Isnin, Januari 09, 2017

...kerana Allah lebih sayang kau.

Beberapa bulan belakangan ini, saya kerap membaca status-statusnya di Facebook. Tidak memberi sebarang respon, Like atau tinggalkan komen (persahabatan kami memang pada dasarnya begitu). Tapi, setiap kali mengikuti perkembangannya yang mengandungkan anak ketiga, saya akan cakap pada diri, nak lawat dia masa berpantang. A lot of catching up need to be done.

Sibuk dengan kerja. Sibuk berulang-alik. Nak masuk Facebook jauh sekali. Tiba-tiba semalam dapat notification daripada Izwana (thanks so much, Izwana), mengatakan yang teman saya itu telah pergi. Pulang kepada Pencipta. Lama saya terpaku depan laptop. Air mata mengalir laju. Berkali-kali saya baca status yang diupdate dan komen teman-teman sekolah. Tak percaya. Betul ke Mar dah tak ada? 😢😢😢

"Farrah, kau nak jadi pengawas tak?"
Itu perbualan pertama saya dengan Mar. Kami sama-sama di Tingkatan Empat. Sudah tentunya saya geleng laju-laju. Dalam hati terfikir,..apsal budak ni tiba-tiba approached aku? Saya baru berpindah ke sekolah itu. Masih tak ramai kawan. Masih terkial-kial nak sesuaikan diri. Mar pula baru masuk semula ke sekolah setelah memilih untuk tidak lagi meneruskan pelajaran di sekolah berasrama. Kiranya, ketika itu memang ramai batch kami yang Form 1 - Form 3 sekolah tempat lain, masuk Form 4 sekolah kat situ.

Kami berlainan aliran. Mar budak pure Science. Saya pula budak Art. Memang jarang jumpa lagipun kelas kami berlainan blok. Tetapi saya perasan, Mar super friendly. Setiap kali bertemu, dia yang beria-ia memulakan perbualan. 

"Bapak aku kata, kau..."
"Semalam aku tengok lukisan kau kat meja bapak aku..."
"Hahahah bapak aku ketuk tangan kau semalam kan sebab kau lukis rumah, dinding kau garis warna hitam!"

Kebetulan ayah Mar, Cikgu Raja Baharudin, guru lukisan saya. Jadi, perbualan-perbualan ini yang mula merapatkan kami.

Habis sekolah, kami lost contact buat seketika. Mar yang gigih traced saya semula. Dia hantar surat dan kad pada saya di universiti, doakan kesihatan saya yang kala itu agak teruk. Sedangkan, dia sendiri sejak dulu ada masalah jantung.

Mar bukan kawan rapat saya.
Tapi Mar sentiasa ada.

Mar cheerful orangnya dan satu nilai yang saya belajar dari Mar,..dia tidak busuk hati. Dia tak pandai berburuk sangka atau dengki.

Kami tidak selalu berhubung, berbulan-bulan, malah makan tahun. Tapi, apabila berbicara dengannya, saya akan rasa seolah-olah tidak pernah berpisah langsung dengannya. Tak ada jarak. Tak ada rajuk atau terkilan. Dia tetap Mar yang saya kenal.

Mar bukan orangnya yang akan menjauh jika kawan tidak attend majlis-majlis yang dianjurkan, kawan tak datang gathering/reunion. Saya hilang ramai kawan kerana saya selalu 'tenggelam timbul'. Ramai yang sakit hati dengan sikap saya yang seolah-olah tak mahu bersosial. Tak reti hargai kawan. Tetapi saya tahu saya tetap ada Mar.

Mar antara kawan yang tidak pernah pertikaikan, "Kenapa kau tak jadi lawyer?" Don't be suprise.  Kawan baik saya pada masa tu (bukan Bott) pun boleh keluar statement "Belajar 4/5 tahun susah-susah, at last kau tak jadi lawyer! Sia-sia je!" Sebaliknya, Mar sentiasa sokong apa sahaja yang saya lakukan. Saya buat ini, dia support. Saya buat itu, dia support. Malah saya berblog pun, gigih dia baca blog saya. 

I lost a friend...
Tengah sedih, satu lagi notifikasi masuk. Kali ni, Hazwani Hanis reacted to one of her status two years ago. Berjuraian lagi air mata nih. Thanks, Nis.



Mar, aku akan sentiasa rindukan kau.
Janji kau dengan Allah cukup setakat ini sahaja.
Kau dah jadi anak, kakak, isteri, ibu dan sahabat yang baik buat kami yang tinggal ni.
Entri ini bukan untuk kau, tapi untuk aku.
...supaya aku ingat yang Allah pernah pinjamkan kau dalam life aku, serikan hidup aku.
I'm glad,..bersyukur sangat-sangat aku berpeluang mengenali kau.


Al-Fatihah
Raja Mardiana Raja Baharudin
5 Jun 1981 - 7 Januari 2017

Moga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.


Takziah buat keluarga Cikgu Raja Baharudin, suaminya Shahidzwan, anak-anaknya, Sofea, Marwan dan newborn baby boy. Semoga kalian tabah dan sabar menerima kehilangan ini.

74 ulasan:

  1. Bila baca entri ni...PC yang tidak mengenali beliau pun terasa sangat dekat...subhanAllah,moga Allah limpahkan sebanyaknya kasih sayang kepada beliau...moga setiap pertanyaan malaikat mudah dijawab dengan setiap kebaikkan yang telah beliau lakukan...Al Fatihah.

