728 x 90

Khamis, 13 April 2017

KPOP Theme Birthday Party - Preparation

Hujung Mac baru-baru ini, saya dapat task party planning. Temanya - KPOP. Heheheh! Siapa peminat KPOP mesti sukalah! Pada asalnya, saya hanya dapat tempahan untuk photo props sahaja. Alhamdulillah, along the way, si penganjur parti minta saya siapkan item untuk goodie bags, table mat, centerpiece dan birthday card sekali.

Sebenarnya, hari ini tak larat + tak ada mood nak tulis entry party planning panjang-panjang. Makanya, hari ini saya kasi teaser dululah ye. Tunjuk sikit-sikit preparation buat task ni. Nanti saya follow up dengan entri penuh pula.


Photo props - Sebelum dipotong, disembur dengan acrylic clear paint dan dipasangkan lidi.
Kenal tak gambar siapa tu?


Personalised table mat untuk meja makan.
 
Superjunior Magnetic Bookmark - Salah satu item untuk goodie bags :)

Kad hari lahir - untuk ditandatangani oleh rakan-rakan sekerja yang meraikan birthday girl.

...dan seperti biasa, apabila ada task party planning, beginilah lebih kurang keadaannya bilik kraf saya. Barang semua tersadai atas lantai supaya nampak apa yang saya ada dan apa yang nak diguna. πŸ˜† Masa ni, kalau siapa-siapa nak masuk bilik memang kena intai dari luar jelah.



Insya-Allah, saya akan kongsikan hasil penuhnya kemudian.


12 ulasan:

  1. wah lawa2 la berkenan plak tengok hihi

    BalasPadam
  2. wahh..kpop..peminat tegar ni..

    BalasPadam
  3. kus semangat..mesti bilik macam medan perang time ni..hehe. Wah, memang fanatik Kpop ni.

    BalasPadam
  4. omg.... gambar paling last tu juga menawan kalbu ....
    mcm2 tools ada ...

    BalasPadam
  5. Perghhhh! Fan-girling mode automatically on! Oppaaaaa hahahaha... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    BalasPadam
  6. kipas mati super junior rupanya ;-) cantikkkkkk

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...