728 x 90

Selasa, 31 Januari 2017

Resepi Airfryer - Tempe Garing dan Sos Harrah

Siapa suka makan tempe? Selain dibuat lauk, saya suka makan tempe goreng garing begitu sahaja. Sedap dikunyah time gatal gigi. 😆

Untuk resepi tempe ini, tempe dihiris nipis. Kalau tebal-tebal nanti tak garing pula. Kemudian, saya perasakan dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Banyak mana? Agak-agak je,... Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa. Gaul sekata semua rempah dan sedia untuk digoreng.

Sejak ada airfryer ni, memang apa hidangan yang boleh disediakan menggunakan airfryer, saya akan guna airfryer. Dapatlah sediakan dish yang lebih sihat, kurang minyak. Letakkan ke dalam bekas airfryer (jangan penuh sangat, nanti susah udara panas nak circulate untuk masak hidangan kita) dan masak selama 15 minit.

Bersedia untuk dimasak manja dengan airfryer 😉

Isnin, 30 Januari 2017

Ziarah Tok Ta Sempena Tahun Baru Cina

Kami sekeluarga ada family friend yang berbangsa Cina. Dah kenal lama. Tok Ta (pangkat datuk bagi saya dan adik-adik) merupakan kawan baik arwah datuk saya. Dulu-dulu semasa Cekebon kecil, sementara nak menunggu arwah datuk habis mengajar sesi petang, Cekebon dijaga oleh keluarga Tok Ta ini.  

Semasa kami adik-beradik membesar, Tok Ta banyak tolong kami. Dia dah anggap Cekebon macam anak dia sendiri dan setiap kali ada di antara kami yang nak lanjutkan pelajaran, dia akan tolong apa yang perlu dari segi khidmat mahupun kewangan. Dulu, masa kami adik-beradik belajar main piano, Tok Ta hadiahkan kami sebuah piano supaya kami boleh berlatih di rumah. Rasanya, yang betul-betul pandai, si Cekengah. Saya dan Uje main ke laut ke gaung semua ada. Saya lagilah,..bab baca not memang lembapppppp habis!

Kebiasaannya, setiap kali perayaan kami akan saling mengunjungi (melainkan kalau betul-betul ada hal/Tok Ta berada di luar negara). Tok Ta pun tak pernah lupa datang berhari raya bersama kami jika ada kesempatan.

Tahun ini, pada awalnya kami tak rancang ke rumah Tok Ta sebab keadaan Cekebon yang agak lemah. A day earlier, Cekebon buat dialysis. So, penatnya masih bersisa. Tetapi, bila telefon nak wish Tok Ta Happy Chinese New Year,...borak-borak dengan Tok Ta....tiba-tiba Cekebon decided nak gagahkan diri jumpa Tok Ta. Dia kata dia sayu dengar suara Tok Ta kat telefon. Tok Ta dah 88 tahun tau! 

Ahad, 29 Januari 2017

Chords Bintang Kehidupan - Setia Band

Setia Band muncul lagi dengan single baru, menyanyikan semula lagu malar segar Nike Ardilla, Bintang Kehidupan. Klip video pun dah released. Nak dengar dan tengok, cari di Youtube ye.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


Kunci Gitar dan Lirik Lagu Bintang Kehidupan - Setia Band


(Intro)
Am G F C
Dm Am E Am

Am G
Jenuh aku mendengar
F
Manisnya kata cinta
C
Lebih baik sendiri

Dm E
Bukannya sekali
Am
Ingin kumencoba
F C
Namun kugagal lagi

Kord Gitar Menanti Janji - Ronnie Hussien (OST Biar Aku Jadi Penunggu)

Saya tak tonton drama Biar Aku Jadi Penunggu, tapi lagu nyanyian Ronnie Hussien yang ini memang saya suka. Mellow je. Melodinya kenalah dengan telinga dan jiwa 😃 Masa main lagu ni kat rumah, tiba-tiba Cekengah datang tanya, "Ni lagu apa? Sapa nyanyi?" Hahaha rupa-rupanya lagu ni dok berputar dalam kepala, terngiang-ngiang di telinga dah beberapa hari. Sampai sakit kepala dia fikir kat mana dengar lagu ni dan siapa nyanyi. 

As usual, enjoy the easy chords!

