NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 30 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 17 Ogos 2018

Kejutan Istimewa daripada Sha Mohamed

Kelmarin saya dapat notifikasi melalui sms yang menyatakan parcel saya sudah berada 'dalam perjalanan'. Terpinga-pinga saya dibuatnya sebab saya memang tidak expect sebarang parcel. Baik penghantaran barangan yang dibeli secara online ataupun dokumen kerja. Lagipun alamat surat-menyurat yang saya gunakan sekarang, saya tahu saya beri pada siapa.

Semalam, seawal pagi adik kurier hubungi saya bertanyakan lokasi rumah. Sepanjang menunggu kedatangan mereka, puas jugalah saya berfikir. Kebetulan saya memang ada di rumah, jadi sayalah yang menyambut parcel tu. Tengok nama pengirim - Tulip Press. Nama tu dah familiar tapi tak berjaya recall apa-apa. 


Buka je bungkusan,...



Kisah Seram?! OK, joining the dots...saya tahu ini zine terbaharu keluaran Tulip Press. Tetapi saya tak beli! Terus saya teringat pada Sha Mohamed. Tak silap saya Sha ada berkongsi mengenai pre-order zine ni di Facebook. Plus, baru-baru ini Sha memang ada minta alamat saya.

Apa lagi, terus saya Whatsapp adinda yang seorang ini. Sah, memang 'angkara' ShaSha kata nak buat suprise. Menurutnya, dia selalu pilih kawan-kawan blogger secara rawak untuk hadiahkan buku. Alhamdulillah, kali ini rezeki saya. Amalan Sha ni menarik kan? Nanti saya nak buat projek beri buku macam Sha jugalah!

Tuhan Tak Pernah Salah - Samsons (Easy Chords)


Tuhan tak pernah salah
Tentukan jalanku



Semasa pertama kali dengar lagu 'Tuhan Tak Pernah Salah' beberapa bulan lepas, saya dah jatuh cinta. Irama mellow sebegini memang kegemaran saya. 'Tuhan Tak Pernah Salah' merupakan single terbaru daripada kumpulan Samsons.

Minggu ini, Samsons released muzik video 'Tuhan Tak Pernah Salah'. Sweet and touching jalan ceritanya. Berkisar tentang apa? Itu kena tengok sendiri ye. Yang pasti si Bimo comel! Dia happy comel, murung comel, sedih pun comel! Buat saya teringat pada kenalan saya yang jauh di Bandung. Kebetulan julukan namanya juga Mo. Mo, if you're reading this, Bimo really reminds me of you! Kapan lagi bisa ngopi bareng?


OK, di bawah ini chords 'Tuhan Tak Pernah Salah' versi mudah. Transposed. Enjoy the chords. Selamat berdendang!


Kunci Gitar dan Lirik Lagu Tuhan Tak Pernah Salah - Samsons (Easy Guitar Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
C G

C G Am-G
Aku berjalan menyisir malam
F Em Dm
Dan terasa dingin menerpa
F E Am
Aku berjalan menahan perih
Dm G C
Dari hati yang tlah rapuh

C G Am-G
Malam-malamku semakin pilu
F Em Dm
Entah mengapa asa melaju
F E Am
Suara hati lirih berdesir
Dm G C
Menenangkan lara hati

Khamis, 16 Ogos 2018

Jeruk Limau Bali

Baru-baru ini saya dapat buah limau bali daripada Kak Nani, a family friend. Kak Nani kalau balik jalan mesti tak lupa nak beri ole-ole. Saya memang suka buah pomelo ni. Kalau makan memang sedap je masuk mulut. Kadang-kadang setengah biji tu say seorang je yang 'baham'. Hehehe tak sesuai guna istilah makan atau kunyah dah πŸ˜‰

Nak dijadikan cerita, dua tiga minggu ni cuaca panas lain macam. Mulalah craving nak itu ini. Saya paling teringin nak rambutan. Teringin sangat! Musim buah kali ni boleh pula tak ada rezeki merasa rambutan. Selalu tu sampai tak terhabis makan. Buah dari pokok, buah yang orang bagi. Terbayang-bayang nikmatnya jeruk rambutan asam boi dan agar-agar rambutan yang refreshingAduhai, tulis entri ni pun dah salivating! Dek kerana teringin, dapat je limau bali terus transform jadi jeruk. 

Jeruk Limau Bali

Isnin, 13 Ogos 2018

Happy Monday | Kopi dan Bagel

Assalamu’alaikum.

Selamat hari Isnin. Selamat memulakan minggu baru. Saya cuti panjang minggu lepas jadi minggu ni sedikit teruja nak masuk kerja, masuk blog 🀣 Pagi ini berjaya dilalui dengan jayanya tanpa Monday blues! Tapi, apa-apapun, minum kopi dulu!


Bagel dan kopi

Gambar kopi dan bagel ini bukan gambar terkini. Sekadar gambar dalam koleksi. Tetapi inilah antara padanan kegemaran untuk secangkir kopi saya. Lazimnya, kebanyakan hari saya akan dimulakan dengan secawan kopi. (Hari-hari yang saya rasa badan macam terlebih asid baru baik perangai minum teh lemon atau air suam πŸ˜†) Sudah ada kopi kenalah ada lawannya. Pilihan saya - bagel served with a good dollop of creamcheese. Nyummm nyummm! Jika saya di luar memang akan cari bagel, makan sambil hirup kopi. Saya paling suka bagel Jalapeno dekat Coffee Beans. Pedas-pedas gitu!

Selasa, 7 Ogos 2018

Projek Lelaki Langit Bumi | Domo Arigato, Sha Mohamed

Assalamu'alaikum,

Bagi yang perasan, di tower saya ini kerap juga saya promosikan tentang 'Lelaki Langit Bumi'. It's actually an online novel yang saya dan team sedang usahakan. Ini kira projek suka-suka-tak-ada-kerja sayalah.



Ada Apa dengan Lelaki Langit Bumi

Saya panggil projek ni Projek Syok Sendiri hehehe πŸ˜‰. Pada asalnya, sekitar penghujung 2013 - 2015, saya terlibat dengan satu projek researchResearch tentang blogger (pengaruh, latar belakang, jenis, dll), muzik (minat, trend semasa, alat muzik), kraf (kraf kertas, DIY)  dan macam-macamlah. Sedikit sebanyak contents FAMF Tower sekitar tempoh itu mula dipengaruhi oleh aspek-aspek ini. Somehow, the particular research went with a different directionSo, my team and I were left with all the research findings. 

