibandingkan dengan border punch biasa. Saya pernah tulis tentang deep border punch di sini.

Deep border punch. Cantik kan?! 😃

Khamis, 27 Julai 2017

Mulakan Gaya Hidup Hijau

Pernah dengar tentang gaya hidup hijau atau green lifestyle? Gaya hidup hijau ini bukanlah sesuatu yang baru buat kita. Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan konsep gaya hidup mesra alam sekitar ini. Cuma antara kita hendak laksanakannya dalam kehidupan seharian atau tidak.

Untuk memulakan gaya hidup hijau tidaklah sesukar mana jika kena caranya. Itulah yang saya bincangkan dalam artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora). Jangan risau, it's not complicated at all. Kita mulakan dengan langkah kecil dan lakukan secara berperingkat.

Ingin tahu lebih lanjut, jemput baca perkongsian saya. Klik gambar di bawah ye.


Isnin, 24 Julai 2017

Kad Lipat- lipat - The Final Look

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tak sempat nak tunjuk sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat?  

Pada dasarnya, kad ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima.


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya hanya guna chipboard embellishment - Happy Birthday dan tambah sentimen 'just for you' guna clear stamps dan cebisan kertas kuning dan hijau.

Ahad, 16 Julai 2017

Sedingin Pluto yang HANGAT!

Hari ini kita cerita tentang Sedingin Pluto. Saya tengah kat kedai masa tu. Coffee break la konon-kononnya. Sambil hirup kopi + layan perasaan, sambil dengar radio. Tiba-tiba keluar satu lagu best yang sangat-sangat 'memancing telinga!'

My first impression was like, 'Whoahhhhh!! Bestnya arrangement lagu ni!' Terus tanya kat budak kedai lagu siapa? Si Wan jawab lagu kumpulan baru Joe Wings. Tengok saya minat dengan lagu tu, terus dia kuatkan radio untuk saya. Lirik pun boleh layan,...

Lamanya dinanti,
Panas tak menjadi,
Kau pluto yang dingin,..


Kumpulan baru Joe Wings? Yes, adalah pernah dengar yang Joe tubuh kumpulan baru - Prime Domestic,.. tapi kenapa suara macam Aweera? Memang lenggok suara, cara tarik sebijik macam Aweera. Baru  nak capai phone (konon-konon nak google lah), Si Wan cakap, "Memang Aweera, kak!" 😆

Lagu best, lirik sedap, suara vokalis power, Sedingin Salju daripada Prime Domestic ni memang HANGAT! Bagi yang minat lagu-lagu rock, this is something fresh untuk halwa telinga kalian. Rasanya yang tak minat genre rock pun akan suka lagu ni. Dengar lagu ni kita memang tak akan duduk diamlah! Mesti goyang bahu sikit, goyang kaki  ke ikut rentak muzik 🎵♪🎧 Siapa yang nak join 'keterujaan' saya dengan 'pluto yang dingin', bolehlah cari lagu mereka ni di Youtube.

...dan seperti biasa, tangan mulalah gatal nak berdendang dengan Si Kapok. This is the easy version of the chords. Saya transposed supaya senang main. Kalau punya impian nak main sehebat Joe Wings, mohon cari chords lain ye 😃

Kord Gitar dan Lirik Lagu Sedingin Pluto - Prime Domestic (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Em C D B7
C B7


Em
tiada lagi asmara
B7
buat ku terpesona
D
tiada lagi cumbuan
A
pada cahaya bintang

C
benar bukan igauan
G
hati kaku membeku
C
bagai pluto yang dingin
B7              
asing jauh terbuang

Sabtu, 15 Julai 2017

Nutella Brownies dan Aiskrim Vanila Kari

Assalamu'alaikum,
Baru nak bertatih menulis semula. Buka blog tengok banyak bebenar entri draf yang terperam terperap. OK, hari ni nak cerita pasal brownies. Siapa suka makan brownies angkat tangan?! Kita genggggg 😃 Berbanding cupcakes, saya lebih gemar brownies atau blondies sebab teksturnya yang lebih dense.

This is  Fudge Brownies drizzled with Nutella. Dhila bawa sebagai hidangan pencuci mulut semasa berbuka puasa  & moreh Ramadhan lepas (hehehe kan dah kata,..banyak entri draf cerita peram!) Bayangkanlah, brownies ni sampai beberapa jam sebelum berbuka,...kerja saya kejap-kejap intai dia! Jalan pergi buat kerja lain, datang balik intai dia! Belum campur pada masa yang sama terbayang-bayang brownies Nutella air tangan Hidayu Ayumie, mama si Firash tu lagi. Terseksa jiwa raga dibuatnya!

Tergoda tak?!

Khamis, 29 Jun 2017

Raya! Raya! Raya!

Assalamu'alaikum,
Dah masuk raya ke-5 baru sempat nak jengah blog.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Salam Lebaran!
Happy Eid!

Moga sambutan hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat kalian semua.
Bagi yang dah masuk kerja tu, bawaklah semangat raya pergi kerja sama 😆

Di kesempatan ini, dalam ruang Syawal yang masih terasa gilang-gemilang meriahnya, saya susun sepuluh jari, ingin memohon maaf atas semua salah silap saya. Seandainya, ada kata-kata saya, tingkah laku, penulisan atau gambar-gambar saya di blog ini yang secara tidak sengaja menyinggung perasaan kalian, buat kalian hurt/terasa, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, saya minta maaf.

