NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Isnin, 30 Oktober 2017

Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Bunga Comel daripada Water Colour

Hari ini saya ingin kongsi tutorial cara-cara buat hiasan kraf (embellishment) bunga comel daripada water colour. Senang je nak buat. Tidak perlu ada kemahiran melukis atau mewarna sebab pada dasarnya bunga yang kita hendak buat ni, kelopaknya bulat-bulat. Sebenarnya, saya ada tengok satu video kraf, tak ingat di mana dan bila. Crafter tu lukis kelopak-kelopak bunga mawar cantik sangat! Bunga-bunga diwarnakan dengan teliti siap guna tona warna yang berbeza.

Dapat inspirasi dari video tersebut, saya buatlah bunga-bunga comel ini. Tetapi apa yang saya hasilkan sudah saya improvised kepada versi simple. Insya-Allah kalis gagal punya projek. Jika hendak dijadikan aktiviti dengan anak-anak pun tak ada masalah.

Inilah bunga-bunga comel yang saya maksudkan. Bunga-bunga ini sesuai dijadikan hiasan untuk kad atau scrapbook. Hiasan untuk backdrop photo booth pun cantik. Sweet sweet gitu!


Bahan-bahan yang diperlukan:
Kertas lukisan
Water colour + berus lukisan, palette dan air secukupnya
Pen hitam dakwat basah/ gel pen
Dimentional tape/sticker
Gunting

Mula-mula, kita sediakan kelengkapan untuk mewarna. Pilih warna mengikut cita rasa. Lebih banyak warna lebih meriah. Tidak perlu lakar atau lukis. Warnakan kelopak dalam tiga saiz yang berbeza (untuk satu bunga). Kita mahu buat bunga ni 3 layers. Tak cantiklah kalau ketiga-tiga kelopak bersaiz sama. Jadi, agak-agaklah saiznya. Jangan risau tentang perincian. Jangan terlalu fikir bulat ke tidak. Sama besar ke tidak. Warna je ikut suka. Masa inilah nak lapangkan fikiran. Just go with the flow 😁

Setelah siap, biarkan seketika sehingga warna betul-betul kering.


Langkah seterusnya, ambil pen hitam (saya guna gel pen) dan lukis lingkaran di atas setiap kelopak. Sekali lagi, garis lingkarannya tidak perlu sempurna. Ikut suka kita 😀Selanjutnya, potong setiap kelopak. Saya tinggalkan sedikit ruang putih di sekeliling kelopak ketika memotong untuk dapatkan efek bertentangan.


Kelopak bunga yang sudah siap dipotong.
Untuk assemble kelopak menjadi bunga, kita gunakan dimentional tape/sticker/double sided tape yang jenis tebal tu. Tampal tindan kelopak-kelopak bunga mengikut saiz - paling besar di bawah dan paling kecil di atas. Disebabkan kita guna dimentional tape/sticker/double sided tape, bunga yang terbentuk nampak lebih timbul, lebih bersifat 3D. Tak adalah leper sahaja rupa parasnya.

Siap! Totemo kawaii des ne?


Selamat Mencuba!
#famftowercrafts


Psstt!! Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

31 ulasan:

  1. omg farrah!
    simple tapi outstanding!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni anak-anak dara Aida pun boleh buat ni :)

      Padam
  2. kalau dah tangan berseni... air pun boleh jd bunga ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakahkahkah,..air pun boleh jadi bunga ye :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Tidak secomel mummy,..cia cia cia!

      Padam
  4. wow! cantiknya. nak tirulah buat ni nanti. hehhe

    BalasPadam
  5. oooooo nooooo, memang comel dan simple nak buat ...
    nanti boleh lah mrs pip cuba juga ....

    BalasPadam
  6. hello knock knock.. hihi im here. cantik and simple yet beautiful. kalau suruh lukis mungeee kelopak2 tu CT surrender. tangan kaku keras tak reti lukis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan susah-susah nak lukis bunga, dik. Lukis bulat bulat je!

      Padam
  7. Balasan
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke mari, cikgu.

      Padam
  8. lama tak terjah sini...

    sharing yg best! tq.

    nanti nk buat laa.

    nway fiefi da tag sis farah kat sini http://blogfiefi.blogspot.my/2017/11/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Fiefi! Thanks tag akak. Nanti insya Allah akak join ye.

      Padam
  9. Wow cantiknya. Mmg kreatif laa

    BalasPadam
  10. Salam singgah sini dik Farrah...wahhh...memang comel lah....

    Tahniah dik Farrah..adik salah seorang pemenang first giveaway akak tau....

    http://mardiahdiana.blogspot.my/2017/10/cabutan-untuk-pemenang-first-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh! Alhamdulillah. Thanks so much, Kanda MD! Terima kasih sebab inform ye. MMuuahhhhhh!

      Padam
  11. berbakat..kreatif..Singgah sini ya..

    BalasPadam
  12. nice, wlaupun simple tapi cute!

    BalasPadam
  13. terbaik...memang berseni...lama tak buat benda seni ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg Arz buat sekarang pun kira benda seni juga,..

      Padam
  14. wahhh kretifnya kak farah ni ada jer idea ya

    BalasPadam
  15. da lama rasanya tak dengar water colour tu...
    cantikntye kak farrah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...