Ahad, 5 Ogos 2018

Kamu Harus Bercincinkan Aku | Chords Hajat - Hael Husaini

Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu!


Kelas saya bersama pelajar Menengah Rendah beberapa hari lepas gamat dengan keterujaan  beberapa pelajar bercerita tentang buah tangan terbaru daripada Hael Husaini. Dah nak mula belajar tetapi masih pot pet pot pet berbual pasal lagu, muzik video dan #hajatdancechallenge. 'Hailah, nak. Bila nak habis nih?'

Kebetulan malam itu subjek Bahasa Malaysia. Lazimnya pada awal bulan, saya memang akan ajar sukatan Komponen Sastera (KOMSAS). Saya terdetik, alangkah baiknya jika momentum 'teruja' mereka ni boleh dikekalkan untuk tempoh satu jam belajar mengenai gaya bahasa. My kids hate gaya bahasa! Jenuh ajar bezakan hiperbola, metafora, bezakan anafora, epifora πŸ˜†

Ting! Cikgu dapat idea. Cepat-cepat tukar plan. Saya tanya pada mereka, apa yang kalian suka tentang Hajat? Macam-macam respons.

"Sebab tu lagu Hael. Saya Haelers."
"Sebab MV best! Kelakar." (Bahagian ni meleret-leret sampai Dotty, Sherry dan Happy Polla.)
"Lagu sedap didengar."
"Lirik dia yang 'kamu harus bercincinkan aku'!"

Saya senyum. Kail saya mengena! Jadi saya tanya satu soalan sahaja yang buat mereka semua berlumba-lumba selak buku dan rujuk nota.

Apa gaya bahasa yang ada pada '...kamu harus bercincinkan aku'


...dan pembelajaran berlangsung dengan anak-anak didik saya mengkaji lagu Hajat - Hael Husaini. Sebelum ini, saya biasa gunakan lirik lagu untuk ajar students gaya bahasa. Cuma selalunya saya akan ambil frasa atau ayat tertentu yang berkaitan sahaja. Kali ini the whole song!

Jumaat, 3 Ogos 2018

Ogos yang Indah | Tetamu Hebat Julai

Assalamu'alaikum,

Entri pertama bulan Ogos. Misi 'Kembali Sayang Blog' saya tidak berjalan selancar yang diharapkan. Bulan lepas hanya mampu tulis 16 entri sahaja. Blogwalking, balas komen semua tak sempat mana. Tak apa. Buka bab baru bulan ni. 

Ogos bulan penuh semangat. Walaupun permulaan Ogos saya baru-baru ini saya berada di ER sehingga Subuh (ini nanti cerita entri lain), harap perjalanan hari-hari seterusnya untuk bulan ini lebih tenang dan indah sahaja buat kita semua. Saya dah teruja nak kibarkan bendera! Sibuk cari kayu panjang nak gantung bendera kat pagar rumah sempena keraian 31 Ogos nanti.

OK, waktu untuk memberi penghargaan. Mulai bulan Julai, saya dah berniat untuk adakan semula entri Tetamu Hebat bulanan (khusus buat rakan-rakan dan adik-adik yang rajin datang tinggal komen bertubi-tubi di blog tidak seberapa ini). Rasanya entri Tetamu Hebat yang terakhir saya buat pada penghujung 2016/awal 2017. Lepas tu dah tak menyempat nak buat dah. Kebetulan aktiviti blogging kena put on hold.

Mari berkenalan dengan Tetamu Hebat Julai From FAMF Tower:


Isnin, 30 Julai 2018

Bukan Deja Vu

Pernah dengar tentang deja vu? Biasa alami deja vu tak? Bagi yang kurang jelas, deva ju ini merupakan satu keadaan yang buat kita rasa sesuatu peristiwa atau pengalaman yang sedang kita lalui telah atau pernah kita alami sebelum ini. Contohnya, apabila kita ke tempat baru. Tiba-tiba sahaja didatangi rasa familiar. Macam dah pernah kunjungi tempat tu pula. Tidak pun, kita tengah berborak dengan seseorang, then we realized that as if we had had the conversation before. Sedangkan tidak :) 


Kredit

OK. That is deja vu. Bagaimana pula kalau kita dah lalui perkara atau situasi tu berkali-kali tetapi kita sendiri yang gagal ingat? Senang cerita, what is the opposite of dejavu? Macam baru-baru ini, saya berbual-bual dengan Bott dan Cekengah. Saya sebut tentang satu perkara yang pernah berlaku beberapa kali kepada kami bertiga. Tetapi, reaksi Bott dan Cekengah seolah-olah mereka berdua tidak pernah lalui benda tu. Muka masing-masing blur dan terkial-kial cuba ingat. 

Ahad, 29 Julai 2018

Maha Pemilik Hati - Virgoun and Last Child (Easy Guitar Chords)


Aku makhluk yang tak sempurna
Yang tersesatkan oleh dunia
Berlindung kepadaMu, memohon kepada-Mu
Agar menunjukkan jalan-Mu

Aku makhluk yang penuh dosa
Aku makhluk yang penuh hina
Datang ke hadapan-Mu, bersujud kepada-Mu
Wahai Kau Dzat Yang Berhak atas hidupku



Bagi kalian yang meminati karya dan lagu-lagu Virgoun, sudah dengar lagu 'Maha Pemilik Hati'? Ini merupakan lagu terbaru Virgoun bersama kumpulan Last Child. Lagu religi (lagu keagamaan). Dah released beberapa bulan dah. Tidak silap saya, pada awal Mei yang lalu dekat-dekat nak puasa.

Seperti biasa, lagu-lagu Virgoun lembut dan mendayu je apabila sampai ke telinga. Nyanyi bersahaja tapi feel dia,..fuhhhh! Saya paling suka part chorus dan masa dia nyanyi dengan Last Child di bahagian akhir lagu. OK, chords Maha Pemilik Hati di bawah bukan saya yang buat. Chords ini budak ngamen kat kedai yang bagi. Versi mudah juga cuma ada G7. Selamat berdendang!


Kord Gitar dan Lirik Lagu Maha Pemilik Hati - Virgoun feat. Last Child

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
C Am Dm G

C Am
Kepada-Mu Maha Pemilik Hati
Dm G
Yang mengatur waktu, takdir, dan hidupku
C Am
Wahai Engkau yang detakkan jantungku
Dm G
Panjangkan nafasku di dalam rahmat-Mu

Rabu, 25 Julai 2018

Clear Stamps dan Dies Baru untuk Berkraf

Sekarang ini saya dah jarang beli barang atau peralatan kraf melainkan benar-benar perlu. Setakat kertas bercorak, hiasan-hiasan kraf (embellishments) semua hold dahulu. Tak boleh bawa masuk barang baharu selagi stok-stok lama tak dipakai/digunakan.

