Isnin, Disember 25, 2017

Countdown 2018 - Tetapkan Azam dan Target Tahun Baru

Assalamu'alaikum,
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang. Hari ini dah 25 Disember 2017. Tinggal beberapa hari je lagi sebelum kita mula tulis tarikh dengan tahunnya 2018.

Kredit

Semangat nak mulakan tahun baru! Beberapa hari ini, insya Allah saya akan buat entri Countdown 2018. Entri-entri Countdown 2018 saya akan berkisar tentang persiapan menuju tahun baru + apa yang boleh kita lakukan agar setiap bab 2018 lebih bermakna dan bermanfaat buat kita semua.

Perkara pertama tentulah azam tahun baru kan? Waktu hujung tahun beginilah kita mula menilai semula perjalanan 2017, apa yang berjaya dicapai, apa yang gagal dilaksanakan....Waktu ini jugalah kita teruja buat senarai azam untuk 2018. Ada sesetengah orang tidak suka pasang azam kerana tidak mahu terikat dengan target atau sasaran tertentu. Bagi saya terpulang pada individu. Tidak ada salahnya buat senarai itu ini apabila memasuki tahun baru. Sekurang-kurangnya kita akan punya motivasi untuk majukan diri demi mencapai apa yang dihajati.

Sebut tentang azam, artikel terkini saya di THREAD by ZALORA menyentuh tentang idea menarik yang boleh dimasukkan ke dalam senarai azam 2018. Kita akan pasang azam berkenaan personal life kita baik dari segi relationship, kebajikan mahupun ibadah, letakkan sasaran untuk kerjaya, kewangan dan macam-macam lagi. Di samping semua main goals yang kita nak capai, apa kata masukkan salah satu daripada 6 idea (yang saya nyatakan dalam artikel tersebut). Antaranya untuk jalani hidup sihat, complete fun challenges (for instance photo challenge, book challenge or money challenge) atau pilih untuk buang satu tabiat buruk yang kita ada.

Ingin tahu lebih lanjut? Klik gambar di bawah untuk baca artikel. Just to spice things up! So, at least kita ada something fun and interesting to look for.

Selamat menetapkan azam 2018 dan jangan lupa masukkan sesuatu yang menarik, yang boleh mencabar kemampuan diri kita dan jadikan kita manusia yang lebih baik.


Intai juga entri Countdown 2018 yang lain:


Psstt!! Bagi yang berkesempatan baca artikel di atas, ada yang pancing perhatian kalian tak? Sudi-sudilah kongsi andai ada antara 6 perkara yang saya senaraikan, yang akan kalian pertimbangkan untuk azam 2018. 


22 ulasan:

  1. saya tak tahu letak azam baru utk 2018 ni coz nak cuba sebaiknya capai matlamat azam 2017 yg tak berjaya disiapkan, kiranya azam carry forward la ni...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,..apa yang boleh kita bawa ke 2018, kita teruskan :)

      Padam
  2. macam biasa azam saya nak travel banyak-banyak. malas nak fikir benda yang itu. haha (if you know what i mean)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah benda yang itu memang tak payah pening kepala. Akak doakan Sal dapat travel banyak-banyak tahun depan, dapat pergi jelajah macam-macam tempat tengok bumi Tuhan ni :)

      Padam
  3. selamat menyambut 2018 kak Farrah. semoga tahun-tahun mendatang mendatangkan kebahagiaan dan keberkatan dari-Nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Terima kasih atas doanya. Same goes to you, Sal.

      Padam
  4. Azam mummy.. forward yang tahun lepas. bezanya tahun lepas anak upsr, tahun anak pt3....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh,..kiranya debaran dan ketaq bakal bersambung ke tahun depan ye, Mummy.
      Nway, best wishes for 2018, Mummy :)

      Padam
  5. Anw Moga semua Azam geng ketaq mummy ni berjaya dicapai.. Chaiyok2...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Terima kasih geng ketaq ku. Saya doakan yang sama untuk Mummy. Moga Mummy sihat, bahagia, gumbira dan dikurniakan rezeki banyak melimpah ruah.

      Padam
  6. sy x de azam tertentu.. sbb sy cuma mengharapkan setiap tahun sy hanya nak sihat dan bahagia sahaja ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang penting kan,...sihat, lapang dada,..lapang fikiran. :)

      Padam
  7. Sy carry forward azam tahun 2017....tahun 2018 azam nak menyimpan duit by weeks..cth mgu pertama smpan rm1,mgu kedua rm2,mgu ke3 rm3 smp la mgu ke 52...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun buat benda yang sama. Rasa puas sangat kalau dapat completekan money challenge :)

      Padam
  8. ada beberapa azam yang tercapai, tidak kurang juga yang gagal dipertengahan jalan. apapun untuk tahun 2018 ni nak mantapkan lagi diri menjadi yang lenih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Yang penting, misi utk jadikan diri lebih baik. Mana yang tak tercapai tu kita bawa lagi ke 2018 :)

      Padam
  9. Hai Kak Farrah :)

    Saya tak tahu lah Kak Farrah ingat tak lagi saya, saya Nini. Dulu aktif blogging, sekarang kelaut. Saya selalu je melawat blog akak cuma segan nak komen, hihi.
    Thanks akak untuk tips 2018 ni.

    All the best, Kak Farrah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Nini!
      Lamanya tak dengar khabar berita Nini. Busy ye? Harap nanti bila ada peluang, Nini kembali aktif berblogging. Thanks tau, sudi lawat blog akak. All the best for your 2018 too. Akak doakan segala yang terbaik untuk Nini. Take care, dear!

      Padam
  10. azam 2018 tetap sama azam yang dulu2.. masih belum tercapai doakan ekin deh hihihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.