NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Khamis, 30 November 2017

Bagi yang Ingin Berjinak-jinak dengan Fitness dan Workout

Salah satu perkara penting yang saya ingin capai pada 2017 ini ialah turunkan berat badan, jadi lebih fit dan lebih sihat. I mean in serious term. Selama ni asyik kata nak sihat, nak makan sihat, nak hidup sihat,...tapi saya tak betul-betul komited. Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya lakukan sedikit perubahan dalam gaya hidup demi realisasikan misi hidup sihat saya.

Personally, saya tidak suka bersenam. Semangat nak bersenam tu ada, tetapi MALAS! Lazimnya, niat nak bersenam tu datang masa saya tengah rehat atas katil sudah hendak lelapkan mata. Hahahah! 😜Dan saya suka makan! Bayangkan,..suka makan, suka kunyah-kunyah snek, tak suka bersenam. Pasifnya hidup! Mujurlah, dari segi pemakanan, saya berpantang dan berjaga-jaga juga. Menguruskan diet harian Cekebon, secara tidak langsung saya turut sama mengawal food intake.

Fitness journey saya tidak drastik tetapi saya sedaya upaya cuba untuk konsisten sebab target utama saya - nak sihat, nak bebas penyakit. Apa yang saya lakukan saya kongsi melalui penulisan artikel di ZALORA. Setakat ini saya sudah tulis 3 artikel santai berkenaan penurunan berat badan dan fitness mengikut pengalaman saya. Jadi, siapa-siapa yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti fitness dan workout, boleh cuba baca artikel-artikel di bawah to give you some insights.



Memandangkan saya bersenam, saya mulakan misi sihat saya dengan kawal makan terlebih dahulu. My first step - kawal gula dan portion makanan. Saya mula minum black coffee (tanpa gula dan susu), makan lebih kerap tetapi dengan portion yang sedikit dan baca lebih banyak tentang pengambilan makanan sihat. Apa yang penting, jangan pressure diri kita. Take baby steps. Ingin tahu lebih lanjut, jemput baca How to Start Losing Weight (Without Stressing Yourself Out). These things worked tremendously with me.

Setelah berjaya turunkan beberapa kilogram, barulah saya masukkan aktiviti workout dalam rutin harian saya. Maklumlah, badan dah rasa ringan sikit, rasa cergas sikit... Tetapi, kita tidak boleh simply terus pergi lari atau terjah buat aktiviti di gym. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu. Misalnya apa jenis senaman yang kita nak pilih (Sesuai atau tidak dengan kita?) dan apa fitness equipment/s yang kita perlu ada - running shoes, yoga mat, fitness tracker (boleh baca mengenai Mi Band 2 di sini). Barulah aktiviti fitness kita dapat dilakukan dengan sempurna.

Klik gambar di bawah untuk baca artikel.

Dah kawal makan dan bersenam, pasti kita nak dapatkan hasil terbaik kan? Praktikkan tips yang saya kongsikan dalam artikel 4 Useful Workout Tips to Apply Everyday. Ada beberapa saranan berguna tentang bagaimana untuk tingkatkan metabolisme, bagaimana jika ingin bakar lebih banyak kalori dan apa yang perlu dilakukan untuk atasi soreness selepas bersenam.


Pada dasarnya, apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya. Mungkin ada persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Apa yang penting, kita kena tahu kemampuan diri kita. From there, start challenging yourself to be a better YOU.

Happy reading!


6 ulasan:

  1. dulu rajin senam tp mkn main belasah je... trn tu mmg trn laa... hehehe

    BalasPadam
  2. bagus. ternmpak sis update fitness band kt ig :D

    BalasPadam
  3. saya pun suka makan, kurang bersenam...nmpknya kena rajin2kan diri utk bersenam utk kesihatan..

    BalasPadam
  4. wah..kena baca entry kak Farrah nanti. Selamat bersenam dan semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  5. Saya pun dah start nak serious dengan workout bagai ni sebab kalau boleh nak turunkan berat badan sebelum kakak saya kahwin. Hehe 😊

    BalasPadam
  6. tengah nak naikkan mood workout nih...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...