Khamis, 22 Jun 2017

Artikel Saya di ZCOOP Kali Ini Tentang Raya :)

Assalamu'alaikum, 
Cepat sungguh masa berlalu,...rasa macam baru saja masuk Ramadan, tahu-tahu kita nak sambut raya dah! Time flies.

Alang-alang kita dah dalam mood raya, saja nak kongsi yang artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora Magazine) kali ini pun berkisar tentang raya. Semangat rayalah katakan,..😁

Jumaat, 16 Jun 2017

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat ini antara hidangan berbuka puasa saya dan keluarga beberapa hari lepas. Nak buat kerabu ni bukan pakai jeruk buah pala potong yang biasa tu tau. Kita guna jeruk buah pala kering atau yang orang biasa panggil jeruk pala sagat tu. Berjurai halus-halus je rupa jeruknya. Di rumah ni ada dua pek jeruk pala sagat Pak Ali yang Uje bawa balik dari Penang. Kalau jeruk lain, cepat je licin-licau. Jeruk pala kurang dapat sambutan. Saya seorang je yang sambil-sambil tengok TV makan seurat. Seurat lagi 😆

Kebetulan, hari tu tekak teringin nak makan something yang masam-masam. Jadi, saya olahlah supaya jeruk pala dapat dijadikan hidangan. Beginilah rupanya Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat saya.

Kerabu Jeruk Buah Pala Sagat

Isnin, 12 Jun 2017

Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner

Bagi siapa-siapa yang gemar kumpul washi tapes atau geng planner addicts, pasti akan berkenan dengan TimeLine washi tapes ni. Twilight Practical TimeLine Washi Tapes datang sepasang dalam satu set. (Set of 2).  Satu gulung untuk hari-hari dalam seminggu manakala segulung lagi garis timeline untuk aktiviti harian kita. Bermula seawal pukul 8 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Menarik kan? Sesuai sangat untuk tepek dalam planner atau bullet journal.


Isnin, 5 Jun 2017

Spring Cleaning untuk Raya

Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu kita berpuasa. Selalunya waktu-waktu begini, fikiran sudah mula merencana task untuk spring cleaning. Aktiviti kemas rumah nak sambut raya.😉

Banyak yang perlu dilakukan untuk hias rumah. Sedia untuk sambut ketibaan Syawal. Sedia untuk raikan tetamu yang datang berkunjung. Perkara utama yang saya akan lakukan ialah pastikan rumah bersih dari habuk dan debu. So, operasi vacuum and dusting akan dilancarkan secara besar-besaran.

Kemudian, tukar susun atur perabot. Duduk di kampung, kebiasaannya tetamu datang secara konvoi. Ramai-ramai satu keluarga. Saya kena pastikan susunan perabot di rumah boleh terima seberapa ramai tetamu pada satu-satu masa. Sebolehnya, tak mahulah ada yang terkepit di satu sudut, terkongkong atau tak boleh bergerak sebab keadaan congested. Waktu raya beginilah kita nak mingle. A lot of catching up to be done.

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.

Resepi Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu ini antara hidangan kegemaran berbuka puasa di rumah. Yelah, rasa masam-masam masinnya tu membuka selera. Memang akan bertambah nasi kalau makan. 😆


Resepi Ikan Masak Taucu

Nak sediakan ikan masak taucu ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan:  Ikan (terpulang nak guna ikan apa,..kembung, merah, tenggiri pun boleh), dua labu bawang besar, beberapa ulas bawang putih, dua sudu besar taucu, beberapa batang cili hijau atau jika suka pedas, guna cili api, satu keping asam keping dan sedikit minyak masak untuk menumis dan menggoreng ikan. Oh, jangan lupa serbuk kunyit dan garam secukupnya untuk perap ikan sebelum digoreng.

Chords Memeluk Angin - Rama Eru feat Charly Van Houtten

'Memeluk Angin' merupakan single terbaru Rama Eru. Rama Eru merupakan vokalis kumpulan Phoema yang suatu masa dahulu terkenal di Malaysia dengan lagu Cinta Butakanku dan Wanita Terindah. Kiranya untuk penampilan semula, Rama berduet dengan abangnya sendiri, Charly, vokalis Setia Band.


Chords | Kunci Gitar Memeluk Angin - Rama Eru feat Charly Van Houtten

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


G
Apakah terlalu lama
Em C
Apakah kau jenuh kepadaku
D
Jujurlah padaku

G
Ku tak paksakan kau bila
Em C
Ingin selalu pergi dariku
D
Dan kutahu hatimu

C D
Tak ada aku lagi
Bm Em
Perih yang kurasakan
Am D G
Pengorbananku semua sia-sia

Khamis, 1 Jun 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Salah satu hidangan iftar di rumah baru-baru ini. Ayam berlada serai dan halia. Ayam goreng serai yang crispy di luar, tender di dalam disalut dengan sambal berlada yang wangi. Rasa serai dan halia yang ketara. Jom tengok resepinya.


