Isnin, Januari 30, 2017

Ziarah Tok Ta Sempena Tahun Baru Cina

Kami sekeluarga ada family friend yang berbangsa Cina. Dah kenal lama. Tok Ta (pangkat datuk bagi saya dan adik-adik) merupakan kawan baik arwah datuk saya. Dulu-dulu semasa Cekebon kecil, sementara nak menunggu arwah datuk habis mengajar sesi petang, Cekebon dijaga oleh keluarga Tok Ta ini.  

Semasa kami adik-beradik membesar, Tok Ta banyak tolong kami. Dia dah anggap Cekebon macam anak dia sendiri dan setiap kali ada di antara kami yang nak lanjutkan pelajaran, dia akan tolong apa yang perlu dari segi khidmat mahupun kewangan. Dulu, masa kami adik-beradik belajar main piano, Tok Ta hadiahkan kami sebuah piano supaya kami boleh berlatih di rumah. Rasanya, yang betul-betul pandai, si Cekengah. Saya dan Uje main ke laut ke gaung semua ada. Saya lagilah,..bab baca not memang lembapppppp habis!

Kebiasaannya, setiap kali perayaan kami akan saling mengunjungi (melainkan kalau betul-betul ada hal/Tok Ta berada di luar negara). Tok Ta pun tak pernah lupa datang berhari raya bersama kami jika ada kesempatan.

Tahun ini, pada awalnya kami tak rancang ke rumah Tok Ta sebab keadaan Cekebon yang agak lemah. A day earlier, Cekebon buat dialysis. So, penatnya masih bersisa. Tetapi, bila telefon nak wish Tok Ta Happy Chinese New Year,...borak-borak dengan Tok Ta....tiba-tiba Cekebon decided nak gagahkan diri jumpa Tok Ta. Dia kata dia sayu dengar suara Tok Ta kat telefon. Tok Ta dah 88 tahun tau! 

Makanya, sepantas kilatlah saya dan Cekengah yang masih mamai-mamai bermalas-malasan di pagi Sabtu bersiap. Bott pun ikut serta. So, we all lunch dulu di luar (supaya tidak menyusahkan tuan rumah plus perut dah berdengung hehehe). Then, Cekengah bergegas singgah kedai beli hamper untuk mereka sekeluarga. Thanks so much, Ngah!

Nampak tak,..semangat saya mengangkut hamper! 


Lagi semangat bila balik dapat sampul-sampul berwarna merah,....hikhikhik 


Thanks so much, Tok Ta, uncles and aunties 😃
Have a great celebration!

Alhamdulillah, hasrat Cekebon tercapai. Tok Ta seperti biasa, ceria bercerita mengenai aktiviti hariannya. Pada usia 88 tahun, Tok Ta masih kuat (walaupun tidak secergas dahulu). Boleh berjalan, naik turun tangga. Kagum kami tengok. Tok Ta cerita, kalau tarikh kalendar biasa, umurnya memang 88 tahun. Tetapi, kalau ikut kalendar tahun Cina, usianya 90. Macam mana boleh jadi begitu?

Menurut kepercayaan orang Cina, lahir-lahir sahaja, bayi itu dianggap satu tahun. Kemudian, kebetulan setelah beberapa bulan Tok Ta lahir, bertukar pula tahun baharu. Automatik bertambah lagi satu tahun usia. Unikkan? ☺

Tok Ta juga aktif sertai aktiviti Senior Citizen Club di kawasan tempat tinggalnya. Mereka ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk penuhi masa. Ada game night, dancing class, karaoke, trips and tours,.. Dua tahun lepas, saya sempat belajar a few steps of ballroom dancing dengan Tok Ta. Sampai ke tahun ni Cekengah dok ingat and gelakkan.

Moga ada lagi hari dan peluang untuk bertemu Tok Ta pada masa akan datang. Moga Tok Ta terus sihat dan panjang umur.

20 ulasan:

  1. bestnya..semoga silaturahim berpanjangan..

    BalasPadam
  2. Semoga hubungan itu sentiasa erat sampai bila-bila. =)

    BalasPadam
  3. Wahh, seronoknya moga silaturahim berkekalan hingga ke akhir hayat gitu.. ;) Happy CNY

    BalasPadam
  4. Sally tahun ni tak sempat nak g rumah uncle..huhuhu...tak nampak la bayangkan angpow merah..lol

    BalasPadam
  5. menyorok di sebalik hamper ea Kak Farrah..

    BalasPadam
  6. akrabnya hubungan family antara keluarga Kak Farrah dengan family Tok Ta..

    BalasPadam
  7. bagus betul...ni barulah muhibbah.Tok Ta mesti selalu buat tai chi. Lagi satu, orang Cina ni katanya panjang umur sebab banyak minum air. tu sebab sihat. Iyelah kot

    BalasPadam
  8. tok ta ni mesti yg rajin bersenam kan??

    BalasPadam
  9. Wowww! Baik betul la tok ta ni..dari kecik lg dia tlg family farrah eh..kiranya tipa/ thn g ziarah dia eh

    BalasPadam
  10. Ada tanya dia x apa petua hidup sihat n panjang umur ��

    BalasPadam
  11. Alaaa selindung di balik hamper la plak frust ��

    BalasPadam
  12. Part paling bestu dpt hamper! Baik betul la tok ta ni

    BalasPadam
  13. Cikgu ceketed x pandai main piano tp pandai main gehtar ok lah tu

    BalasPadam
  14. bestnya.. siap dapat angpau lagi.. hehehe.. kita pun kalau kira tahun Hijrah mau bertambah beberapa tahun lagi..

    BalasPadam
  15. semoga tok ta umor panjang ye kak farrah..
    best nye dpt hadiah piano.. 'mgkin kak farrah lebih kearah gitar tu y piano xleh nak ngam tu kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.