Isnin, November 06, 2017

Kenapa Mesti Black Coffee?

Siapa penggemar kopi? Any coffee lover out there? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Bukan yang dilimpahi kemewahan manis lemak susu, gula, krim segala! Memang kopi semata-mata.

Kopi O pekat atau black coffee sebenarnya ada banyak manfaat kesihatan. Antara kita tahu dengan tidak je. Pertama, black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Sekali lagi diingatkan ye, kopi kosong. Once kita dah letak gula, susu atau krimer, nilai kalori kopi kalian akan mencanak naik.

Selain itu, kandungan kafein dalam kopi dapat membantu tingkatkan metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.

Bukan itu sahaja, kopi juga dapat bantu kita agar kekal segar dan lebih fokus sepanjang hari. Stay alert all day long. Kajian juga menunjukkan yang kopi mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes dengan mengawal paras gula dalam darah.

Masalahnya, kopi kosong tanpa gula, susu atau krim = KOPI PAHIT! Ramai yang tidak gemar minum black coffee sebegini. Tidak lalu. Tidak kena selera. Maklum sajalah rasa manisnya tiada. Jangan bimbang. Semua bisa diatur.

Dalam artikel saya di ZALORA sekitar hujung Ogos lalu, saya ada kongsi cara-cara untuk mula jatuh cinta pada black coffee. Memanglah jika lidah kita sudah terbiasa dengan kemanisan gula dan creamy susu atau krim, kita akan kata tidak pada black coffee. Tetapi, kita boleh cuba perlahan-lahan supaya deria rasa kita dapat nikmati kopi O sekaligus kebaikan-kebaikannya. 

Ingin tahu lebih lanjut? Klik sahaja pada gambar di bawah. Jika kalian pernah cuba salah satu cara yang saya nyatakan, kongsi di sini ye. 😊




Pssttt! Teh hijau pun banyak manfaat kesihatan tau! Tak percaya baca di sini ye.


36 ulasan:

  1. sy ada try jg balck coffee yg telah ditinkan tp sill x leh msk wpn sy ni minum kopi... kat cafe2 x penah try pulak black coffee... mn tau laa kn lg sedap kot hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi memang kalau tak biasa agak sukar nak ditelan, Anies. Tak pe, nanti ada rezeki saya bancuhkan secawan khas untuk Anies ye.

      Padam
  2. Datang ziarah sambil minum coffee...
    Done follow

    BalasPadam
  3. Saya minum black coffee bila saya cirit birit, tu petua org dulu dulu supaya cirit birit tu cepat hilang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh, saya pula kalau cirit birit saya selalu buat teh pekat ;)

      Padam
  4. suka black coffee..tapi kurang gula..kalau takde gula rasa macam tak boleh nak masuk pulak...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar kurang manis dalam kopi, janji senyum tetap manis!

      Padam
  5. Mama penggemar kopi tapi black coffee Tu kurang sikit. Boleh juga Cuba try nanti

    BalasPadam
  6. Saya suka minum kopi...tapi kadang suka o, kadang suka blended, kadang suka tarik

    BalasPadam
  7. Betul. setuju kak farah...banyak kelebihan kopi...tapi kadang kita lebih suka yang bersusu atau krim

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..sebab yang bersusu berkrim tulah yang sedap kan!

      Padam
  8. minum kopi O ni rasa macam matang sangat..tak tahu kenapa =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahla. sy pun rsa macamtu gak. haha rasa macam dh tua :p mungkin org2 tua suka minum kopi kot

      Padam
    2. Heheheh rasa matang? Betullah bak kata Julia tu. Mungkin sebab kita biasa tengok yang suka kopi o kaw ni orang-orang tua.

      Padam
  9. i like my coffee the way i like my man..mild and sweet. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah wah wahhhh! Kira akak tak leh bancuhkan yang strong utk Sal lah ni :)

      Padam
  10. banyak khasiat coffee sebenarnya. tp xsuka sgt minum kopi O mcmtu je huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Kalau Julia tak suka kopi o begitu, boleh cuba teh hijau. Khasiatnya pun lebih kurang sama.

      Padam
  11. Akak sekarang dah jarang minum kopi. Kat rumah ni guna kopi aik cheong 3 in 1 tu tapi yang tanpa gula. So, jika nak minum, kita boleh ejas gula dia. Selalunya memang letak sikit je gula tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka kopi aik cheong. Best kan,...letak sikit gula tu yang bagus, kopinya lebih terasa :)

      Padam
  12. betul.. kopi byk khasiat jika minum cara yg betul.

    BalasPadam
  13. Asalam saya minum coffie juga..normal kopi tu hitam ..jika tak silap..

    BalasPadam
  14. di rumah bkn coffee lover tp nina suka sgt minum latte. tmbh2 ada mcm2 jenis corak dicafe2 nk promote kopi dorang. xleh telan kalau o je

    BalasPadam
  15. Sy mmg tegar kopi..tapi kopi o letak gula la..hehe..klu kosong mungkin xbole nk telan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..yang penting gulanya jangan banyak sangat ye :)

      Padam
  16. skg ni mnum kopi dgn teh hijau tanpa gula

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.