Resepi Ayam Berlada Serai dan Halia

Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk ayam:
  • + 500 - 600g ayam (dipotong dan dibersihkan) 
  • 1 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 - 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai  (dikisar)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • tepung jagung secukupnya untuk salut ayam
  • minyak masak untuk menggoreng

Rabu, 31 Mei 2017

Wordless Wednesday - A..B..C


Alphabets Stamps

Beli Barang Kraf dari Peppermintzakka

Baru-baru ini saya mencari clear stamps Calendar. Tidak kisahlah design yang macam mana. Janji ada kalendar sebab nak guna buat kad + untuk buku reminder saya. Cari punya cari, survey punya survey, jumpalah apa yang dihajati di satu kedai online ni - Peppermintzakka.

Niat di hati nak beli clear stamp itu je. Tetapi, banyak pula benda comel-comel yang ada kat Peppermintzakka. Tergoda + rambang mata = 5 item!

Purchased  on late night of 20th May, items received on the 24th. Punyalah berbunga-bunga hati, barang yang dibeli selamat sampai ke tangan.  Cara pembungkusan memang tiptop! Pakai kotak, plastic wrap,..so barang yang kita dapat memang dalam keadaan baik. Tanpa cela. 👍


Sejuk hati tengok packaging barang cantik dan sweet begini 😆

Selasa, 30 Mei 2017

Resepi Airfryer - Ayam Goreng Kunyit

Sebelum ini saya pernah tulis beberapa entri resepi menggunakan airfryer seperti Cendawan Goreng, Sayur Campur Honey BBQ dan Ayam Goreng Rempah. Hari ini, satu lagi resepi mudah (dan tidak menggunakan minyak langsung) - Ayam Goreng Kunyit.

Untuk hidangan ini, kesemua bahan kita masukkan dalam airfryer. Tak ada goreng atau tumis di kuali. Bahan-bahan yang diperlukan: 400 - 500 g ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, 2 labu bawang besar dipotong bulat-bulat, kacang panjang, lobak merah, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Mula-mula, perap ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Potong bawang, kacang panjang dan lobak. Banyak mana hendak guna kacang panjang dan lobak merah, terpulang pada cita rasa. 

Setelah itu, masukkan potongan ayam yang telah diperap ke dalam airfryer dan masak selama 20 - 25 minit. Guna suhu 200 darjah celcius. Sebenarnya, suhu dan jangka masa memasak bergantung kepada saiz potongan ayam dan tekstur ayam yang dikehendaki. Jika saiz potongan ayam kecil, memadai untuk guna 200 darjah celcius, 15 ke 18 minit. Jika potongan ayamnya besar, 25 minit. Inginkan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam? Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Pandai-pandailah adjust suhu dan masa asalkan hasilnya kena dengan selera.

Isnin, 29 Mei 2017

Belajar Brush Lettering

Salam 3 Ramadan! Bagaimana perjalanan Ramadan kalian setakat ini?Ada yang dah mula sibuk shopping atau buat kuih raya ke?

Alhamdulillah, saya cuti sepanjang bulan puasa sampailah seminggu lepas raya. Heheheh this is one of the perks of kerja sendiri. Cuti pun ikut kepala sendiri  😆 Bulan puasa tahun ni, selain nak cuba laksanakan ibadah sebanyak dan sesempurna mungkin, saya nak rehat puas-puas! Rehat dari urusan kerja. Dari hujung tahun lepas, sibuk berkejar ke sana ke mari, langsaikan itu ini. So, insya-Allah bulan puasa ni jadi tempoh bertenang untuk saya.

Time-time beginilah boleh relaks sedikit, buat kraf, blogwalking (akan cuba sedaya upaya untuk kunjungi kalian), dan layan hobi baru. Brush lettering. Sebenarnya, saya minat nak belajar brush lettering ni dah lama dah. Tak ada kesempatan nak attend kelas. Then, bulan April baru-baru ini ingat nak belajar via internet je. Di Youtube, di blog-blog dan Pinterest ada banyak tutorials dan templates mudah untuk latih brush lettering. Saya siap buat misi 30 days brush lettering lagi. Punyalah semangat. Sudahnya, saya ke mana, brush lettering ke mana,..tak sampai seminggu, misi kandas! 

Sabtu, 27 Mei 2017

Bertemu lagi Ramadhan,..



Selamat menunaikan ibadah Ramadhan.
Mudah-mudahan kita semua dapat peluang untuk manfaatkan bulan ini sebaik-baiknya,
Ampun maaf andai ada salah silap, salah perilaku, tindakan atau kata-kata
Semoga kalian semua dikurniakan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk menempuh Ramadhan.

Jumaat, 26 Mei 2017

Mi Band 2 - Fitness Tracker Mampu Milik yang Awesome dan Berbaloi!

Assalamu'alaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang salah satu fitness tracker yang tengah hot - Xiaomi Mi Band 2. Apa yang hot? Haaa, itu kena baca entri saya sampai habis ye :)

Kita semua tahu, peralatan untuk exercise and fitness bukan murah. It's quite costly. Kalau tak ada ratus-ratus dalam tangan, lupakan sahaja hasrat nak beli. Yes, memang ada equipment, gadjet atau fitness tracker yang boleh diperoleh dengan harga murah. Kita kena bersedialah dengan kualitinya yang crappp! Yang tak semenggah! Or lacking in certain important features.

Tetapi tidak dengan Mi Band 2. Apa yang saya boleh kata tentang fitness tracker yang satu ini -
 Mampu milik dan Berbaloi!