Clear stamps dan dies di bawah pun bukan pembelian terkini. Tidak silap saya, saya beli pada suku tahun pertama tahun ini. Waktu tu Lazada ada sale dan saya ada baucar diskaun. Jadi, sengih-sengihlah belek aplikasi Lazada dan pilih barang kraf idaman hati.


Dari kiri:

  • Travel Theme Clear Stamps - Senang nak buat kad dan scrapbook tema travel. Sebelum ini saya hanya ada Postmarks Stamps keluaran Kaisercraft. Boleh baca mengenainya di sini. Jadi, set ini kiranya sebagai tambahan. Ada globe, ada film strip, postmarks, stamp, postcard,...memang puas hati!
  • Clear stamps Coffee Set - Ini set kopi saya yang ketiga. Sebelum ini dah beli dua set clear stamps bertemakan kopi. Yang ketiga ini memang saya berkenan sangat sebab disertakan sekali dengan matching dies (yang paling kanan). Selepas kita cap atas kertas, tak perlu susah-susah nak potong pakai gunting. Lalukan sahaja pada die cut machine. In my case, mesin kecil Diamond Press Tool saya.
  • Butterfly Dies - Sebab memang tak pernah ada die rama-rama sebelum ini. Kebiasaannya, apabila nak buat sesuatu bertemakan rama-rama, saya beli butterfly embellishment di kedai sahaja.
  • Cloud Dies - Die bentuk awan kerana saya memang tak pandai buat awan sendiri!

Jumaat, 20 Julai 2018

Resepi Airfryer - Pisang Goreng Oat

Satu lagi resepi airfryer yang mudah untuk dikongsikan. Pisang goreng versi lebih sihat. Saya tidak cakap 'sihat sepenuhnya' ye,..sebab dalam pisang dan tepung dah banyak kiraan kalori. Tambah oat lagi! Apa yang saya maksudkan lebih sihat sebab tidak menggunakan minyak untuk sediakan pisang goreng ini.

Dulu-dulu saya suka nikmati pisang goreng yang lembik-lembik. Maknanya yang pisangnya dah terlebih masak, bila goreng isi tu caramelized dan jadi bertambah mushy sebab dah serap minyak. Siap kalau beli pisang goreng, memang sengaja akan minta pisang lembik. Lagi lembik lagi best!

Dah tua-tua ni, apabila tahap kesedaran terhadap kesihatan meningkat, saya mula opt for healthier version of snacks. Cuma apabila sekali sekala teringin tu bolehlah kita lepaskan hasrat tekak yang mengidam itu ini. Masa tulah berlegar-legar di kepala hashtag #buatbuatlupakirakalori 😜


Resepi Pisang Goreng Oat


Pernah - Azmi (Easy Chords)

Ini antara lagu yang saya dengar buat pertama kali terus jatuh cinta. Pernah nyanyian Azmi, penyanyi dari seberang ini memang mellow mendayu-dayu.

Kunci gitar di bawah versi mudah. Ada chord C7. Tidak sukar. Pilihlah C7 yang selesa kalian mainkan.


Kunci Gitar dan Lirik Lagu Pernah - Azmi

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
C Am Dm G


C C7
Ada apa kau bertemu dia
F G
Mungkinkah kau ingin bagi cintamu
C C7
Jika memang kau bagi cintamu
F G
Masih pantaskah ku jaga hatiku
F G
Ingatkah semua kata yang kau ucap dulu
C G Am
Kau berjanji untuk setia
Dm G
Kini kutanya kemana janji itu kau buat

Rabu, 18 Julai 2018

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

Assalamu'alaikum,
Hari ini kita sama-sama meriahkan GA Siqahiqa nak? Jom!


Memanglah Syawal dah berlalu, tapi bak kata adinda empunya blog, sampul raya tak basi, kan?!

GA berlangsung dari 18 Julai - 12 Ogos 2018.



Isnin, 16 Julai 2018

Resepi Tempoyak Goreng

Sekarang ini sana sini nampak durian. Masuk Facebook, Instagram,..macam-macam durian buat special appearances. Maklumlah musim durian kali ni, buah banyak melambak-lambak. Harga durian pun runtuh jadi murah bukan main!

Dah ada durian, mesti ada tempoyak kan? Biasanya kalian masak hidangan apa dengan tempoyak? Saya selalunya masak gulai lemak tempoyak cili padi. Tidakpun tempoyak tu dilawan dengan sambal lonte. (Lihat resepinya di sini.)

Apa kata cuba buat tempoyak goreng pula. Resepinya mudah. Rasanya dap dap dap! Hidangan tempoyak goreng popular di Sarawak. Tetapi resepi tempoyak goreng saya ini sudah diubah suai ikut bahan apa yang ada. Gambar di bawah ni, gambar lama. Tempoyak goreng yang dibuat pada musim durian yang lepas. Pada asalnya saya nak masukkan sekali serunding tuhau ke dalam tempoyak goreng. Belum sempat goreng tempoyak, serunding tuhau dah habis dimakan terlebih dahulu. Cancel!


Resepi Mudah Tempoyak Goreng


Guitar Chords Jodohku - Khai Bahar | OST Cinta Tiada Ganti

'Jodohku', lagu baharu Khai Bahar ini merupakaan OST untuk Cinta Tiada Ganti. Dengar, dengar dan dengar lagi,...bolehlah layan πŸ˜ƒ Di bawah ini guitar chords untuk lagu 'Jodohku'. Agak-agaklah placing chords tu bagi kena ye. Tadi dah taip elok-elok pada lirik, tiba-tiba lari pula alignment-nya.


Kord Gitar Jodohku - Khai Bahar (Easy Chords)
OST Cinta Tiada Ganti

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
Am C F F

Am  
Tak mungkin kau ubah
G
Jika Tuhan telah berkehendak
F
Semua pasti akan terjadi
Am  E
Sekarang mungkin saat nanti

Rabu, 11 Julai 2018

One man's trash,..


...is another man's treasure!

One man's trash is another man's treasure. Haaa, pernah dengar tak? Samalah juga macam one man's meat is another man's poison. Maknanya kalau sesuatu itu dianggap sebagai sampah atau tidak berharga bagi seseorang, mungkin ada individu lain bertanggapan sebaliknya (yang menganggap benda tu bernilai). Jika sesuatu jadi kesukaan seseorang, mungkin jadi kebencian (racun) buat orang lain. Yelah, cita rasa kita kan berbeza-beza.

