728 x 90

Rabu, 22 Mac 2017

Lazada Surprise Box Dah Macam Hadiah Fairy Godmother

Keterujaan saya nak terima Lazada Surprise Box turut dikongsi oleh M dan Bott. Saya siap tunjuk pada M, barang-barang yang diterima oleh rakan-rakan blogger lain yang dikongsi di Instagram.

"Kebanyakannya dapat barang make up dan handbag nih, Far," ulas M.

Huh?! Make up? Saya tak pakai make up! Alaaa,...nampak gayanya kasi kat Cekengah la nanti. Biar dia yang melaram. Nampak tak,.. sesi sia-sia meneka barang yang belum sampai ke tangan berlangsung dengan jayanya.

Kemudian, ternampak pula barang-barang yang blogger lelaki dapat. Saya tak ingat siapa, tetapi masa tu memang terlalu teruja. Dapat macam ni best! Spontaneously, terus laju je mulut tu cakap, "Biarlah aku dapat barang-barang macam blogger lelaki ni dapat!"

"Ada share aku tak?" M menangguk di air keruh sebab saya minta tolong dia tundakan deadline kerja-kerja saya.

"Tengoklah kalau ada barang untuk lelaki, aku kasik."

Nak dijadikan cerita, lambat pula parcel Lazada Surprise Box sampai. Dan sepanjang tempoh itu, si Bott, seolah-olah tak ada kerja, sibuk scroll gambar kat Instagram, tengok Lazada Surprise Box yang orang lain dapat. Sekejap-sekejap, datang tunjuk kat saya.

"Aku rasa kau dapat yang ini!" 

"Haaa, tak pun yang ini."

Makin berdebar-debar + excited + stress pun ada,...saya cakap, "Minta-minta aku dapat apa yang aku perlukan dan aku guna." :)

Rupa-rupanya itulah momen ala-ala Cinderella dengan fairy godmother saya! Kenapa saya cakap fairy godmother? Sebab,.. Lazada Surprise Box saya memang bagaikan di-personalised untuk saya! Apa yang saya nak,...tinggggg! Impian jadi kenyataan ๐Ÿ˜†

Memang sebahagian daripadanya sama macam yang blogger lelaki tu dapat, barang untuk lelaki serta apa yang saya perlukan dan saya guna! ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ



Jam tangan saya rosak. Kebetulan, semasa keluar shopping baru-baru ni, Bott beli jam tangan baru. Treat untuk diri dia. She insisted on buying me one. Saya tak mahu. Guna jam kat handphone pun boleh! Lagipun, saya kata saya nak kumpul duit, nak beli jam tangan belang merah, biru dan putih macam yang saya tengok di Lazada. Personally, pernah ada pengalaman yang membuatkan jalur merah, biru dan putih begitu tinggi nilai sentimentalnya buat saya.

Been eyeing for this watch for quite some time and,...

Ting!


Jam tangan idaman hati! Exactly yang saya nak! Ohhh,..macam nak tercopot jantung dibuatnya! ๐Ÿ˜ตTak tunggu lama, terus bergaya dengan jam tangan Timex ni.

♪๐ŸŽต♩ La la la la la ♪๐ŸŽต♩



Saya memang perlukan cermin mata baru. Mata dah makin rabun. Dah plan dah, hujung bulan ni or at least selewat-lewatnya awal bulan April, nak kena buat cermin mata baru. 

Another fairy godmother moment,.. 
Tinggg!


Speechless! Lepas ni tak ada alasan nak bertangguh buat kaca mata baru. Dah ada bingkai, warna favourite saya, lengkap dengan clip-on sunglasses lagi! Alhamdulillah!

Bukan saya seorang sahaja yang enjoy terima Lazada Surprise Box ini. Ramai yang turut berkongsi kemeriahan dan kegembiraannya. Bonia Futuristic Bifold Wallet bakal saya jadikan hadiah istimewa untuk seseorang. Terus hilang sakit kepala nak cari hadiah apa. M dapat Dashing Elite Men Shampoo dan Bott nyanyi lagu gembira sebab Transparent A6 Notebook Bottle jadi miliknya.

Kalian pun boleh nikmati saat-saat fairy godmother sebegini. Macam mana? Haaa,...terjah Lazada sekarang! Bermula hari ini, 22 Mac sehinggalah 24 Mac 2017, Lazada Birthday Sale ada kejutan istimewa untuk kalian! Percaya tak, ada tawaran hebat sehingga 90% untuk seleksi barangan tertentu!

Tak percaya? Klik sahaja banner kat bawah ni. On your mark, get set,..SHOPPPP!

Domo arigato, Lazada! 




39 ulasan:

  1. tu lah.. mungkin lazada prepare gift ikut keperluan that person

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap akak, dia ikut content blog. Sebab masa isi form arituh, kita kena kategorikan blog kita,..travel ke,..lifestyle ke,..parenting ke,...and akak tak ingat akak tanda apa hahahaah

      Padam
    2. hurm, kalau saya yang tanda, mau dapat bola setimbun.padahal pandai tengok je, sepak pun tak kena..haha

      Padam
    3. Kah kah kah ini kelakar! Puas hati dapat bila setimbun!

      Padam
  2. I mean, that SELECTED person.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idong kembang sebab berpeluang jadi selected person :)

      Padam
    2. lucky you!!congrats kak Farrah!

      Padam
    3. Alhamdulillah, thanks Sal :)

      Padam
  3. Tahniah la ye..dapat box besar tu
    JanjiKita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, takdelah besar mana, Mar. Tapi contents nya memang besar bagi saya ;)

      Padam
  4. santek laaa jam tuuu... sy pun berkenan jg ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kasi pinjam je kalau berkenan :)

      Padam
    2. lepas Anies saya plak..

      Padam
  5. Bestnyaaaa dapat surprise box macamni. Tahniah!!! Saya nampak set untuk lelaki. Elite tu, bestnya kalau dapat haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Syed. Elite tu dua-dua baunya wangi :)

      Padam
    2. kak Farrah dah bagi orang lain Syed, lambat sangat awak mintak,haha

      Padam
  6. nak jugak ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    BalasPadam
  7. wahh tahniah kak farah dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ekin. Ekin dapat tak box ni?

      Padam
  8. wahhh tahniahhh, bestnya dapat set nie. semua best2 barang dia. :D

    BV ๐Ÿ‰ budaksukavanilla.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang terbaikkkk!. Thanks, BV :)

      Padam
  9. cantiknya jam tu. hehe tahniah kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik, kan,..thanks Naddyya :)

      Padam
  10. tahniah farrah dapat hadiah dari LAZADA

    BalasPadam
  11. ada juga nmpk blogger lain dpt notebook bottle tu, memang smart. isi dalam lazada surprise box memang best2 ๐Ÿ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang penuh surprise. Notebook bottle tu rasanya semua penerima surprise box merasa dapat :)

      Padam
  12. tahniah kak Farrah.. macam hadiah harijadi pula kan rasanya.. Baik hati LAZADA.. Alhamdulillah, Rose pun dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah untuk Rose juga. Lazada yang sambut birthday, kita yang meriah dapat hadiah :)

      Padam
  13. Assalam alhamdulillah murah rezeki kak farrah !

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. memang seronok, dik! nanti pi minta kat lazada ye :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...