Xiaomi Mi Band 2

Kord Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Easy Chords)

Kord Gitar dan Lirik Lagu Tergantung Sepi - Haqiem Rusli (Easy Guitar Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am G F E

Am Dm E
Cukup di sini perjalanan kita
Am Dm E
Menghukum diri mendera hati ini
Dm G Em
Terhimpit dengan suasana

Am Dm E
Berat rasanya sukar diluahkan
Am Dm E
Bernafas ragu menghembus pilu
F Dm
Perasaan ini
E
Tergantung sepi

Khamis, 25 Mei 2017

Resepi Ayam Adobo - Juadah Pilihan Kegemaran untuk Berbuka

Sedar tak sedar, kita akan menyambut Ramadan. Terujanya nak menempuh bulan puasa tahun ini! Mudah-mudahan kita semua akan diberi kesihatan dan kelapangan melaksanakan ibadah bulan mulia ini dengan jayanya.

Banyak persiapan yang perlu dibuat. Antara yang penting, saya kena rancang menu untuk Ramadan. Yeayyyy! Part ini paling saya suka. Kebiasaannya saya akan pilih juadah-juadah kegemaran saya dan keluarga sebagai hidangan berbuka. Bila dah plan siap-siap, mudahlah untuk beli barang-barang masak yang diperlukan. Plus, tak perlu pening kepala fikir nak masak apa hari tu. Semua dah dirancang lebih awal.

Sebut tentang juadah berbuka, salah satu hidangan yang menjadi top picks ialah Ayam Adobo. Hidangan dari Filipina ini memang jadi kegemaran saya dan famili. Rasanya yang masam-masam, peppery dan manis, ditambah pula dengn tekstur ayam yang rangup di bahagian luar, lembut di dalam, sesuai sangat dijadikan lauk utama berbuka. 

Ayam Adobo

Selasa, 23 Mei 2017

Resepi Overnight Oat - Avokado dan Chia Seed

Satu lagi resepi OO kegemaran saya. Guna avokado. Sorry gambar kabur. Snap kat dapur depan peti sejuk 😅 Masa ni tergesa-gesa nak meninggalkan rumah.

My avocado and chia seeds OO. For this version, saya suka lebihkan susu.

Isnin, 22 Mei 2017

Itik Berenang Pulang Pada Senja

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baru!

Kes itik ni masa ulang kaji dengan students. Buat latihan peribahasa bergambar.
Saya letakkan syarat, fikir betul-betul sebelum jawab. Try recall peribahasa yang dah dipelajari sebelum ini. Cuba jawab semua. Soalan peribahasa bergambar ni senang je,...bukan tanya maksud, bukan suruh buat ayat. Tengok gambar dan relate dengan peribahasa yang bersesuaian.

...dan ini yang saya dapat.


 ðŸ˜†ðŸ˜ðŸ˜

Susah payah itik tu berenang pulang pada waktu senja! Lepas ni cikgu kena lebih gigih lagi 'implan' peribahasa-peribahasa dalam fikiran kalian.

Rabu, 17 Mei 2017

Wordless Wednesday - Popcorn dan Soda



Chords True Love - Kata Hati (Easy Chords)

Berderet-deret permintaan nak chords True Love! Terkial-kial juga saya pagi ni apabila check inbox. True Love? Lagu apa? Filem baru ke? Rupanya True Love ni bukan filem tau, ni projek Naelofar Hijab Raya Campaign untuk 2017. Saya pun baru tahu lepas tengok klipnya.

Sekali dengar, terus jatuh cinta dengar pertama dengan lagu ciptaan Aizad dan abangnya ni. Nyanyian Dhany, vokalis Kata Hati pun sangat ummmmphhhhh! Hari ni, saya memang seharian dengan si Kapok. Jadi, ada masa free, buat easy chords True Love. Masih raw. Mungkin ada a few notes yang perlu ditukar (in case you all rasa kurang kena). Dah nak masuk rehearsal, so tak sempat nak teliti sangat. Nanti kalau ada apa-apa perubahan, saya update. Till then, selamat berdendang! 


Kord Gitar | Kunci Gitar  True Love - Kata Hati (Easy Chords)
OST True Love - Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
E

E Am
Malam-malamku tanpamu
B7 Em
Dingin sejukku terasa
E Am
Di sini harummu mewangi
B7 Em
Sejujurnya kau selalu ada

Selasa, 16 Mei 2017

Hari Pahlawan Tanpa Tanda Jasa

Assalamu'alaikum,

Buat semua guru, teacher, cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, sifu, sensei,..
Apapun gelaran dan panggilan kalian, 
Asalkan kalian memegang mandat sebagai seorang pendidik,
Kalian layak untuk dihargai hari ini.
SELAMAT HARI GURU!

Jumaat, 5 Mei 2017

DIY Kad Hari Guru - Doodles

[This is a scheduled post. Currently, I am away.]

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Jumaat!

Minggu ini saya dapat luangkan masa lebih sedikit dengan students saya. Macam biasalah, masuk je bulan lima, ramai yang merengek minta idea untuk buat kad hari guru, kad hari ibu. The main concern is kad hari gurulah sebab kebanyakan mereka bukan sahaja mahu beri kad dan hadiah buat guru kelas, tetapi beberapa guru lain yang mengajar mereka.