Saja je nak kongsi dua english expressions di atas. Tengah kemas botol-botol terpakai sebenarnya. Saya rajin kitar semula tetapi botol-botol plastik lazimnya saya asingkan dan beri pada orang lain. Jika nak dihimpun semuanya di rumah, makan ruang. Kalau kertas dan kotak lebih mudah untuk kita stack berbanding botol-botol plastik.

Apa yang saya lakukan ialah saya kumpul botol-botol di dalam bakul. Penuh je bakul, Bott akan masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam dan letak di tepi tong sampah. Tak campur dengan sampah lain tau. Satu plastik hitam tu memang botol-botol sahaja. Di kawasan rumah saya, selalu ada orang yang kumpul botol-botol ni untuk dijual. Pekerja lori sampah pun rajin asingkan. Jadi, tidak perlulah mereka selongkar sampah semata-mata nak keluarkan botol. Satu plastik tu memang boleh terus diangkut tanpa ragu. 

Roti Telur Dadar

Siapa sini suka makan roti telur? Saya memang sangat gemar roti telur. Tak kisahlah untuk sarapan atau minum petang. Dapat guna roti lama dalam peti sejuk. Lagipun, kita boleh pelbagaikan hidangan roti telur ikut cita rasa. Nak lemak berkrim,..nak wangi beraroma, nak pedas, nak manis,..terpulang pada kita.


Intai resepi berasaskan roti dan telur di sini:


Kali ini saya ingin kongsi mengenai roti telur dadar. Basically, kita buat telur dadar dan letak roti di atasnya. Di bawah ni rupa kejadian roti telur dadar semasa sedang dimasak. Gambar sesudah siap dimasak lupa pula nak ambil. 




Apa yang diperlukan? Jom tengok resepinya.

Selasa, 10 Julai 2018

Impossible Card

Belakangan ini saya seronok buat impossible card. Apa yang impossible? Apa yang mustahil? Sebenarnya, kad ini tidaklah mustahil dihasilkan. Cuma seni lipatan yang kita gunakan untuk buat kad ini yang buat kad ni nampak pelik dan unik.

Salah satu kad 'impossible' yang telah saya buat.

Menariknya, impossible card ini dihasilkan dengan hanya menggunakan sekeping kad sahaja (tidak termasuk kertas untuk hiasan) yang dipotong pada 3 bahagian berbeza dan dipusingkan. Di bawah ini contoh template for impossible card.

Isnin, 9 Julai 2018

Police Entry - Elizabeth Tan (Easy Guitar Chords)

Elizabeth Tan dah released single baru. Lagu baru si Lizzy kali ini dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong. Judulnya 'Police Entry'. Dengar tajuk je dah terpancing nak dengar kan? Siapa dahulu kecil-kecil suka main game ni mesti menggamit memori lah. πŸ˜ƒ

Tetapi, jangan salah faham pula. ‘Police Entry’ Elizabeth Tan bukan berkisar tentang permainan 'tangkap-tangkap' tu semata-mata. Haaa, kalau nak tahu tentang apa, dengar sendirilah di Youtube. Muzik videonya dah keluar beberapa hari lepas. Yang pasti, bait-bait lagu yang kita nyanyikan dulu dah diberi nafas baru dengan irama yang lebih segar.

Saya suka lagu ni. Bagi saya lagunya sangat catchy. Senang nak tangkap. Sekali dengar dah boleh jatuh cinta. Boleh suntik mood ceria pada sesiapa yang tengah gloomy πŸ˜€ Bisa jadi siulan nih! Siapa-siapa yang suka berzumba atau buat dance workout, bolehlah guna lagu 'Police Entry'. Choreograph la steps yang sesuai.


Chords Police Entry Elizabeth Tan

Guitar chords 'Police Entry' nyanyian Elizabeth Tan ini telah saya transposed menjadi easy chords. Selamat berdendang! Enjoy the chords! Enjoy the song!

Hiasan untuk Sudut al-Quran

Bulan puasa yang lalu, saya banyak habiskan masa di rumah. Kemas apa yang patut. Buang barang-barang yang dah tak guna. Tak mahu jadi hoarder. Penat mengemas, masuk bilik kraf buat kad, hias scrapbook. Kemas bilik kraf sekali. Semasa mengemas tu, terpandanglah bingkai gambar IKEA yang dihadiahkan pada saya. Masa mula-mula dapat dahulu, saya niat nak print gambar di Photobook untuk isi slot-slot bingkai ini. Sampai ke sudah tak jadi apa-apa.

Kebetulan, saya memang sedang dalam usaha nak buat satu sudut al-Quran di rumah. Selain di bilik masing-masing (setiap seorang ada al-Quran sendiri yang dia prefer), naskhah-naskhah al-Quran lain akan saya kumpul dan letak di satu sudut di ruang tamu. Nak baca Quran, nak baca tafsir atau nak tadabbur senang. Niat saya, sudut itu akan jadi peringatan buat saya, ahli rumah dan mungkin juga tetamu yang datang berkunjung supaya baca kalam suci Allah ini setiap hari, bilamana ada peluang. Tak dapat baca banyak, satu halaman pun dah cukup. Tak mampu baca satu halaman, dua tiga ayat pun jadilah.

Oleh itu, saya gunakan bingkai gambar IKEA untuk projek sudut al-Quran saya. Saya pilih tema hitam, putih kelabu - guna kertas-kertas kraf yang ada dalam simpanan. Kemudian, saya cari khat Iqra', ayat Quran dan terjemahan hadis yang sesuai. Cetak dan tampal atas kertas kraf. Salah satu slot bingkai saya jadikan sebagai tempat letak memo. Boleh guna sticky notes/white board marker untuk tulis catatan kecil.

Sabtu, 7 Julai 2018

Kembali Sayang Blog

Assalamu'alaikum,

Rindu benar dekat blog saya ni. Rindu kawan-kawan dan adik-adik blogger juga. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun tower ini terabai, masih ada lagi yang sudi jengah dan singgah. Really appreciate setiap komen kalian. Insya-Allah, ada kesempatan saya akan balas dan blogwalking ke rumah kalian pula ye.

