Isnin, 5 Jun 2017

Spring Cleaning untuk Raya

Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu kita berpuasa. Selalunya waktu-waktu begini, fikiran sudah mula merencana task untuk spring cleaning. Aktiviti kemas rumah nak sambut raya.😉

Banyak yang perlu dilakukan untuk hias rumah. Sedia untuk sambut ketibaan Syawal. Sedia untuk raikan tetamu yang datang berkunjung. Perkara utama yang saya akan lakukan ialah pastikan rumah bersih dari habuk dan debu. So, operasi vacuum and dusting akan dilancarkan secara besar-besaran.

Kemudian, tukar susun atur perabot. Duduk di kampung, kebiasaannya tetamu datang secara konvoi. Ramai-ramai satu keluarga. Saya kena pastikan susunan perabot di rumah boleh terima seberapa ramai tetamu pada satu-satu masa. Sebolehnya, tak mahulah ada yang terkepit di satu sudut, terkongkong atau tak boleh bergerak sebab keadaan congested. Waktu raya beginilah kita nak mingle. A lot of catching up to be done.

Selain itu, ada satu bahagian dinding di ruang makan yang kosong. Saya berniat nak jadikan dinding tersebut sebagai feature wall. Jadi, kena cat dinding dan fikirkan hiasan yang sesuai.


Tips Menghias Rumah untuk Raya
  1. Buat jadual kemas rumah. List down setiap apa yang perlu dibuat - kemas secara berperingkat. Jadi, kita tidak akan tergopoh-gapah pada saat-saat akhir.
  2. A few bouquet of flowers will inject some cheerful vibes. Tambah jambangan bunga di beberapa tempat di rumah. Biar lebih berwarna-warni. Lebih ceria dan welcoming.
  3. Susun perabot supaya menjadi mesra tetamu. Hidangkan makanan dan minuman di beberapa tempat supaya tetamu boleh linger around sambil makan dan minum. Apabila makanan dan minuman accessible - tetamu boleh makan serentak. Tidaklah nanti setengah je boleh makan, setengah lagi kena tunggu 😁


Dalam menyempuranakan misi hias rumah raya ni, ada beberapa produk yang saya perlukan. Bermula 19 Mei sehingga 30 Jun, LAZADA mengadakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale. Ada diskaun sehingga 90%!





Jam dinding ini untuk feature wall saya. Tak perlu susah-susah fikir nak penuhkan ruang dinding. Jam tu sendiri dah cukup menyerikan suasana.


Nesting table pula untuk letak makanan dan minuman di beberapa tempat di ruang tamu. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya mahukan susun atur ruang tamu yang memudahkan para tetamu untuk makan, minum dan beramah mesra. Dengan adanya meja-meja ini, tidaklah makanan dan minuman tertumpu pada satu tempat sahaja. 

Kalian pula bagaimana? Selamat berhempas-pulas mengemas ye!

Entri ini entri penyertaan LAZADA Ramadhan Raya Blogger Contest. Jom ramai-ramai sertai contest ini 😃


13 ulasan:

  1. all the best sis... cantik nesting table tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Sis Sheila. Saya suka meja 'beranak' begitu :)

      Padam
  2. Thank you kak Farrah untuk tiga tips tu. Goodluck!

    BalasPadam
  3. eh..meja tersorok tu penting untuk introvert macam saya. mingle akan buat saya stress

    BalasPadam
  4. adeh.. mengemas time posa ni memang mencabar.. 10 minit kemas 1 jam tido hahahaha..

    BalasPadam
  5. mengemas kerja yang paling mencabar, Eyda kalau kemas memang ak bertahan lama sebab anak-anak cepat jer nak sepakkan barang..

    BalasPadam
  6. cantik laa cermin tu sy pn berkenan

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...