NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Isnin, 3 April 2017

Terima Kasih Tertunggak - Hadiah GA Dylla Rezan

Hujung tahun lepas saya ada joined Yindia Segmen untuk Bloggers & Instagrammers anjuran adinda Dylla Rezan. Segmen ini diadakan setelah Dylla pulang dari trip kembaranya ke India. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang pemenang. Hadiah ini pun saya terima sekitar bulan Februari, tak silap. Lebih kurang sama masa dengan ole-ole London Anies. Cuma lambat update di blog ;)

Ini yang saya terima. Sebuah bekas cantik berwarna hijau, rantai kunci dan sekeping poskad Taj Mahal. Terima kasih banyak-banyak, Dylla for the gifts. Merasa dapat sayup-sayup angin India.  😆Suka sangat! Bertambah koleksi poskad, bertambah koleksi rantai kunci dan bekas hijau tu pula,... dah terletak cantik depan meja cermin jadi bekas kerongsang :) 



Akak doakan  agar semua urusan Dylla, tidak kiralah hal study, hal travel, hal hidup,... dipermudah oleh Allah. Moga ceria, happy, sihat dan dapat travel selalu.

Jangan lupa pergi intai dan baca kisah-kisah si bakal doktor yang seorang ini di sini. Banyak cerita travel dalam dan luar negeri, her ups and downs as a medical student, food and recipes, book reviews dan macam-macam lagi.


7 ulasan:

  1. Assalam tahniah , murah rezeki akak :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.
    menarik nyer gifts tu farrah.

    BalasPadam
  3. wahhh, tahniah. cantiklah rantai kunci tu :D

    BalasPadam
  4. Cantik hadiah akak :) Nak terjah blog dia pulak. Hii

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...