Alhamdulillah, cuti raya dah habis. Puas beraya dah pun! Dah mula sibuk dengan tuntutan kerja. Tetapi, syukurlah sekarang ini jadual saya semakin teratur. Jadi, bolehlah masukkan blogging dalam rutin harian balik. Kalau tak, tenggelam timbul je. So, sekarang pasang tekad nak kembali sayang blog. Biar rajin, biar lebih kerap tulis entri baru dan kongsi perkara-perkara yang bermanfaat. πŸ˜ƒ


Penkek dan Puding Roti



Jumaat, 6 Julai 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

Assalamu'alaikum.

Jom pakat ramai-ramai sertai GA adik Siti Humairah yang ini. Syarat penyertaan sangat mudah. Klik banner di bawah ye.


Oh jangan lupa pilih team sama ada #TeamMelbourne atau #TeamSydney.

Saya #TeamMelbourne 😊

...dan dengan penuh kasih sayang, saya tag adinda Bbwana.


Rabu, 4 Julai 2018

Seakan Hilang Ingatan - Papinka (Easy Guitar Chords)

Bagi peminat-peminat tegar Papinka, ini lagu terbaru daripada mereka. Judulnya 'Seakan Hilang Ingatan'. Seperti biasa lagu-lagu kumpulan dari seberang ini memang mellow dan sedap didengar. Lembut je menyapa telinga. Lagu-lagu Papinka seperti Di Mana Hatimu, Masih Menyintainya dan Cinta dan Luka memang selalu jadi pilihan saya kalau bersantai main gitar pada waktu senggang.

Kunci gitar (kord) 'Seakan Hilang Ingatan' ini versi mudah. Easy guitar chords. Selamat berdendang!


Kord Gitar dan Lirik Lagu Seakan Hilang Ingatan - Papinka

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


C G
Mengapa harus melupakanmu
Am Em
Padahal aku mencintaimu
F Em
Mengapa mudah perasaanmu
Dm G
Mengganti aku di dalam hatimu

C G
Apa yang kurang dari diriku
Am Em
Sehingga kamu khianatiku
F Em
Seakan hilang ingatanmu
Dm G
Percuma aku berikan cintaku

Sabtu, 30 Jun 2018

Chords Tak Pernah Hilang - Kaer dan Amylea (Easy Chords)

Lama tak buat entri guitar chords. Sekarang ini amat sibuk jadi masa untuk bersenggang dan berdendang dengan si Kapok sangat terhad. Tali kapok pun lama tak bertukar. Hari ini baru ada masa sikit,..dapatlah tune gitar dan main satu dua lagu. 

Masa mula-mula lagu Tak Pernah Hilang ni keluar, saya suka juga dengar. Sebab melodinya macam lagu-lagu Melly Goeslow. Kemudian, bulan puasa hari tu layan cerita Nur, memang semakin kerap dengarlah. Pagi petang siang malam asyik berdengung je lagu ni kat telinga ;)

Di bawah ini kord gitar Tak Pernah Hilang, nyanyian Kaer dan Amylea versi mudah. Easy chords. Enjoyyyyyy!



Kord Gitar dan Lirik Tak Pernah Hlang - Kaer dan Amylea 
OST Nur

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
Am

                                    Dm          G
Tiada siapa yang pernah tahu
                                     C            Am
Tiada siapa yang pernah rasa
                       Dm
Biar mereka coba mau 
F                           E
Coba ada denganku


                                    Dm          G
Mestikah kau perlu menjauh
                                     C            Am
Mestikah kau perlu menghalang
                             Dm
Perasaan yang pernah datang
           F                   E
Yang tak pernah hilang


                               Dm  G
Aku yang merindumu
                      C            Am
Selalu menantikan dirimu
                              Dm
Yang selalu memahami
F                    E
Tiap getar hatimu


Isnin, 25 Jun 2018

Kad Hari Raya Nina Ahmad

Assalamu'alaikum,
Selamat Memulakan Minggu Baru! Bagaimana hujung minggu kalian? Sibuk penuhi undangan rumah terbuka?

Saya pun masih sakan beraya. Ni baru sempat masuk tower semula. Kali ni nak buat entri penghargaan khusus dan istimewa buat adinda Nina Ahmad, si pemilik blog Cik Suka Taip. Kenapa? Sebabnya, pada penghujung Ramadan yang lalu, saya dapat kiriman kad hari raya daripada Nina. Seronoknya! 



Inilah kad eksklusif daripada Nina. Tema bunga-bunga. Sebenarnya kad titipan Nina ini dah selamat sampai beberapa hari sebelum raya. Memandangkan saya tiada di rumah (dah pergi cuti-cuti pra rayaπŸ˜‰), kad ini baru keluar dari peti surat hanya a few days selepas raya. Waktu dah kembali semula ke rumah. Tersengih-sengih dapat kad raya yang tangible. Meaningful sangat!

Selasa, 19 Jun 2018

Voucher Shake Shake Lazada

Masa Lazada buat sale sempena raya awal bulan Jun yang lalu, kan ada Shake Shake slots untuk kita rebut peluang menang shopping voucher kan? Selalunya bab-bab begini saya memang kurang bertuah hehehe. Jadi, tak adalah alert sangat dengan waktu untuk shake shake.

Nak dijadikan cerita, ada satu malam, saya buka phone sebab nak sync steps Garmin. Masa tu dah pukul 9 lebih, steps tak cukup 12 000 lagi! Dalam kalut-kalut, terrrbuka aplikasi Lazada. Eh, ada shake shake lah! 

Makanya, sambil struggle menambah steps plus kutuk-kutuk diri sendiri sebab sebelah siangnya tu mengular depan TV, saya pun goncang-goncang phone. Ngam ngam pada pukul 9.30. Goncang dan goncang lagi! Then, pada percubaan ke-4, dapat notifikasi kasih sayang YOU HAVE WON! Yabedabeduuuuuu!



Salam Lebaran 1439H

Assalamu'alaikum,

Lebaran ke-5 baru berpeluang jengah blog. Mood raya masih tebal dalam diri hehehe. Salam Syawal ke-5. Bagi yang masih bercuti, selamat sambung raya! Bagi yang sudah mula bertugas, selamat menjalankan tugas dengan semangat raya membara :)


Khamis, 14 Jun 2018

Menu Tambahan yang Lazat untuk Hari Raya

Tak sabarnya nak raya! Rasa-rasa macam baru je mula berpuasa. Tahu-tahu Ramadan nak meninggalkan kita. Moga-moga berpeluanglah kita bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Aminnn.