Kord Gitar Menanti Janji - Ronnie Hussien 
OST Biar Aku Jadi Penunggu

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am G F
Am G F

Am E Am
Telah lama ku rasa sebegini
Am Dm
Meniti masa silih berganti
E  
Kuharapkan engkau
Am F Dm
datang kepadaku
E Am
Walau sekadar mimpi

Khamis, 26 Januari 2017

Tebus E-Voucher Lazada dengan MANIS

Tahu tak tentang aplikasi MANIS? Yang kita kumpul resit pembelian, snap resit dan kumpul points kemudian boleh tebus dengan vouchers. Saya ada tulis mengenainya di sini

Sebelum ini, dengan points yang ada saya dah beberapa kali tebus WWF Points Donation - Protect Borneo Elephants. Dengan resit pun kita boleh tolong selamatkan gajah tau!



Selasa, 24 Januari 2017

Movie Night Party Theme (Part 1)

Dah lama tak buat entri on party planning. Asyik tunda tunda tunda sahaja. Kali ini saya nak kongsi satu lagi tema parti atau keraian yang boleh dibuat untuk majlis-majlis kalian - MOVIE NIGHT!

MOVIE NIGHT party theme ni sebenarnya untuk sambutan hari lahir adik lelaki saya sekitar hujung November tahun lalu. Pada asalnya, tiada sebarang perancangan nak buat apa-apa sambutan sebab sepatutnya adik saya tidak berada di Malaysia pada waktu itu. Saya pun relaks jelah tak prepare apa-apa. Last-last, atas sebab tertentu, dia tak jadi ke luar negara. So, kami decided untuk keluar makan tengah hari bersama-sama pada hujung minggu, a few days before his birthday.

Dengan masa yang suntuk, saya memang tak terfikir langsung nak buat parti bertema. Kebetulan, saya tengah sibuk berpindah-randah. Jadi, dah set dalam mind, tak pelah kita makan-makan je on the 19th. Next year, birthday Uje kita buat extra grand. Extra special.

Tapi, saya tak sampai hati. Selalunya apabila birthday saya dan Cekengah, si bongsu kami ni beria-ia usahakan itu ini. Pada malam 18hb, saya pandang keliling bilik kraf, tengok-tengok apa yang saya ada. Apa tema parti yang saya boleh usahakan dalam tempoh kurang dari 16 jam, tanpa perlu keluar ke kedai cari barang.

Inilah hasilnya,....MOVIE NIGHT!

Isnin, 23 Januari 2017

Yee Mee Goreng Extra Broccoli

Hidangan sarapan pagi tadi. Sebenarnya lebih kepada brunch sebab dah nak tengah hari baru suapan pertama masuk mulut! Sebelum ini saya pernah sediakan Yee Mee Goreng Mudah. Boleh intai resepinya di sini.

Kali ini, satu lagi variasi untuk yee mee goreng - Yee Mee Goreng with Extra Broccoli. Entah kenapa, buka peti ais pagi tadi, nampak broccoli kat tempat sayur, terus teringin! Mula-mula ingat nak buat brokoli goreng je untuk kunyah-kunyah, tapi tengah laparrrr. Mana cukup nak tampung kapasiti peyot. Jadi, kita sediakan Yee Mee Goreng.

Yee Mee Goreng Brokoli

Sabtu, 21 Januari 2017

Chords Sambutlah Kasih - Lovehunters

Dalam inbox ada a few requests minta chords lagu Kudien. Saya terpinga-pinga. Kudien mana ni? Saya dah lama tak sempat tengok TV. Tak update sangatlah tentang rancangan-rancangan cari bakat baru. Tanya kat Bott, Kudien ni siapa? Budak Mentor Milenia ke? Selamba dan bersahaja Bott jawab,"Bukan, itu Qody!" Nampak tak makcik seorang ni? Konon tak ikut perkembangan rancangan nyanyi-nyanyi reality shows,...tahu je tuh! 😆😆😆

Selepas beberapa carian di Google, barulah tahu Kudien ni peserta rancangan 3 Juara. Suara memang rock habislah. Semasa konsert Pentas Epik Final 3 Juara yang berlangsung baru-baru ini, Kudien bawakan sebuah lagu daripada kumpulan Lovehunters. Lagu tu memang best. Persembahan Kudien pun best!!! Boleh tonton di sini.

So, demi menunaikan permintaan, inilah kord gitar Sambutlah Kasih - Lovehunters. Kebetulan memang kord lagu ni ada dalam simpanan sebab dulu pernah belajar main lagu ni. Selamat berdendang!

Jumaat, 20 Januari 2017

Carabiner untuk Shopping

Baru-baru ini semasa saya dan Bott bersiap-siap nak keluar, si Bott kecoh carabiner dia hilang. Sibuk menggagau cari ke sana ke mari, tak ingat dia letak mana. Tak tahu apa itu carabiner? Ni salah satu contohnya,..


