Isnin, Jun 05, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.



Kad di atas pula saya guna craft punch daisy yang kecil. Saya pilih padanan warna hijau dan kuning. Bulatan-bulatan merah dan biru pula (dipotong menggunakan Diamond Press Tool) untuk wujudkan sedikit elemen kontra pada kad. Final touch, adhesive diamentes pada bunga, sentimen CELEBRATE dan HAPPY EID. Done!

Tak sukar pun. Dengan hanya satu atau dua craft punch, kita boleh hasilkan kad raya diy yang menarik. Selamat Mencuba! 

#famftowercrafts

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:




Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

9 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.