Persiapan raya kalian bagaimana? Ini saya nak kongsi beberapa menu tambahan (berasaskan ayam) yang boleh disediakan sebagai hidangan tambahan pada hari raya atau ketika nak anjurkan rumah terbuka. Selain rendang, masak lode, dendeng, ketupat dan lemang,..hidangan-hidangan di bawah ini bolehlah masuk dalam menu hari raya. Adalah pilihan bagi yang tak makan pedas atau yang dah jemu dok mengulang rendang dan  lauk-pauk raya yang lain. Untuk resepi, klik sahaja pada nama resepi tu ye. The first two are my favourites :)




Ayam daun kari ni memang favourite saya. Kalau saya rajin, saya akan masak untuk raya. Tak raya pertama, raya kedua atau hari-hari seterusnya. Then, makan dengan ketupat atau lemang. Sedappppp! Kombinasi kuah kicap dengan garing daun kari tu, fuhhhh! Raya! Raya! Raya!

Rabu, 13 Jun 2018

Lempeng Tepung Atta

Salah satu menu bersahur bila bangun tak de mood dan tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang tu,.. tak ada angin nak makan nasi, jadi kita melempeng lah!


Lempeng ni instead of guna tepung gandum putih biasa, saya guna tepung atta. Tepung yang buat capati tu. Sebenarnya tepung atta ni banyak khasiat juga untuk kesihatan. Bagi yang nak jaga pemakanan, nak diet,...tetapi gemar makan cekodok dan lempeng macam saya hihihi bolehlah tukar penggunaan tepung ke tepung atta. Dan,...makan tu biar seadanya,...jangan sampai berpinggan-pinggan pulak!

Resepi? Tak ada sukatan khusus. Macam buat lempeng tradisional biasa je. Yang ini hanya semata-mata tepung atta, air dan garam. Kelapa parut pun saya tak letak. Portion air dan tepung tu agak-agaklah supaya jadi adunan lempeng yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Garam pun jangan letak banyak-banyak ye,...

Selasa, 12 Jun 2018

Balik Kampung Giveaway by Her Little Guilty Pleasures

Jom sertai Balik Kampung Giveaway anjuran adinda Farah. Ada banyak masa lagi nak join. Giveaway ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2018. Syarat-syarat penyertaan giveaway pun sangat mudah. Tak ada yang complicated :)


Tunggu apa lagi? Meh balik kampung ramai-ramai dengan Farah! Klik sahaja banner di atas ye.



Sabtu, 2 Jun 2018

Gifts Idea - Gardening Gift Basket

Sekarang ni zaman orang bagi chocolate bouquet sebagai hadiah dan kejutan untuk keraian-keraian istimewa. Selain daripada chocolate bouquet, boleh juga hadiahkan gift basket atau gift jar. Saya suka sediakan gift basket sebab macam-macam tema gift basket yang dapat dihasilkan. Misalnya baking tools gift basket, manicure and pedicure gift basket, coffee lover gift basket, movie night gift basket dan banyak lagi.

Gift basket sesuai dihadiahkan sebagai hadiah hari lahir, anniversary atau sebagai goodie bags untuk bridal shower party dan reunion.

Di bawah ini saya ada buat satu gift basket bertema gardening. Khusus untuk si penerima yang gemar berkebun. Si penerima gift basket saya ini baru berpindah ke rumah baru. Dia ada beberapa flower beds di balkoni dan sekarang ni tengah aktif menanam dan menjaga bunga-bunga cantiknya.

Jadi, sebagai tanda sokongan hehehe, saya sediakanlah gift basket gardening ini. Apa isi kandungannya?

Well, memandangkan dia dah pun tanam bunga-bunga di flower beds,..tinggal nak maintain je...maka saya tidak letak sebarang biji benih/seeds di dalam gift basket ini. Saya letak barang dan peralatan yang sesuai untuk maintain the flower beds.

Jumaat, 1 Jun 2018

Resepi Airfryer - Tauhu Bergedel

Tauhu bergedel memang kegemaran saya. Suka sangat makan tauhu bergedel, cicah dengan kuahnya siap dengan cili api. Bila gigit tang cili api tu, fuhhh terangkattttt!!

Tahun lepas si Cekengah rajin beli tauhu bergedel ni sebagai salah satu hidangan berbuka puasa kami. Alang-alang dah suka tu, saya mula buat sendiri. Buat banyak barulah puas makan.

Tauhu bergedel versi saya disediakan guna airfryer. So, saya goreng (masak) tidak perlu guna minyak. Kiranya ni healthier version of tauhu bergedel lah. Lagipun, saya prefer guna airfryer time bersilat busy di dapur. Tak perlu tunggu perhati gorengan di dalam kuali. Masukkan je ke dalam airfryer, set timer, biarkan dan TINGGGG! Siap!


Resepi Tauhu Bergedel Mudah


Rabu, 30 Mei 2018

DIY Kad Hari Raya Guna Colouring Pages

Assalamu'alaikum,
Salam Ramadhan ke - 14.

Hari ini entri berkenaan kad hari raya DIY.

Jika tahun kepas, saya kongsi tutorial DIY Kad Hari Raya Menggunakan Decorative Tape yang dibeli di Mr. DIY, tahun ini saya guna colouring page atau colouring book pula. Jangan bimbang, kebanyakan tutorial kraf kertas dan cardmaking yang saya sediakan sempena occasion sebegini berkos rendah, mudah dan mampu dibuat. Jadi, bolehlah buat banyak-banyak dan kirim pada kenalan dan keluarga.


Lihat Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:


Pada asalnya, saya tengah mengemas stationeries dan stok barang kraf. Terjumpa buku colouring for adults yang 'terabai' sebab saya hangat-hangat tahi ayam je nak mewarna. Design dalam buku tu punyalah details, kecil-kecil,.. sampai naik pening dan stres pula saya time mewarna hahaha. Nasiblah masa beli harganya sekitar RM5 - RM7/sebuah.


Daripada terbiar begitu sahaja, baiklah dimanfaatkan sebaiknya. Kita buat kad. Bagi yang tak ada colouring page atau colouring book, tak perlu bazir duit beli buku colouring sampai dua puluh ke tiga puluh ringgit tu. Search atau google 'colouring pages for adults', pilih gambar yang berkenan dan cetak. Jimattttt! 



Selasa, 22 Mei 2018

Ramadhan yang Lebih Baik



Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah! Berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Allah izinkan kita untuk kejar ganjaran besar bulan hebat ini. Rasanya, belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah-ibadah Ramadhan. Maaf, baru hari ini sempat buka blog.

