Isnin, Januari 23, 2017

Yee Mee Goreng Extra Broccoli

Hidangan sarapan pagi tadi. Sebenarnya lebih kepada brunch sebab dah nak tengah hari baru suapan pertama masuk mulut! Sebelum ini saya pernah sediakan Yee Mee Goreng Mudah. Boleh intai resepinya di sini.

Kali ini, satu lagi variasi untuk yee mee goreng - Yee Mee Goreng with Extra Broccoli. Entah kenapa, buka peti ais pagi tadi, nampak broccoli kat tempat sayur, terus teringin! Mula-mula ingat nak buat brokoli goreng je untuk kunyah-kunyah, tapi tengah laparrrr. Mana cukup nak tampung kapasiti peyot. Jadi, kita sediakan Yee Mee Goreng.

Yee Mee Goreng Brokoli


Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • Yee Mee 2 atau 3 pcs
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (cincang halus)
  • + 2 sentimeter halia (hiris halus)
  • brokoli (ikut suka nak banyak mana)
  • isi daging/ayam 
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 - 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 - 5 sudu besar kicap lemak/manis (ikut citarasa)
  • sedikit air masak
  • garam (jika perlu)


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus yee mee sehingga lembut. Tetapi, jangan sampai mee tu jadi lodoh. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
  3. Masukkan pula kicap lemak/manis mengikut kesesuaian citarasa diikuti dengan serbuk lada hitam dan potongan brokoli. Biar brokoli lembut sedikit.
  4. Setelah berpuas hati dengan rasa kuah, masukkan yee mee. Jika kurang garam, bolehlah tambah secukup rasa. Hati-hati, kadang-kadang yee mee tu sendiri ada rasa masinnya.
  5. Titiskan minyak bijan di atas yee mee sebelum dihidangkan untuk rasa dan aroma yang lebih ummmphhhh! Makan bersama potongan cili api dan hirisan limau nipis (jika mahu).

SELAMAT MENCUBA!


15 ulasan:

  1. teringat aida gi supermarket.
    letak ler troli kat sebelah tempat sayur.
    sibuk aida membelek timun jepun, ijat sibuk membelek brokoli.
    ijat pun ckp, "bu, bili kan ijat pokok ni. ijat nak makan yum yum shedap bu..."
    aida & mr.asben gelak. pokok???!!! ha ha ha :)

    BalasPadam
  2. Brokoli ni kalau masak kena pandai agak..lodoh sangat tak sedap. Kena crunchy sikit.

    BalasPadam
  3. sedapnya yee mee! feveret satu family sy ni. :)

    BalasPadam
  4. ada brokoli tu yang sedap. kalau tak ada sayur, saya tak makan

    BalasPadam
  5. Lama dah x mkn yee mee ni...

    Healthy sgt ni kak buh broncoli...

    Hihihi...

    BalasPadam
  6. Assalam kak, tak suka sayur hahaha mee nye sedap doh tu

    BalasPadam
  7. saya lapar. saya belum makan. saya nak sepinggan. boleh? ;-)

    BalasPadam
  8. Patutlah dulu sis JM buat yee mee goreng ni x sedap rupanya kena rebus dulu

    BalasPadam
  9. Yeay dh tahu cara masak yg betul so leh la try ni

    BalasPadam
  10. dapnye.. asben pon suke makan brocoli ni..
    tapi kene tuka kueteow ni.. asben xmkn yee mee lak

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.