Khamis, Jun 29, 2017

Raya! Raya! Raya!

Assalamu'alaikum,
Dah masuk raya ke-5 baru sempat nak jengah blog.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Salam Lebaran!
Happy Eid!

Moga sambutan hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat kalian semua.
Bagi yang dah masuk kerja tu, bawaklah semangat raya pergi kerja sama 😆

Di kesempatan ini, dalam ruang Syawal yang masih terasa gilang-gemilang meriahnya, saya susun sepuluh jari, ingin memohon maaf atas semua salah silap saya. Seandainya, ada kata-kata saya, tingkah laku, penulisan atau gambar-gambar saya di blog ini yang secara tidak sengaja menyinggung perasaan kalian, buat kalian hurt/terasa, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, saya minta maaf.

Jika ada perbuatan saya sepanjang 6 - 8 bulan belakangan ini; - tak balas mesej/Whatsapp, tak reply e-mel atau tak jawab pertanyaan yang diajukan,..harap jangan kecil hati. Enam bulan pertama 2017 was a very crucial phase for me. Saya benar-benar sibuk dengan komitmen baru. Komitmen baru comes with tanggungjawab-tanggungjawab dan masalah-masalah baru. (Tetapi, tak sesuailah nak saya ceritakan setiap satu di sini.) Jadi, harap jangan ambil hati jika saya tidak kunjungi kalian (blogwalking) sekerap dahulu, tak tinggal komen atau balas komen, tak dan nak update tanya khabar dan risik berita.

Khusus buat kenalan, kawan-kawan dan adik-adik yang still keep in touch, saya amat-amat hargainya. Terima kasih kerana memahami. Terima kasih atas persahabatan tanpa syarat! Enjoy your Syawal!


Insya-Allah, ada rezeki kalau kita jumpa, saya belanja minum kopi kawww kawwwww! 😉


33 ulasan:

  1. you had me at kopi..haha. Selamat hari raya kak Farrah. mohon maaf salah silap jugak. ni tengah kutip mood kerja. mujur opis ada tv boleh tengok drama raya sambil-sambil. eh..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah yessss, kita jumpa akak belanj kopi baikkk punya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Sal! Maafkan salah silap akak ye. Selamat mengumpul mood kerja. Bagus! Bagus! Tonton drama raya banyak2 bior feeling raya tetap ada! :)

      Padam
  2. selamat hari raya Farrah ....
    life goes on .... kejap busy kejap super busy
    kejap tak tau nak buat apa, kejap rasa I better sleep the whole day!
    apapun, all the best in your life, and semoga sentiasa sukses!
    cheers.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya to you too, Mrs. Pip! Itulah kan,..masa yang ada tak pernah cukup,..rasa-rasa macam free, tapi busy...hehehe memang part sleep the whole day tu yang best!

      Padam
  3. Selamat Hari Raya to you too.

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri 😉

    BalasPadam
  5. Selamar Hari Raya Kak Farrahhhh! :D

    BalasPadam
  6. Selamat hari raya farrah. Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  7. salam aidilfitri Kak Farrah.. kita faham je semua ada komitmen masing2 and we could not afford mengadap lappy 24/7 kan.. semoga dimudahkan urusan akak.. jangan stress..
    masing2 doakan kejayaan masing2 murah rezeki semualah..

    CT tanak kopi cem Kak Sal.. nak sushi hahaha..

    BalasPadam
  8. uish nampak nama ceq kat carta tetamu.. benarkah ?
    rasa cem dah lama tak blogwalking sini..

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya Farah. Maaf zahir batin.

    Akak tak beraya ke manapun. Duduk rumah je sebab kat rumah lagi meriah. Hahaha.

    BalasPadam
  10. Selamat Hari Raya kak Farrah MF. Saya pun baru dapat update blog semula. Semoga Allah s.w.t permudahkan setiap urusan akak. =)

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya Kak Farah.. maaf zahir batin.. moga yang baik2 sahaja untuk akak dan keluarga... 0-0 ye...

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya Kak Farrah :) Minta ampun n maafkalau ada salah silap selama kita kenal disini... #kosongkosong :)

    BalasPadam
  13. hello tuan rumah.. i datang singgah beraya ni..

    BalasPadam
  14. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

    BalasPadam
  15. Salam Aidilfitri, Farrah. Mohon maaf juga zahir dan batin, jika pernah komen-komen saya di sini yang mengguris hati Farrah.

    Moga segala urusan Farrah dipermudahkan oleh Allah. Amin...

    BalasPadam
  16. hai akak. selamat hari raya. baru sempat jenggah sini. hehe

    BalasPadam
  17. bila laa dapat dating dengan tuan tanah sambil minum secawan kopi kaww kaww

    BalasPadam
  18. selamat hari raya kak...dh hbis raya baru nk terjah tgk blog..

    BalasPadam
  19. Thanks for all the warm wishes. Maaf saya tak sempat respon setiap satu. 😊

    BalasPadam
  20. Raya dah habis baru singgah blog kak farah hihihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.