728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 20 Mac 2017

Lazada Surprise Box yang Wowwww

Saya dapat e-mel daripada pihak Lazada (yang memaklumkan saya terpilih menerima Lazada Surprise Box) ketika saya di Kota B bersama M. Punyalah excited! Tak sabar-sabar nak balik KL. Siap buat alasan minta M postpone semua urusan saya dalam jangka masa terdekat sebab nak tunggu parcel Lazada, nak buat review dan entri Lazada...Hehehe mengada-ngadakan?! Jangan tiru macam saya! Saya ni kerja sendiri. Bolehlah ikut kepala hilang skru.

Agak lambat rezeki Lazada Surprise Box ini sampai ke tangan saya. Hari Isnin petang barulah berjaya mendakap kotak dengan erat dan penuh perasaan 😆  Gembira sangat! Teruja kuasa dua!


M sibuk tanya, apa benda Lazada Surprise Box? Si M sampai sekarang tak boleh nak comprehend bahagian hidup saya yang ber-blogging dan ber-affiliate ni hehehe. Saya pun jelaskan, pemberian Lazada Surprise Box adalah bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Lazada yang ke-5. Lazada turut adakan jualan besar-besaran - Lazada Birthday Sale yang bakal berlangsung pada 22 - 24 Mac 2017.
Klik banner di atas dan bersedia untuk wow,..wowww dan wowwwwwww!! ;)

Oh, nak tahu ada apa di dalam Lazada Surprise Box saya?




Tattadaaaaaaa!
Isi kandungan kotak saya :)

Best kan?! Semua ini ada dijual di Lazada tau! Kalau teringin, jangan tunggu lama-lama. Terjah Lazada Birthday Sale sekarang. OK, jom kita tengok barang-barangnya satu demi satu.



Jam tangan Timex antara item di dalam box ini yang buat saya rasa nak pengsan! Terlalu excited punya pasal. Ada cerita di sebaliknya. Tetapi itu saya kongsi dalam entri lain ye. Bertali belang merah, biru dan putih sangat menggoda! Saya suka sangat dengan designnya yang simple tapi penuh gaya. Antara ciri-ciri jam tangan Timex ini yang saya rasa menarik ialah lampu jam yang glow in the dark dan talinya yang boleh ditukar-tukar. Berkenan? Klik sahaja di sini. Kalau nak tengok pilihan-pilihan lain, bolehlah ke Arista Malaysia Official Store.



Futuristic Bifold Wallet berwarna coklat ini sangat 'kacak bergaya'. I personally admire the outer pattern of this wallet. Sleek. Ada class! Bahagian dalamnya ada banyak ruangan untuk letak kad. Memang puas hatilah! Intai-intailah Bonia dengan segera. Macam-macam saiz, macam-macam warna. Selain wallet, purse dan beg tangan yang cun-cun pun ada!



Untuk si mata empat seperti saya, dapat set kaca mata sebegini memang macam dapat emas! Disertakan dengan clip-on sunglasses, tidak perlulah saya ke sana ke mari mengusung sepasang cermin mata dan sepasang sunglasses. Satu ni je dah lengkap. Kebetulan bingkainya sesuai dengan bentuk muka saya. Warnanya pula memang warna kegemaran saya untuk frame cermin mata! Score! Set kaca mata clip-on ini daripada Focus Point tau.



Notebook bottle yang amat stylo. Buat penghilang dahaga dan untuk pastikan badan kita kekal hydrate. Apa yang penting, mudah dibawa di dalam beg. Cirinya yang bersegi dan leper, senang untuk dipegang dan membuatkan beg kita tidak bulky.



Dua botol ini khusus untuk insan yang saya bodek di atas supaya batalkan urusan-urusan saya :) Bau kedua-dua syampu di atas, tersangatlah wangi and refreshing! Of course-lah, dah nama pun Dashing! Bagi saya, produk Dashing memang tidak pernah menghampakan. Dapat dua botol syampu, satu anti dandruff manakala satu lagi anti hair fall.



Sebenarnya dapat dua mangkuk. Tetapi satu lagi dah di-slurrrppp sambil ambil-ambil gambar untuk entri ini. Siapa yang akan kata tidak pada Maggi kan,...dap dap dap! Kari Kari Kaw Bowl memang kawww. Tetapi, antara dua perasa, saya lebih suka Curry Laksa Bowl. Enak! Lazat! Rasa kuahnya yang lemak berempah memang menambat selera.


Lazada 5th Birthday Surprise T-Shirt

Last but not least, T-shirt Lazada 5th Birthday Surprise sebagai kenang-kenangan. Comel sangat T-shirt nih. Bukan main ceria lagi si Laz sambut birthday :) Dahlah kiut-miut, fabriknya jenis yang comfy and stretchable. ❤💚💛


Thank you so much, Lazada! Terima kasih tidak terhingga Maggi, Bonia, Focus Point, Arista Malaysia dan Wipro Unza Malaysia.


16 ulasan:

  1. banyaknya hadiahhhhh , tahniah awak terpilihhh

    BalasPadam
  2. wah ramainya blogger dapat. camne nak dapat ni, ai is jeles

    BalasPadam
  3. Wahh seronoknya kak macam macam dapat :)

    BalasPadam
  4. wah bestnyeee camne blh dpt ni...jeles mrs anna ok...hahaa
    hepi belated besday dear

    BalasPadam
  5. rezeki Kak Farrah.. alhamdulillah ~

    BalasPadam
  6. Wuu meriahnya 😄 nk jugak

    BalasPadam
  7. Rezeki Farrah..
    Hope you enjoy the box..
    Cheers ...

    BalasPadam
  8. pergh..giler lah.best hadiahnya!paling suka wallet Bonia tu

    BalasPadam
  9. kena jadi affiliate lazada jugak nampaknya ni..

    BalasPadam
  10. wahhhh best2 belaka hadiahnya... mesti senyum smpi ke telinga ni ;-)

    BalasPadam
  11. best2 hadiah dr lazada ni kan 😍

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...