728 x 90

Selasa, 30 Mei 2017

Resepi Airfryer - Ayam Goreng Kunyit

Sebelum ini saya pernah tulis beberapa entri resepi menggunakan airfryer seperti Cendawan Goreng, Sayur Campur Honey BBQ dan Ayam Goreng Rempah. Hari ini, satu lagi resepi mudah (dan tidak menggunakan minyak langsung) - Ayam Goreng Kunyit.

Untuk hidangan ini, kesemua bahan kita masukkan dalam airfryer. Tak ada goreng atau tumis di kuali. Bahan-bahan yang diperlukan: 400 - 500 g ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, 2 labu bawang besar dipotong bulat-bulat, kacang panjang, lobak merah, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Mula-mula, perap ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Potong bawang, kacang panjang dan lobak. Banyak mana hendak guna kacang panjang dan lobak merah, terpulang pada cita rasa. 

Setelah itu, masukkan potongan ayam yang telah diperap ke dalam airfryer dan masak selama 20 - 25 minit. Guna suhu 200 darjah celcius. Sebenarnya, suhu dan jangka masa memasak bergantung kepada saiz potongan ayam dan tekstur ayam yang dikehendaki. Jika saiz potongan ayam kecil, memadai untuk guna 200 darjah celcius, 15 ke 18 minit. Jika potongan ayamnya besar, 25 minit. Inginkan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam? Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Pandai-pandailah adjust suhu dan masa asalkan hasilnya kena dengan selera.

Apa yang penting, jangan masukkan bawang, kacang panjang dan lobak merah sekali dengan ayam. Nanti terhangus/terlalu kering pula. Masukkan ketiga-tiganya hanya apabila ayam hampir masak. Biasanya saya masukkan sekitar 5-7 minit sebelum tempoh masak tamat.

Dah siappppp! Satu hidangan simple tetapi disediakan dengan cara yang lebih sihat. Rasanya tetap best cuma minyak meleleh-leleh tu yang tiada 😀
Baru lepas keluar dari airfryer :)

Selamat mencuba!

8 ulasan:

  1. hidangan simple dan sihat 👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang simple2 tu yang yummehhhh :)

      Padam
  2. Sedap!! Lapar! Lagi 15 mins nak berbuka. Hee. Selamat berbuka puasa Farrah =)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...