728 x 90

Khamis, 25 Mei 2017

Resepi Ayam Adobo - Juadah Pilihan Kegemaran untuk Berbuka

Sedar tak sedar, kita akan menyambut Ramadan. Terujanya nak menempuh bulan puasa tahun ini! Mudah-mudahan kita semua akan diberi kesihatan dan kelapangan melaksanakan ibadah bulan mulia ini dengan jayanya.

Banyak persiapan yang perlu dibuat. Antara yang penting, saya kena rancang menu untuk Ramadan. Yeayyyy! Part ini paling saya suka. Kebiasaannya saya akan pilih juadah-juadah kegemaran saya dan keluarga sebagai hidangan berbuka. Bila dah plan siap-siap, mudahlah untuk beli barang-barang masak yang diperlukan. Plus, tak perlu pening kepala fikir nak masak apa hari tu. Semua dah dirancang lebih awal.

Sebut tentang juadah berbuka, salah satu hidangan yang menjadi top picks ialah Ayam Adobo. Hidangan dari Filipina ini memang jadi kegemaran saya dan famili. Rasanya yang masam-masam, peppery dan manis, ditambah pula dengn tekstur ayam yang rangup di bahagian luar, lembut di dalam, sesuai sangat dijadikan lauk utama berbuka. 

Ayam Adobo

Ada banyak cara penyediaan hidangan Pinoy yang satu ini. Boleh buat kuahnya bersantan,..instead of guna ayam, boleh juga guna seafood...Resepi yang saya kongsi ini versi the simplest one. Mudah dan tentunya dap dap dap!

Resepi Ayam Adobo

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 400g - 500g ayam 
  • 1 cawan cuka
  • 3/4 cawan kicap 
  • 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
  • 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
  • 2 - 3 keping daun salam.
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
  2. Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) atau wok pan dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
  3. Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Dah ada resepi, kenalah beli apa yang patut. Ingat shopping, ingatlah LAZADA. Dari 19 Mei sehingga 30 June, LAZADA mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale. Ada diskaun sehingga 90%!



Untuk Ayam Adobo, lada hitam yang digunakan mestilah yang kawwww! Kebiasaannya saya memang akan beli lada hitam Sarawak. 👌 Pilihan saya, lada hitam MyLittleBorneo.



I need a new wok pan. Nampak tak semangat bebenor nak masak untuk Ramadan 😝 Tentunya Tefal Extra Brownie Wok Pan yang jadi idaman hati.




Jangan lupa cuba resepi Adobo ini tau! Salam Ramadan daripada saya :)


Entri ini entri penyertaan LAZADA Ramadhan Raya Blogger Contest. Jom ramai-ramai sertai contest ini 😃


14 ulasan:

  1. Sedapnya. Nanti boleh lah try. Heheh. Goodluck kak Farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Nani. Nanti ada kesempatan cubalah ye :)

      Padam
  2. Goodluck Farrah...
    Wah sedap sedap sedap....
    Lama dah tak mkn ayam adobo ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah jadikan salah satu hidangan berbuka nanti, Mrs Pip :)

      Padam
  3. omakaih.. sonang nak buaek ea.. hee~ nanti saya pinjam resepi ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang senang,..sila sila,...selamat mencuba :)

      Padam
  4. dahsyat lazada ni, lada hitam pun diorang jual..goodluck kak Farrah untuk contest ni! n selamat menyambut ramadhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dah lazada namanya,...thanks so much, Sal. Selamat Menyambut Ramadhan buat Sal dan family :)

      Padam
  5. wooo. resepi again. yg ni nampak lg sdapppp :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...