Khamis, Mac 09, 2017

Bila Cekengah Craving ...

*This is a scheduled entry. I'm away until the end of March.

Saya memang suka sangat dengan Marmite. Dari kecil suka makan Marmite atau Bouvril dengan bubur. Dap dap dap!!! Selain makan dengan bubur, kadang-kadang bila tekak teringin nak makan something different, saya buatlah spageti atau makaroni Marmite.

Nak dijadikan cerita, Cekengah bawa balik Bagel Crisps Marmite ni. Dia kalau tetiba datang fenomena craving, semua benda dia nampak dia akan beli. Dah makan itu ini, rasa guilty,..balik semuanya dia beri pada saya. Huhuhuh! Score!!!! Akakla yang untung!

Macam rupa keropok segera pun ada ;)


As much as I love Marmite, the bagel crisps however is not to my liking. A bit too salty for me. Mungkin lain orang lain citarasanya. Tapi, saya tak enjoy sangat. Saya kena ketuk-ketuk dulu a few times supaya garam/seasoning pada snek tu berkurang, barulah dimamam. Dari segi tekstur, memang rangup krup krap krup krap.

Well, dalam pada saya complained masin masin tuh,..habis gak ;) Siap letak dalam sandwich lagi! Haaa, yang ini memang superb padanannya. In fact, any simple sandwich recipe will do. Asalkan,..sebelum dinikmati,.. tabur dahulu sedikit serpihan bagel crisps ni.

Bagi penggemar Marmite, bolehlah cuba bagel crisps ni. Tak pun, sediakan Makaroni Marmite (resepinya di sinisebagai treat untuk diri :)


9 ulasan:

  1. tak pernah makan pun..huhuhu..teringin nak makan

    BalasPadam
  2. macam sedap.. belum pernah rasa..

    BalasPadam
  3. tak penah rasa ni pun.. ke memang tak tengok bila jalan kat supermarket

    BalasPadam
  4. Susah mau cari snek camtu..
    Kalau LZ bila terasa craving snek rare begitu susah dapat di sini, sedih..

    BalasPadam
  5. Bovril memang best...lagi2 kalau campur dlm bubur...
    Marmite tak pernah rasa lagi, tapi ada yg cakap rasanya agak masin..
    Hurmmm, bovril pun masi juga...

    BalasPadam
  6. tak pernah mencubanya.. boleh cuba nanti

    BalasPadam
  7. tak pernah try ni..memang jarang makan snek.acah-acah sihat, padahal kurus jugak

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.