NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 32 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Sabtu, 30 September 2017

Sayonara, September


Assalamu'alaikum,
Dah nak bertukar bulan, baru berpeluang jengah blog! Aduhai... Kasihan betul blog saya yang sendu ni. Apa khabar semua? Apa aktiviti hujung minggu? Keluar makan angin atau duduk santai berehat di rumah sahaja?

Saya baru balik dari Kota B. Hampir sebulan jugalah di sana. Urus itu urus ini. Banyak perkara betul yang perlu diselesaikan. Lunas satu perkara, ada dua tiga lagi yang datang menyusul. Lazimnya, by the time hari saya berakhir, saya dah tak larat dah nak buat apa-apa. Cari bantal, tilam dan tempat untuk landing je.  Check e-mel pun tak berani sebab dikhuatiri nanti baca lain, faham lain, balas benda lain. 😆

Dalam entri saya pada awal bulan yang lalu, saya ada ajak main teka-teka kan? Tersengih-sengih baca jawapan kalian. Ada yang teka siputlah, tangga pusing, dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi teka-teka. Sporting habis! Dalam pada siput dan tangga pusing tu,  ada juga yang berjaya meneka dengan betul! Tetapi, saya simpan dulu jawapan mereka. Insya-Allah, nanti saya buat satu entri khas umumkan si pemenang yang berjaya.

Oh, jangan lupa. Esok Hari Kopi! Belakangan ini banyak juga kedai, cafe dan produk berasaskan kopi yang buat promotion best best sempena Hari Kopi. So, coffee lovers,...it's your day! Don't forget to grab all these good promotions while they last!

Gambar kopi saya di atas tu kopi G7 dari Vietnam. Saya berpeluang untuk cuba G7 dan G8. Walaupun orang kata G8 lagi sedap (premium dan lebih mahal), somehow I prefer G7. Cuma G7 ni agak manis berbanding G8. Biskut tu pula biskut green tea. Shortbread cookies. Nyummmmmmm nyummmm. Siapa yang suka teh hijau dan matcha flavour will definitely enjoy this! Tetapi, bagi yang kurang gemar akan anggap rasa teh hijau biskut ini terlalu kuat.

OK itu sahaja buat masa ini. Kejap lagi sebelum keluar, saya akan blogwalking mana sempat. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

Enjoy your weekend!

21 ulasan:

  1. Cepat2 bg jawapan, I am curious mau tau jawapan, hehe.

    BalasPadam
  2. Yang untuk previous entry tu, saya dah googled jawapannya. Macam tak percaya itu jawapannya. Tapi saya nak tunggu entri dari kak Farrah juga :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oraittt, tunggu ye,...akak tak sempat nak buat entri lagi. Eh, alang-alang dah ada jawapan tu, pergilah hantar komen kat entri tersebut. Mana tahu ada peluang jadi pemenang juga :)

      Padam
  3. Hai kak farah.. Hunjung minggu merathon layan drama hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnyaaaa! Akak dah lama tak sempat nak movie marathon/drama marathon ni :)

      Padam
  4. everyday is a coffee day! hehe..lama x blogwalking sini. my september yang super hectic. tengah cari rentak nak blogging balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Sal. Akak pun baru nak bertatih balik ni. Lama tinggal blog :)

      Padam
  5. Salam singgah sini dik Farrah...biskut tu pun nampak sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa khabar, Sis MD? Terima kasih sudi singgah tinggal jejak.
      Biskut tu kalau yang gemar teh hijau memang akan suka :)

      Padam
  6. jauh kopinya tu hehehehe dr vietnam ;-)

    BalasPadam
  7. sedap sesekali layan kopi, suka kopi o lagi dari kopi yang ditambah dengan susu atau krimer nih..

    teka2 nampak sangat lama tak singgah kat sini.. apa pun good luck pada yang berjaya meneka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Eyda. Saya pun prefer kopi o. Cuma sesekali nak treat diri baru pilih latte ke cappucino ke,..

      Padam
    2. kadang cuba juga latte atau cappucino tu bila nak merasakan kelainan..

      Padam
  8. saya pun tak sempat nak update apa2 masa september hari tu.. huhu.. sempat buat 2 blogpost jer... aduhaii.. life was so hectic on last september..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap bulan ni lebih tenang buat kita :)

      Padam
  9. omaaaaigad i love the coooookies Kak Farrah !!!! pernah rasa skali jeeeee lepas tu lama dah plak tu ohemgiii!!!

    BalasPadam
  10. aida pon lama tak landing sini.
    agak busy julai ogos.
    last month mode student baru on.
    tu yg lom sesuai kan diri dgn masa.
    oktober... i am back :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...