NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Sabtu, 30 September 2017

Pilihan Menarik untuk 'Boring Words'

Di dalam kelas, ketika menulis atau berbicara, saya selalu galakkan anak didik saya untuk cuba gunakan perkataan-perkataan baru. Saya tidak mahu mereka terikat menggunakan hanya satu perkataan sahaja apabila menggambarkan sesuatu. Misalnya, besar. I told them I'm done with 'big'. Jadi, mereka kena cuba guna perkataan lain yang sesuai misalnya: enorrmous, huge, gigantic atau humongous. Kebiasaannya, mereka akan guna tesaurus untuk dapatkan cadangan perkataan yang sesuai.

Selain daripada merujuk tesaurus, saya suka dedahkan mereka dengan infografik. Banyak infografik bermanfaat yang boleh bimbing mereka untuk lebih mahir dengan penggunaan kata dan bahasa. Lagipun cara persembahan infografik yang berajah dan berwarna dapat lebih memancing minat mereka.

Kali ini saya ingin kongsi infografik yang dihasilkan oleh Jack Milgram melalui blognya Custom Writing. Infografiknya bertajuk 28 Boring Words and What To Use Instead. Di bawah ini sebahagian daripada infografik tersebut.


Di bawah ini ada beberapa contoh ayat dengan penggunaan perkataan biasa yang sudah ditukar kepada perkataan yang lebih menarik.

Examples:

We are looking forward to collaborate with you in the next project.
We are looking forward to collaborate with you in the upcoming project.

Please don't touch! Those are my things.
Please don't touch! Those are my belongings.

This car comes equipped with a new braking system.
This car comes equipped with a state of the art braking system.

I can feel that you are afraid of him.
I can sense that you are afraid of him.



Bermanfaat kan? Ada 28 perkataan kesemuanya. Jika berminat, boleh klik gambar di atas untuk dapatkan edisi penuh. Bagi saya, this is very useful. Yang nak tulis paper untuk assignments atau thesis, yang nak buat speech/talk bolehlah intai-intai senarai perkataan alternatif yang diberi. Tentu lebih colourful dan berkualiti hasilnya nanti. Tidaklah asyik guna perkataan yang sama sahaja.


This infographic is great, Jack! Thanks for sharing it with me. 😊

Psstt! Intai entri ini juga --> Interesting Words to Learn



21 ulasan:

  1. Terima.kasih kak farah sharing.. Ekin pun belajar gak baca ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Jom belajar sama-sama :)

      Padam
  2. Eh lupa nak bagi assalamualaikum.. Lamanya tak singgah blog akak.. Rindu hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Akak pun lama tak blogwalking ke rumah Ekin. Insya Allah nanti akak datang ye. Thanks so much sebab sudi singgah :)

      Padam
  3. nak tulis proposal best ni..saya pun selalu suruh intern guna these words supaya report nampak lagi gempak.Thanks share kak Farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...biar nampak vavavoom sikit hasil penulisan kita kan,...

      Padam
  4. Thanks for sharing this, kak Farrah! :D

    BalasPadam
  5. setuju, dulu zaman skolah cikgu english selalu sruh hafal 1 2 perkataan yg agak catchy nak buat esei, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barulah esei tu ada ummmphhhh, kan...

      Padam
  6. assalamualaikum Farrah, lama tak singgah kat sini.. ermm bagus entry nih, Eyda dapat belajar perkataan baru, boleh lah ajar anak2 guna perkataan macam nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Eyda. Terima kasih sudi singgah. Hmmm, boleh jar hero2 comel kat rumah tu. Words nya pun tak complicated sangat :)

      Padam
    2. betul tu Farrah.. boleh juga diaorang guna dalam latihan dan peperiksaan..

      Padam
  7. WOW! Tips yang berguna ni , boleh saya guna untuk tulis tesis. heehe

    BalasPadam
  8. Nak tulis thesis sesuai guna ni. kena banyak study lagi vocab va-va-voom. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,...biar ceria berwarna-warni sikit hasil tulisan kita tu :)

      Padam
  9. this teacher wants to thank you teacher for sharing these info =D

    BalasPadam
  10. farrah. tq for sharing. bagus ni.
    aida now memang akan simpan & print bahan gini.
    2-3 bulan before nurin upsr ari tu, started to kumpul info english gini.
    moreover, aida pon akan kena buat assignment skang kan...
    tq again...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...