Jika tahun lepas, my Form Three kids buat kad DIY bertema bunga, tahun ini saya cadang 'kita buat dengan apa yang ada' 😆 Edisi jimat kos dan bajet. Budak-budak kan,...I don't want them to incur unnecessary expenses di luar kemampuan tetapi pada masa yang sama, saya tak mahu bantutkan niat mereka yang mahu berterima kasih dan tunjuk penghargaan pada guru.

The kids tak ada banyak barang sangat pun. Kebanyakannya ada kertas berwarna hitam dan putih (plus a few extra colours). So, we all decided to do something black and white. Tengah cari-cari idea, saya ternampak kasut-kasut cantik kiut-miut yang didoodle oleh Mummy Julia. Tinggggggg! Terus mentol di kepala mengeluarkan cahaya!

Khamis, 4 Mei 2017

Tutorial Kraf Kertas - Inspirational Magnetic Bookmark

Dalam salah satu entri Wordless Wednesday saya sebelum ini, saya tunjukkan magnetic bookmark yang ada kata-kata inspiration. Seperti yang pernah dijanjikan di sini, hari ini entri susulan tutorial cara-cara membuat penanda buku bermagnet dengan kata-kata berinspirasi/ motivasi 😃

Bahan-bahan yang diperlukan:


Rabu, 3 Mei 2017

Memilih Swimming Suit yang Sesuai untuk Aktiviti Air


How to choose the right swimming suit? Bagaimana hendak memilih swimsuit yang sesuai? Haaa, tentunya persoalan ini menghantui fikiran kita dan buat kita jadi tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk memilih pakaian renang yang terbaik, yang padan untuk diri sendiri? Apatah lagi jika kita sedang menyiapkan diri untuk percutian indah lagi mendamaikan di tepi pantai mahupun di pulau.

Bagi sesetengah wanita membeli swimming suit ada masanya memenatkan. Prosesnya boleh jadi rumit, melecehkan dan akhirnya kita ended up dengan sepasang (atau dua) swimsuit yang ‘hanya cukup makan’, sekadar main beli sahaja. Akhirnya, hati berdongkol sebab swimsuit yang dibeli tak menepati kehendak. Sayang kan,..

Sebenarnya, nak dapatkan swimsuit sesuai untuk badan dan membuatkan kita rasa selesa adalah tidak mustahil. Saya ulang,...TIDAK MUSTAHIL! ðŸ˜ƒ

Kord Gitar Jampi - Hael Husaini (Easy Guitar Chords)

Sebenarnya, sebelum ini dah beberapa kali saya dengar lagu Jampi. Tetapi tak terpancing telinga hehehe. Dengar begitu-begitu je. Mungkin masa dengar tu saya tengah buat kerja, fikiran serabut nak siapkan itu ini, so I didn't really enjoy the song. Bagi saya, suara Hael melalui lagu tu agak tenggelam dalam kemeriahan susunan muzik. [Mode fikiran serabutlah katakan]

Baru-baru ini, di kedai kami ada anjurkan Acoustic Night. Jadi, siapa-siapa nak mengamen, nak perform, bolehlah tunjuk bakat, berdendang sambil petik gitar. Sambil-sambil tu, boleh hiburkan customers yang datang. Ketika itulah saya dengar lagu Jampi versi akustik dan terus jatuh cinta! Lagu apa ni?! Jampi?! 

Siap buat 'research' dekat Youtube tengok cover-cover Jampi yang lain. Cover si Haqiem Rusli antara yang best! Oh, nyanyian Hael untuk AkustikHot pun superb! Apabila dah suka, mestilah kena ada chords yang menyusul kan,...Tetapi, bukan saya yang buat. Saya minta chordsnya daripada Wira, anak muda yang performed lagu Jampi malam tu. Thanks so much, Wira! Enjoyyyyy!

Selasa, 2 Mei 2017

Semua 50 Persen

Hari ini saya masih lagi bercuti. Tidak ke mana-mana. Ada tempahan photo booth props yang perlu disiapkan. Kemudian, nak kemas bilik kraf sikit. Bayangkan, sibuk sangat dengan rutin harian, ada beberapa bungkusan plastik dan beg kertas (berisi bahan-bahan buat kraf yang saya beli) yang masih tak terusik. Dari hari beli sehinggalah ke hari ni, duduk terperam je kat satu sudut.

Ini salah satu plastik yang berjaya dibuka. Semua barang di bawah saya dapat potongan 50 peratus daripada harga asal. Beli awal bulan April tak silap. Ketika tu, POPULAR Cawangan IPC buat Pre-Renovation Sale.

Yipppieeeeee!
Ink pads, punches and ribbons :)
Punyalah gembira tengok banyak barang kraf dijual separuh harga! Rambang mata dibuatnya! Itu pun  saya dah 'saring' betul-betul. Kalau tak abis semua nak diborong. A copuple of new addition to my craft punches and ribbons collection dan beberapa warna tambahan ink pads untuk stamping. Berbaloi-baloi!!!

Isnin, 1 Mei 2017

DIY Kad Hari Guru

Intai search keywords minggu ni, dah mula ada yang cari diy kad hari guru. Jika diikutkan perancangan asal. saya ingin buat beberapa tutorial mudah untuk diy kad hari guru. Tetapi, masa nak membuatnya terhad. Jadi, buat sementara ini, tengok entri lama dahulu ye. Moga dapat jadi idea dan inspirasi.

