Selasa, 2 Mei 2017

Semua 50 Persen

Hari ini saya masih lagi bercuti. Tidak ke mana-mana. Ada tempahan photo booth props yang perlu disiapkan. Kemudian, nak kemas bilik kraf sikit. Bayangkan, sibuk sangat dengan rutin harian, ada beberapa bungkusan plastik dan beg kertas (berisi bahan-bahan buat kraf yang saya beli) yang masih tak terusik. Dari hari beli sehinggalah ke hari ni, duduk terperam je kat satu sudut.

Ini salah satu plastik yang berjaya dibuka. Semua barang di bawah saya dapat potongan 50 peratus daripada harga asal. Beli awal bulan April tak silap. Ketika tu, POPULAR Cawangan IPC buat Pre-Renovation Sale.

Yipppieeeeee!
Ink pads, punches and ribbons :)
Punyalah gembira tengok banyak barang kraf dijual separuh harga! Rambang mata dibuatnya! Itu pun  saya dah 'saring' betul-betul. Kalau tak abis semua nak diborong. A copuple of new addition to my craft punches and ribbons collection dan beberapa warna tambahan ink pads untuk stamping. Berbaloi-baloi!!!

Lama tak berblogging

Oh ya, entri ini sekadar nak hapuskan elemen krik krik krik di blog saya ni. Sekarang, kesempatan untuk aktif berblogging amatlah terhad! Selanjur itu, nak minta maaf pada kawan-kawan, adik kakak yang datang berkunjung ke blog, tetapi saya masih belum sempat buat kunjungan balas. Saya sibuk menguruskan perniagaan yang baru nak bertatih dan menuntut komitmen tak berbelah bahagi ;) So, blogging memang bukan dalam agenda utama buat sementara ini.

Insya-Allah, apabila saya ada kelapangan masa (yang kebiasaannya saya gunakan untuk ZzZzzzZ sebab penat berpejalanan), saya akan muncul mengetuk rumah kalian ;)

Till then. see you when I see you!



9 ulasan:

  1. Perniagaan??? Wow! Tahniah farrah. Perniagaan apa farrah? Bagitau la kat blog ni, mana tahu kawan2 bloggers boleh tolong naikkan sale farrah. Hehe

    BalasPadam
  2. wahhh kak farah nak mulakan perniagaan tahniah taw.. tak pe ekin faham sama ekin jarang gak masuk blog akak.. sekali datang bagi bom hahahahhaa

    BalasPadam
  3. perniagaan? alhamdulillah...
    moga semua urusan farrah tu dipermudahkan ekk.
    iye la, faham sgt. bila urusan hakiki kehidupan kita memerlukan kita, memang terabai la blog.
    takpe farrah. nanti boleh throwback hi hi hi :)

    BalasPadam
  4. wah. berniaga apa tu kak? :)

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan kak farah dalam apa bidang sekalipun

    BalasPadam
  6. wahhhh tahniahhhh.... ni nampaknya sy kena hantar bunga laa ya... ;-)

    BalasPadam
  7. wow semua 50% off sure lah rambang mata.. yang tak tahu nak buat apa dengan barang2 crafts pun jadi rambang mata..

    BalasPadam
  8. moga perniagaan Farrah makin maju.. tumpukan pada perkara yang lebih penting, blogging hanyalah sampingan saja bagi memenuhi masa dan minat..

    apapun rindu kat Farrah, tu datang singgah kat sini..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...