Jumaat, Mac 10, 2017

Guitar Chords Mencinta Kamu - Drama Band (Easy Chords) OST Nahu Rindu

Lagu Mencinta Kamu ni bagi saya memang best! Suka sangat dengar ulang ulang dan ulang! Tetapi, sebab saya di rumah nombor 2 dan si Kapok tinggal di rumah 'menemankan' Cekebon 😆, jarang saya ada masa nak petik gitar. Si Kapok pun gagah je tersadai atas guitar stand mengumpul habuk dan debu.

Baru-baru ni ada masa lapang, sempatlah belajar main lagu-lagu yang tengah in dan popular. Sekadar nak hiburkan hati sendiri. Layan lagu ni seround dua. Lagu ni rasanya dah pernah jadi OST beberapa drama yang ditayangkan di TV. Sekarang, tak silap saya, jadi OST untuk drama Nahu Rindu. Tak sempat nak follow drama-drama best dah sekarang. Kat sini, saya layan cerita FTV SCTV je. Janji ada bunyi bising temankan saya buat kerja.

Chords di bawah sebenarnya boleh dianggap senang. Nampak Fm jangan panik pulak! Kita mainlah Fm yang easy peasy.
Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik – Mencinta Kamu (Drama Band)
OST Nahu Rindu 

(Intro)
F G F G

Am Em
Mungkin bukan diri ini yang terbaik
F C E
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Am Em
Namun rela kuserahkan jiwa raga
F C E
Demi memiliki semua yang terindah

F
Untukku
F G
Untukmu

(Chorus)
C
Mencinta kamu
C Em
Akan kukerjakan sepanjang hidupku
Em F
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Fm
Hanya kamu
G
Terbaik untukku

Am G
Bukan hanya
F
Semusim
F G
Semusim takkan cukup
Am G
Ku ingin selamanya
F
Selamanya
G A
oh oh

Ulang (Chorus)

12 ulasan:

  1. fenin kite sbb xfhm hehe

    BalasPadam
  2. wah2 ~ syoknya ada tuto cam ni.. sayangnya takda gitar

    BalasPadam
  3. blog ekin pun ada orang pasal lirik dan kode lagu drama namaku bedah.. hahahaha.. kena belajar dengan akak ni lepas ni

    BalasPadam
  4. walau senang pun saya tak mampu..kah kah. boleh nyanyi jerrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal ratu karok,..akak petik gitar, Sal nyanyi ye :)

      Padam
  5. sy hanya mampu menyanyi je petik gitar mmg ke .... lauttt ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh duet dengan Sal. Saya tukang petik gitarnya ;)

      Padam
  6. mampu melihat sebab tak paham.. hehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.