Insya-Allah, by the end of this week saya cuba kongsi tutorial/idea baru untuk buat kad hari guru mudah dan yang penting jimat kos! 

Kad Hari Guru - Tema Bunga


Selasa, 25 April 2017

DIY Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)

Sebelum ini, ada beberapa pembaca yang personally e-mel saya bertanyakan hiasan kraf yang saya guna dalam projek kraf seperti kad ucapan dan scrap page (scrapbook). Maaf ye, kalau jawapan dan info yang saya beri kurang lengkap atau kurang memuaskan. Ketika itu, saya agak tergesa-gesa dan sibuk melunaskan urusan kerja. Ada yang ingin tahu sama ada saya buat sendiri embellishments atau beli di kedai kraf. Jawapan saya, kedua-duanya. 

Kadang-kadang, untuk isi masa senggang, saya akan buat hiasan kraf sendiri menggunakan barang-barang yang saya ada. Jimat pun jimat. Pada masa yang sama, kita dapat buat hiasan bersesuaian dengan projek kraf yang sedang dihasilkan dan lebih menepati citarasa kita. Ada kalanya, saya akan beli crafts embellishments di kedai terutamanya apabila ada promosi/diskaun dan hiasan kraf itu boleh digunakan dalam kebanyakan projek saya. 

Sabtu, 22 April 2017

Pilihan Hotel Murah, Bajet dan Selesa Sekitar Langkawi

LANGKAWI? Sebut sahaja tentang destinasi pelancongan yang satu ini, pasti macam-macam yang indah, yang menarik terlintas di kepala, kan? Coklat murah, shopping barang-barang murah, tempat-tempat bersejarah, keindahan alam semula jadi dan aktiviti-aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk dicuba.

Kredit

Rabu, 19 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my.

Lama juga tak join sebarang GA atau segmen. Jom kita sertai GA anjuran Fiza, pemilik blog Ourmemoria 😊 Butiran lanjut baca di bawah ye.

____________________________
Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.

Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Wordless Wednesday - Labu Goreng




Isnin, 17 April 2017

Chords Kekasih Bayangan - Cakra Khan (Easy Guitar Chords)

Happy Monday! Selamat memulakan minggu baru! Memandangkan hari ini memang saya tidak kerja dan kebetulan tidak ke mana-mana, jadi luangkan masa dengan Si Kapok. Kita petik lagu Cakra Khan - Kekasih Bayangan. Mellow je lagunya. Mungkin tidak segah Mencari Cinta Sejati atau tidak sehebat Seluruh Cinta. Tetapi, secara peribadi, saya rasa Kekasih Bayangan punya keindahan dan sweet+jiwang yang tersendiri.

Seperti biasa, kord mudah untuk kalian. Selamat berdendang!

Kord Gitar | Kunci Gitar dan Lirik Kekasih Bayangan - Cakra Khan (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C G Am 
Dm F G

C G
Padamu pemilik
Am Em
Hati yang tak pernah ku miliki
F Em-Am
Yang hadir sebagai
Dm-F C G
Bagian dari kisah hidupku

Khamis, 13 April 2017

KPOP Theme Birthday Party - Preparation

Hujung Mac baru-baru ini, saya dapat task party planning. Temanya - KPOP. Heheheh! Siapa peminat KPOP mesti sukalah! Pada asalnya, saya hanya dapat tempahan untuk photo props sahaja. Alhamdulillah, along the way, si penganjur parti minta saya siapkan item untuk goodie bags, table mat, centerpiece dan birthday card sekali.

Sebenarnya, hari ini tak larat + tak ada mood nak tulis entry party planning panjang-panjang. Makanya, hari ini saya kasi teaser dululah ye. Tunjuk sikit-sikit preparation buat task ni. Nanti saya follow up dengan entri penuh pula.


Photo props - Sebelum dipotong, disembur dengan acrylic clear paint dan dipasangkan lidi.
Kenal tak gambar siapa tu?

Isnin, 10 April 2017

Terima Kasih Tertunggak - Hadiah Math Challenge Izzeyda

Satu lagi entri penghargaan tertunggak. Kali ini khusus buat Izzeyda, teman blogger dari utara yang sebaya dengan saya. Sekitar bulan Februari, asal ada kesempatan, saya paksa diri untuk blogwalking. Jengah rakan-rakan blogger. Semenjak saya terikat dengan komitmen di Kota B, dah tak dapat nak berblogging, blogwalking dan saling berbalas komen seperti dahulu. Jika dapat tinggal satu dua komen per blog tu dah kira capai targetlah!

Ketika berkunjung ke blog Izzeyda, ada entri Math Challenge. Entri Uji Mindanya di sini. Saja jelah suka-suka saya mengira sama. Playar campur playar,.. playar campur gerudi,...gerudi tolak pemutar skru,...