Carabiner ni selalu digunakan untuk outdoor activities. Tapi, kami berdua bukan nak keluar buat aktiviti-aktiviti mencabar macam climbing ke apa. Kitorang nak pergi shopping je. Heheheh. Yes, pergi shopping pun kena ada carabiner tau! Barulah tenteram jiwa nak berbelanja sepanjang hari.

Selasa, 17 Januari 2017

Akhirnya,...

Akhirnya,...

Credit: NLB

...sempat juga jengah blog!!!
Huwaaaaaaaa! Agak lama juga tower ni terabai.
Ni dah balik sini, adalah peluang nak menulis.
Misi minggu ini nak blogwalking, balas komen, ziarah kawan-kawan,..
Moga tiada aral atau balak yang melintang, membataskan hasrat saya nih 😆😉
Then, kalau sempat nak buat scheduled entry banyak-banyak sebab minggu depan akan busy.
Banyak benda nak cerita, banyak entri yang tertangguh. Entri guitar chords (yang request lagu tu, harap bersabar ye), entri resepi dan kraf,... Entri pengomen terbanyak sepanjang tahun 2016 pun tak dan nak buat lagi.

Kepada rakan-rakan, adik-adik yang sudi singgah, terima kasih banyak-banyak. Yang tinggal komen, yang sampaikan ucapan takziah (untuk entri pemergian sahabat saya sebelum ini), terima kasih atas keprihatinan dan sikap ambil berat kalian.

Ada rezeki, kita jumpa lagi!

Isnin, 9 Januari 2017

...kerana Allah lebih sayang kau.

Beberapa bulan belakangan ini, saya kerap membaca status-statusnya di Facebook. Tidak memberi sebarang respon, Like atau tinggalkan komen (persahabatan kami memang pada dasarnya begitu). Tapi, setiap kali mengikuti perkembangannya yang mengandungkan anak ketiga, saya akan cakap pada diri, nak lawat dia masa berpantang. A lot of catching up need to be done.

Sibuk dengan kerja. Sibuk berulang-alik. Nak masuk Facebook jauh sekali. Tiba-tiba semalam dapat notification daripada Izwana (thanks so much, Izwana), mengatakan yang teman saya itu telah pergi. Pulang kepada Pencipta. Lama saya terpaku depan laptop. Air mata mengalir laju. Berkali-kali saya baca status yang diupdate dan komen teman-teman sekolah. Tak percaya. Betul ke Mar dah tak ada? 😢😢😢

"Farrah, kau nak jadi pengawas tak?"

Jumaat, 6 Januari 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie

Assalamu'alaikum,

Satu lagi GA menarik easy peasy untuk disertai. Klik pada banner di bawah ye,..



Khamis, 5 Januari 2017

Chords Jalan Terus - Afgan (Easy Chords)


Kunci Gitar | Kord dan Lirik Lagu Jalan Terus - Afgan


Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C Am F
C Am F

C F C
Banyak yang tak merestui
F C
Cinta kita berdua
F C
Kita jalani saja
Am G F
Semua kita yang punya
Am G F
Jangan peduli mereka

G F C
Kita yang punya mimpi ini
G F C G
Jangan lepaskan diriku sendiri

Selasa, 3 Januari 2017

Bersihkan Kesan Kopi dan Teh Pada Cawan

[This is a scheduled post. Saya di Kota B hingga akhir minggu ini.]

Entri khusus untuk penggemar teh dan kopi. Tetapi, saya nak tulis bukan tentang kopi,..bukan tentang teh. Tentang mug/cawan yang kita gunakan. Haaa,...familiar tak dengan kesan sebegini?

Kesan kopi atau teh pada mug :)

Isnin, 2 Januari 2017

Tetamu Hebat Disember

Assalamu'alaikum, 
Seperti biasa, awal-awal bulan up entri pengomen terbanyak sepanjang bulan sebelumnya. Terima kasih banyak-banyak! Walaupun saya jarang buat entri, tak sempat blogwalking dan balas komen,...tower ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan dan jejak kalian. 


Credit - Nippon Paint

Ahad, 1 Januari 2017

Ichi Ichi Ichi Nana

 Ichi Ichi Ichi Nana
Satu satu satu tujuh
Selamat Tahun Baru!
Happy 2017!


Mudah-mudah tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. My 2016 was great and I'm expecting a  better year with great opportunities for 2017 😃😀😉 Insya-Allah, saya ada banyak coming projects untuk blog (yang pastinya bakal melibatkan kalian). Tungguuuuuuu!

Selamat memacu langkah untuk 2017!!!
Have an astounding year!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...