    BalasPadam
  2. Al-fatihah.. InshaaAllah kawan akak dalam perlindungan Allah..

    BalasPadam
  3. Allah.. Semoga roh arwah tenang disana..
    Takziah sis..

    BalasPadam
  4. Semoga Allah merahmatinya, ampunkannya, muliakan kematiannya dan melapangkan kuburnya. Amin. Salah takziah Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin ya Rabbal 'Alamin. Thanks, sis Idah.

      Padam
  5. Semoga roh ditempatkan di tempat para solehin. Sungguh, hidup itu cuma sementara.
    Mata turut bergenang baca entry ni. Terus kuat sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih, Ana 😊

      Padam
  6. Semoga Allah merahmatinya, ampunkannya, muliakan kematiannya dan melapangkan kuburnya. Amin.

    BalasPadam
  7. masanya tiba kak.. insyallah teman2 baik kita ni akan sentiasa berada dalam doa-doa kita. persahabatan yang baik teman yang baik itula fungsinya. tak rugi bina silaturrahim..

    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  8. Dari Allah kita datang - kepada Nya kita pulang.
    Semoga roh Raja Mardiana Raja Baharudin dicucuri rahmat Nya.

    Insya Allah.

    BalasPadam
  9. Hargailah mereka dikeliling kita.

    Kadang-kala kita tak anggap seseorang tu rapat / penting bagi kita, tapi kita amat penting pula disisi dia.

    betul tu - jangan ada prasangka dan dengki iri hati kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Kita kena hargai insan2 keliling kita.
      Prasangka, iri hati, dengki semua tu kenan kikis dari diri kita
      #peringatanuntukdiri

      Padam
  10. Kalau teringatkan seseorang - jangan tangguh untuk hubungi dia - atau sekurang-kurangnya doakan dia - mungkin saat kita teringat-ingat akan dia - dia sedang memerlukan doa dari kita, mungkin dia pun tengah ingat dan rindukan kita.

    #pesanGuru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kena ikutlah cara Huda ni. Akak dah banyak kali kena,..teringat kat orang,...tangguh2,...tahu2 dah tak berpeluang nak hubungi dia lagi... 😞

      Padam
  11. salam takziah.. :( sedih kan kalau kawan-kawan kita yang tak takde ni.. lg pulak bila naik noti dari fb status dia.. erm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Julia. Memang sekarang band sekejap Fb. Masuk je keluar notification berkenaan arwah.

      Padam
  12. dari Dia kita datang, dari Dia kita pergi. Semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Semoga keluarganya terus kuat menempuh hari-hari yang mendatang. Al fatihah.

    P/s : apa khabar kak farrah? Maaf lama tak berkunjung. Ingat lagi ke kat saya. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn.

      Budak,....lamanya menghilang! Awat fb, IG semua macam dah lenyap nih? Nway, glad to hear from you. Tungguuuuuu! Nanti akak datang.

      Padam
  13. Takziah untuk keluarga arwah... semoga ditempatkan dikalngan hambaNya yang beriman

    BalasPadam
  14. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Moga arwah tenang di sana. Al fatihah

    BalasPadam
  15. Salam takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh...

    BalasPadam
  16. Innalillahiwainnailaihirojiun.

    Salam takziah untuk Farah dan seisi keluarga arwah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan arwah bersama golongan yang beriman. Aamiin.

    Kesian baby yang baru lahir tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Terima kasih atas doanya, Cik Azz. Itulah, simpati mengenangkan nasib bayi yang baru lahir tu....tetapi Allah tahu yang terbaik kan,...

      Padam
  17. Al-Fatihah... Semoga roh tenang di sana...

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Moga mereka tabah dan cekal menerima kehilangan yang tersayang.

      Padam
  19. Terkesima rama rama part lawyer tu... Adehhh...

    BalasPadam
  20. Takziah. Alfatihah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jua kita akan kembali.

    BalasPadam
  21. takziah .. ada baca status farrah kat instagram pasal pemergian ni

    BalasPadam
  22. Takziah. AlFatihah.. ada juga baca status fb tu. naik di wall .. walau tak mengenali, tetapi dari penceritaan kak farrah, Rose jadi sebak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Rose. Oh, naik di wall juga ye...mudah2an dia tenang di sana.

      Padam
  23. awwww, saya baca dan saya termenangis. takziah. innalillah

    BalasPadam
  24. Walaupun zarith tak kenal sahabat akak ni, tapi bila akk cerita bergenang juga air mata ni, huhu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  25. Assalam takziah akak, moga Allah tempatkan sahabat akak diakalangan yang beriman

    BalasPadam
  26. Sebak baca coretan ni..biasa org yg baik mcm ni allah lebih syg!

    BalasPadam
  27. Awal jan jgk len satu opis sis Jm pegi dulu kuga kategori org yg baik ..punca sakit jantung..umur awal 40an...meninggal pg jumaat...

    BalasPadam
  28. Ohhh dah tahu berapa umur farrah ��

    BalasPadam
  29. Ambil art! Patutlah mmg minat dari sekolah lagi

    BalasPadam
  30. Innalillahiwainnailaihirojiun. takziah buatnya keluarganya. kita akan rasa kehilangan dan terkilan bila kita niat nak jumpa dan contact akhirnya tak tercapai. apapun Farrah doakan dia bila Farrah teringatkannya..

    BalasPadam
  31. al fatihah buat sahabat kak farrah
    ayu pon ade sorang yang boleh dikatekan bukan bestfreind pon
    tapi dia sntiasa ada...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.