Harapan saya, mudah-mudahan kita semua dapat peluang untuk manfaatkan bulan ini sebaik-baiknya,
Ampun maaf andai ada salah silap, salah perilaku, tindakan atau kata-kata saya terhadap kalian. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kelapangan dan kekuatan untuk menempuh Ramadhan, menunaikan ibadat bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya.

Khamis, 3 Mei 2018

Idea DIY Hadiah Hari Guru

Tercari-cari idea untuk DIY hadiah hari guru? Saya kongsikan semula beberapa contoh hadiah hari guru. Boleh dihasilkan sendiri baik oleh pelajar-pelajar, mahupun ibu-ibu yang pening kepala fikir nak beri hadiah apa kepada pendidik-pendidik anak mereka. Kos untuk menghasilkan hadiah-hadiah diy di bawah memang murah. Cuma kena cari barang dan mula buat dari awallah supaya tidak tergesa-gesa menjelang sambutan  Hari Guru nanti.




Post - It Pad




Entri berkenaan Post - It Pad terbahagi kepada 3 bahagian:

Rabu, 2 Mei 2018

Resepi Mudah Buttered Tempe | Tempe Bersos Mentega


Tempe Bersos Mentega

Resepi Buttered Tempe | Tempe Bersos Mentega

Bahan-bahan:
  • 2 bungkus tempe - dihiris nipis memanjang
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 tangkai cili padi - hiris (Kali ini saya guna hirisan cili merah sebab ada yang dijamu tidak makan pedas) πŸ˜€. Sebenarnya kalau pakai hirisan cili padi memang lagi ummphhhhhh!
  • 3 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1/2 tin susu cair. Boleh guna lebih jika ingin kuah yang lebih banyak.
  • 1 - 1 1/2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng tempe

Semakin - Siti Sarah | OST Halalkan Hati Yang Kau Curi (Easy Guitar Chords)

Siapa kat sini minat suara dan lagu-lagu Siti Sarah? Haaa, ok Siti Sarah dah ada single baru. Judul lagunya 'Semakin'. Memang sedap didengar dan boleh hit. Lagi-lagi lagu ini merupakan OST untuk Halalkan Hati Yang Kau Curi.

Cekengah dari dulu minat kat Sarah. Dia balik kerja je saya suruh dia dengar lagu terbaharu daripada Sarah. Terus jatuh chenta! Then, sepanjang hujung minggu lepas dia dok layan lagu 'Semakin' ni. Apa yang menarik, lagu ini merupakan ciptaan suami Sarah sendiri, Shuib. Lagu dan lirik oleh Mera Utama (nama pena Shuib). Bagi saya siapa-siapa yang suka material daripada Sarah sebelum ini, memang akan suka lagu 'Semakin'. Cuma ada sebahagian lagu, terutamanya pada bahagian korus akan ingatkan saya pada salah satu lagu ballad Agnes Monica.

Guitar chords Semakin di bawah, is the simplest version. Selamat berdendang!


Kord Gitar dan Lirik Lagu Semakin - Siti Sarah (Easy Guitar Chords)
OST Halalkan Hati Yang Kau Curi
Ciptaan: Mera Utama


Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


Am
Aku tak peduli
Em
Walau kau sakiti aku
Dm
Hati ini takkan rapuh
E
Mencintakanmu

Sabtu, 28 April 2018

Kord Gitar dan Lirik Fatamorgana Cinta - Asfan Shah

OK, ni kord gitar lagu OST Cinta Fatamorgana nyanyian Asfan. Lagu-lagu Asfan ni best gak. Boleh layannnnn :)


Kord Gitar dan Lirik Fatamorgana Cinta - Asfan Shah (OST Cinta Fatamorgana)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


(Intro)
Am B7 C Dm F E
Am B7 C Dm F E

   
Am                       
Ketika cintamu menyentuh
E
seluruh kalbu
E                         
peritnya terasa terkunci
Am
benci padamu ohh

Dm E
Mengapa terjadi semua ini
Dm E
di mana perginya janji kita..oh

Jumaat, 27 April 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest - Breakfast At Laz's

Tahu tak bulan ini bulan kelahiran Lazada? Happy 6th Birthday, Lazada! Bersempena dengan sambutan hari lahir Lazada yang ke - 6 ini, Lazada mengadakan Birthday Festival Sale yang bermula sejak kelmarin, 25 April sehinggalah Jumaat, 27 April 2018. 


Ada banyak tawaran menarik! Terdapat lebih 1,000 flash deals untuk direbut, diskaun sehingga 90% untuk produk pelbagai jenama, baucar eksklusif melalui aplikasi LAZADA dan banyak lagi kejutan-kejutan hebat. Saya sangat teruja main goncang-goncang phone untuk dapatkan baucar. Haaa,..siapa yang ada item dalam wishlist, baik tengok. Mana tahu barangan yang kalian inginkan tu ada penurunan harga. Tunggu apa lagi,...Kunjungi Lazada sekarang! ON YOUR MARK, GET SET,...SHOPPPP!

Lazada Birthday Festival Blogger Contest


Selain itu, Lazada turut anjurkan contest untuk blogger. Menariknya, contest kali ini Lazada menghendaki kita bertindak sebagai party planner bagi merancang majlis sambutan hari lahir ke - 6 Lazada.

Selasa, 24 April 2018

Resepi Nuget Tauhu

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah dan sedap berasaskan tauhu. Tauhu yang saya guna untuk resepi ini ialah tauhu keras putih yang biasa tu ye. Bukan tauhu Jepun, tauhu kering atau versi yang goreng. 

Tauhu biasa jadi menu kami sekeluarga. Sesuai untuk diet Cekebon juga. Saya kalau ke pasar  memang automatik akan TERRR-beli banyak sekiranya tauhu tu nampak segar. Lepas tu mulalah pening kepala nak masukkan tauhu dalam plan menu mingguan sebab takut cepat rosak.

Kali ini saya cuba buat nuget tauhu. Buat dikunyah-kunyak ketika minum petang. Ingin minimakan penggunaan minyak dalam masakan, jadi nuget ini saya masak di dalam airfryer. Bagi yang tiada airfryer, jangan risau. Goreng seperti biasa pun boleh.


Nuget Tauhu dan Mayones Keju


Rabu, 11 April 2018

Beli Nescafe Melalui Nestle Groceries Online

Sekitar hujung tahun lepas, saya ada menang e-voucher LAZADA bernilai RM50. Rasanya melalui cabutan bertuah Woop. Tetapi kod baucar hanya dihantar kepada saya melalui e-mel pada awal Februari. Masa tu tak terfikir nak beli apa lagi. Jadi, biar simpan dulu. Boleh guna nanti-nanti. Tempoh expiry pun lama lagi.