Rupa-rupanya, jawapan saya betul! Entri keputusan Math Challenge  di sini. Heheheh dan Izzeyda beri ganjaran buat peneka-peneka yang berjaya! Wahhhhh! Tak sangka! Ini rezeki blogwalking terpijak namanya! 😃😃😃

Thanks so much, Eyda. Hadiah wang tunai pemberian Eyda telah selamat akaun saya terima. Moga Eyda dan anak-anak sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan dikurniakan rezeki berlipat ganda! Jom terjah blog Izzeyda ramai-ramai! Ada banyak kisah Eyda bersama dua puteranya, reviews tentang tempat dan aktiviti-aktiviti menarik khususnya di belah utara dan macam-macam lagilah. Eyda ni sekarang aktif sertai run tau! Respect betullah! Kalau saya, setakat lari kejar si Yuri tu, mampulah 😆


Buat Kad Lipat-lipat

Ini percubaan pertama saya buat kad lipat - lipat begini. Birthday card. Temanya biru dan polka dots. Kad lipat-lipat begini sesuai untuk letak banyak gambar sebab sisi depan sisi belakang semuanya kita hias.


Baru 70% siap! Tiba-tiba abandoned begitu sahaja sebab sekarang saya suka buat card in a box pula. Hehehe. Nantilah, apabila berjaya disiapkan, saya kongsi hasilnya. Insya-Allah, kalau ada masa, saya sertakan dengan tutorialnya sekali. Dah lama dah tak buat entri tutorial kraf kertas.

Ahad, 9 April 2017

Demi Hidup Lebih Sihat!

Yeayyyyy! Yang ditunggu-tunggu dah tiba. Sale World Health Week Lazada kini bermula! Saya memang tunggu sale yang satu ini. Banyak barang nak dibeli. Beraneka barangan dari vitamin dan suplemen, keperluan senaman, range pilihan makanan sihat sehinggalah ke produk-produk penjagaan kesihatan, ditawarkan pada harga super istimewa!

Tunggu apa lagi,..
Klik banner di bawah dan mula shopping keperluan hidup sihat kalian sekarang! It is never too late to embark on a healthy lifestyle journey :) Jom join saya!

Lazada Malaysia



Sabtu, 8 April 2017

Kord Gitar Aku Sanggup - Sufi (Easy Chords)

Selamat berhujung minggu! Hujung-hujung minggu ni tak ada mood nak buat entri baru. Jadi, kita layan chords gitar jelah ye. Lagu Aku Sanggup nyanyian Sufi ni satu lagi lagu untuk halwa telinga kalian yang gemar hits 90-an. Asyik layan Aiman Tino je,...cuba-cubalah dengar Aku Sanggup pula ;) Rasanya pertaruhan Sufi kali ni sesuai dengan kehendak pasaran yang giat mengembalikan kegemilangan lagu-lagu 90-an. Sekurang-kurangnya, lagu Sufi yang ini jauh lebih sedap daripada single pertama ciptaannya yang dibawa semasa final AF. OK, seperti biasa, chords yang sudah ditransposed menjadin lebih mudah. Enjoyyyyyy!


Kord Gitar Aku Sanggup - Sufi (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am Em B7 Em

Em   
Termenung sendu
         Am        
Ratapi luka yang telah terguris
B
Mengejar bayang
Em                          B
Moga terbukanya pintu hati

Em
Rindu saat kita
            Am              
Seperti lalu saling menyayangi
B7            
Namun kau berubah
                            Em 
Tawar hilangnya kasih


Khamis, 6 April 2017

Terjah Dunia Whimsical Beauty and The Beast

Isnin lepas, saya memang ada di sini. Isnin saya tak kerja. So, menjeruk jelah di rumah Cekebon. Tengah layan kantuk, tiba-tiba Cekengah called. Dia kata dia ambil half day, ajak saya tengok Beauty and The Beast. Bisa! Bisa! Sepantas kilat saya dan Bott bersiap. Jumpa Cekengah di e@Curve, Mutiara Damansara.

Kitorang masuk slot 1.30 petang. Dari mula scene, sampailah ke credit title,.. I really enjoyed myself. I mean, faham-faham sajalah cerita fairy tales bagaimana kan. Best! Whimsical!💫 Start je filem, saya dah masuk dunia Beauty and The Beast. Tak fikir apa-apa dah pasal kerja ke, komitmen lain ke, barang dapur nak kena beli ke,...semuanya put on hold. It was indeed a good break from my tiring and hectic schedule. Was enticed by each and every scene and all the songs played throughout the movie. Secara keseluruhannya, saya memang puas hati! Cuma secara peribadi, saya lebih suka si Beast berbanding bila dia dah tukar semula jadi manusia. Hehehe rasanya beast lagi comel kot! 😆

Tetapi, kata-kata saya ini hanya boleh diguna pakai untuk kalian yang minat cerita-cerita dongeng begini. Kalau ada yang spesies macam Bott, (cerita Avengers,..Optimus Prime takluk bumi dan disasters apokalips semua dia boleh hadam, tetapi cerita Beauty and The Beast dia kata tak make sense,...) maaf banyak-banyaklah ye. This is not going to be your cup of tea.

Selasa, 4 April 2017

Smurfs The Lost Village

Bukan review filem ye. Cuma nak cerita, saya jumpa dengan si makhluk biru ni di IPC Shopping Centre pertengahan bulan Mac yang lepas. Kebetulan masa tu, saya dan Bott tengah order makanan kat salah satu food truck di luar IPC tu. Ini dah jadi macam hobi kami berdua setiap kali ke IPC - beli something from one of the trucks. Sebab food trucks di IPC ni bertukar-tukar. 3 hari food trucks yang ini, another 3/4 hari food trucks lain pula. So, banyaklah pilihan untuk dicuba :)

Sementara menunggu order siap, saya masuk ke ruang legar IPC. Tak semena-mena melangkah kaki ke perkampungan The Smurfs. Cuti sekolah masa tu, so adalah beberapa aktiviti yang diorang organized untuk budak-budak sempena promosi Smurfs: The Lost Village. Tak toleh kiri kanan, saya dok aim cari seats kosong. Lenguh kaki berjalan. Hari tu sibuk cari buku untuk students dan beli barang party planning.