Nak dijadikan cerita, Nescafe Gold saya habis. Tak berjalanlah Encik Barista kegemaran saya tu huhuhuh (boleh baca mengenainya di sini). Saya hendak beli pek isian semula sahaja. Tak gemar botol-botok kaca ni. Tetapi di kawasan rumah saya, tak ada pula jual refill packs. Yang ada semuanya dalam botol.

Terfikirkan yang saya ada voucher LAZADA, saya pun survey refill packs Nescafe Gold di Nestle Official Store. Sebelum ini saya tidak pernah beli sebarang produk Nescafe atau produk Nestle yang lain secara online. Masa tu memang dapat the best deal untuk dua pek isian semula Nescafe Gold di Nestle Official Store. Kemudian, saya tambah pula beli Nescafe Gold 3-in-1 Dark Latte. Total sekitar RM50 ++. Tidak silap saya, saya hanya perlu bayar bawah 5 ringgit setelah ditolak voucher. The best part is, untuk pembelian RM50 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. Yeayyyy! Score! Pembelian saya kali ini lebih berbaloi nilainya berbanding jika saya beli di luar.

Isnin, 9 April 2018

Planner Accessories Lagi,..


Saya memang suka pakai planner. Jenis yang kena jot down tasks atau reminder in one book. Kalau tidak, akan lupa dan tunggang-langgang jadual saya. Tetapi, sebelum ini tak adalah rajin sangat untuk hias planner, buat spread/layout setiap hari seperti yang planner addicts buat tu.

Tahun ni terjebak! Awal tahun 2018, si Bott belikan saya planner. Memandangkan stok barang kraf (washi tapes, stickers, clear stamps dll) memang sedia ada,.. dan accessible (sebab tahun ni saya berjaya kemas barang-barang kraf saya supaya semuanya mudah capai, mudah nampak dan mudah jumpa), so minat untuk hias planner cantik-cantik tu datanglah. 

Jadi, sekarang tiap-tiap minggu, saya akan luangkan masa buat weekly planner spread. Hias ikut tema sebelum ditulis dengan catatan-catatan penting. Saya ada kongsi beberapa planner layout di Instagram @faidamf.

Baru-baru ini, singgah Tesco nak cari kertas A4. Ternampak pula planner accessories ni dekat bahagian reduced to clear. Harga dari RM6.90 jadi RM3. Apa lagi,..saya pun grab la 1 pek. Boleh buat tepek-tepek pada planner nanti.

Khamis, 5 April 2018

Resepi Mudah Ayam Bakar

Ini antara resepi ayam bakar kegemaran saya. Sangat mudah untuk disediakan. Bahan perapan pun tak perlu banyak. Tak susah nak cari atau beli sebab kebanyakannya memang ada dalam dapur kita. So, kalau tiba-tiba teringin ayam bakar, tidakpun apabila saya malas fikir menu apa untuk disediakan, this is my go-to recipe. Easy-peasy!

Kemudian, dari segi penyediaan, kita boleh pilih sama ada nak bakar dalam oven, atas griller, gridle pan ataupun menggunakan airfryer. Yes, bagi yang ada airfryer tu, ini salah satu resepi sihat yang kalian boleh sediakan.


Selasa, 3 April 2018

Hatiku Milikmu - Siti Nordiana (Easy Guitar Chords)

Siapa dah dengar lagu terbaru daripada Siti Nordiana? Judulnya Hatiku Milikmu. Saya baru tonton klip video lagu ini yang released semalam di channel Seventeen Eleven Music. Video cantik bangattttt! Buat dekat Krabi, hasil kreativiti Storytellrs yang turut arahkan music video Pematah Hati - Nabila Razali tu. You can expect the same quality of work and definetly will not be frustrated. Turut terlibat dalam klip video tu ialah Alvin Chong dan Fikri Ibrahim. Masing-masing pegang watak jadi kekasih sebelum dan selepas Nana. πŸ˜ƒ

Oh, tentang lagu pula,...I loveeeeeee this song! Jatuh kategori lagu cinta dengar pertama-lah! Dengar dengar je terus jatuh hati. Sepanjang malam semalam asyik dok terngiang-ngiang lagu ni. Part chorus memang best! Mengingatkan saya pada lagu Apa Artinya Cinta nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso. Cuma bahagian hujung yang dia jerit 'hatiku milikmu' tu kurang gemar sikit. Akak demping bagi saya hehehe. Anyway, lagu 'Hatiku Milikmu' merupakan ciptaan Nana sendiri dan lirik oleh Shana. 

Seperti biasalah, bila dah suka sangat lagu, mestilah kena buat chords kan...Kebetulan semalam saya cuti dan ada dekat rumah. Adalah sedikit masa terluang untuk session bersama si Kapok saya. Guitar chords Hatiku Milikmu ini versi mudah ye. Telah ditransposed. Selamat berdendang!


Kord Gitar dan Lirik Lagu 'Hatiku Milikmu' - Siti Nordiana (Easy Chords)
Ciptaan: Siti Nordiana dan Shana
Terbitan: Seventeen Eleven Music


Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


Em D C G
Am B7 D 


Em
Aku telah merasakan
Am
Pahitnya kau tinggalkan
D G
Pernahkah di hatimu mencintaiku
C
Takkan pernah habis
Am
Kasihku padamu
B7 Em
Selama jiwaku masih untukmu

Khamis, 29 Mac 2018

Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Kebiasaannya apabila membeli barang dapur atau stok makanan, saya akan beli sebungkus dua pasta. Tidak kiralah jenis apa,..jenama apa. Kiranya pasta dah jadi antara benda yang wajib ada dalam stok pantri. Bukanlah kaki makan pasta sangat. Tetapi, sekali-sekala bila lapar tak tahu nak makan apa, I can simply make a simple dish. Tak pun kalau dah bosan dengan menu nasi dan lauk-pauk, bolehlah disediakan hidangan seperti makaroni atau spageti goreng, makaroni bakar ke,..apa-apalah asalkan kena dengan cita rasa.

Antara resepi pasta kegemaran saya yang pernah saya kongsikan di blog ini:


Hari ini satu lagi resepi mudah menggunakan pasta - Spageti Ikan Bilis dan Cili Api. Kawwwww! Berair hidung makan! Sesuai sangat bagi yang suka makan pedas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...