Tengah-tengah duduk, baru perasan saya lepak sebelah makhluk biru comel ni. Apa lagi,...wefie satuuuu!

Dah ajak fist bump,..layankan aje,.. ;)

Jangan lupa, buat peminat makhluk biru comel-comel ni, Smurfs: The Lost Village akan mula 'membiru' di pawagam bermula 6 April nanti!

Isnin, 3 April 2017

Terima Kasih Tertunggak - Hadiah GA Dylla Rezan

Hujung tahun lepas saya ada joined Yindia Segmen untuk Bloggers & Instagrammers anjuran adinda Dylla Rezan. Segmen ini diadakan setelah Dylla pulang dari trip kembaranya ke India. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang pemenang. Hadiah ini pun saya terima sekitar bulan Februari, tak silap. Lebih kurang sama masa dengan ole-ole London Anies. Cuma lambat update di blog ;)

Ini yang saya terima. Sebuah bekas cantik berwarna hijau, rantai kunci dan sekeping poskad Taj Mahal. Terima kasih banyak-banyak, Dylla for the gifts. Merasa dapat sayup-sayup angin India.  ðŸ˜†Suka sangat! Bertambah koleksi poskad, bertambah koleksi rantai kunci dan bekas hijau tu pula,... dah terletak cantik depan meja cermin jadi bekas kerongsang :) 


Jumaat, 31 Mac 2017

Tutorial Kraf Kertas - DIY Watercolour Art

Hari ini saya nak tunjuk cara buat Watercolour DIY Decor. Haaa,...jangan risau. Jangan fikir berat-berat. DIY ini sangat mudah! Tidak perlu skill khusus, tak perlu pergi kelas watercolour art. Ala ala DIY ceneke-lah kiranya. Tapi, kalau hasilnya cantik, apa salahnya kan?!

Apa yang diperlukan? Ini yang penting. 👇👇👇


Khamis, 30 Mac 2017

Sticker Book of Phrases | Foil Statement Pad

Antara bahan baru untuk stok kraf saya. Foiled Statement Pad dan Sticker Book of Phrases ni bukan sahaja sesuai untuk buat kad/scrapbook/projek kraf kertas, malah sangat sesuai untuk planner addicts hias planner. Boleh dapatkan di POPULAR. Tak silap saya harga Sticker Book of Phrases - RM7.90. Foiled Statement Pad tu mahal sedikit sebab ada banyak hiasan/sticker yang guna gold foil. Cantik memang cantik. 👍👍👍 Bling-bling berseri projek kita dibuatnya. Harga RM12.90. 


Bahagian dalam.
Cantik-cantik kan? 😃

Kalau berminat, cari di cawangan POPULAR terdekat. Semasa saya beli kedua-dua buku sticker ni, Popular IPC sedang buat Pre-renovation Sale. Jadi, rezeki dapat 30% diskaun. Yeayyyyyy!

Saya nak buat inspirational magnetic bookmark dengan stickers di atas. Nanti saya tunjuk hasilnya.


iPrice Blogger Competition

Pernah dengar tentang iPrice? iPrice merupakan satu portal yang sangat sesuai untuk kita yang selalu membuat pembelian secara dalam talian (online shopping). iPrice bukan sahaja ada di Malaysia, malah di negara-negara utama Asia Tenggara. Dengan misi utama menjadikan pengalaman online shopping pembeli lebih baik, iPrice membantu pengguna membandingkan harga, menyenaraikan kupon-kupon dan tawaran menarik agar setiap pembelian yang dilakukan lebih berbaloi, setanding dengan nilai wang yang dibelanjakan.


Isnin, 27 Mac 2017

Terima Kasih Tertunggak - Ole-ole daripada Anies

Terima hadiah pemberian daripada Anies, pemilik blog Anies ❤ You sebenarnya sekitar bulan Februari yang lalu. Tetapi, memandangkan dua bulan belakangan ini kesempatan saya berblogging amat terhad, lambatlah entri penghargaan ini dapat diterbitkan.

Anies hantar ole-ole istimewa dari London. Tidak silap saya ole-ole ini kerana saya jadi salah seorang antara 20 pengomen terbanyak di blog Anies ❤ You sepanjang 2016.


Fridge magnet London yang cantik. Ada Big Ben, double decker bus dan National Gallery (rasanyalah,..), among the main attractions yang ada di Kota London. Suka sangat-sangat. Bertambahlah koleksi fridge magnet saya!

Terima kasih banyak-banyak, Anies! Domo arigato! Saya amat hargainya. Semoga ada rezeki Anies untuk travel lebih jauh lagi, banyak tempat lagi! Oh, jangan lupa baca kisah kembara London Anies dan kisah-kisah kembara yang lain di sini. Kisah bola pun ada! Anies ni fan bola tegar tau! 😆


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...