Isnin, Januari 08, 2018

Jom Buat Kerepek Ngaku | Kerepek Biji Durian

Assalamu'alaikum, 
Kita dah masuk minggu ke-2 untuk tahun 2018. Memandangkan sekarang ni musim durian dan ngaku, saya nak ajak kalian buat kerepek. Kerepek biji durian dan kerepek ngaku. Kedua-duanya rangup berlemak dan sedap dimakan.

Kerepek Ngaku

Kerepek Ngaku (Arrowhead Root Chips)


Ngaku atau arrowhead root ini biasanya jumpa setahun sekali je. Around this time of the year sehinggalah ke Tahun Baru Cina, kita akan nampak ngaku dan kerepek ngaku banyak dijual di kedai dan pasar raya. Malah kerepek ngaku memang menjadi antara snek pilihan yang popular sepanjang keraian ini.


Kredit
Inilah rupa akar ngaku atau arrowhead root.  Selain daripada dijadikan kerepek (chips), ngaku juga digunakan dalam hidangan seperti sup dan kari. Jika pergi ke pasar raya besar seperti Tesco atau Giant, bahagian jual ngaku memang selalu kena kerumun. Saya dahulu, semasa tidak kenal ngaku rasa pelik lihat orang berebut-rebut beli 'sengkuang cina besar'. Setelah berpeluang rasa kerepek ngaku dan jatuh cinta pada keenakannya, saya pun terjebak sama! Hihihi. Insya-Allah,  hujung minggu nanti nak keluar pergi cari ngaku.

Ingin cuba buat kerepek ngaku? Kalau buat sendiri banyak sikit dapat berbanding yang kita beli siap. Barulah puas makan 😀 Saya sertakan Resepi Kerepek Ngaku di sini


Kerepek Biji Durian

Kerepek Biji Durian

Kerepek biji durian pun tidak kurang sedapnya tau. Bagi yang gemar makan durian, apa kata kumpul biji ulas durian yang telah dimakan. Kita boleh buat kerepek biji durian. Rasanya lemak-lemak. Lebih kurang seperti kerepek ubi. Orang yang tidak suka makan durian pun boleh nikmati kerepek ini. Jangan risau, tak ada bau durian.

Saya dan keluarga meriah juga rezeki durian belakangan ini. Dua minggu lepas, berpeluang merasa Musang King dan Udang Merah. Semalam dapat makan durian kampung dan tembaga. Antara kami tiga beradik, saya paling kurang makan durian berbanding Cekengah dan Uje. Suka, bukannya tak suka. Cuma saya tak pandai makan banyaklah. Kiranya kalau bawa saya pergi buffet makan durian sampai puas atau kenduri durian memang tak berbaloi. 😝 

Disebabkan semalam kami berkumpul satu keluarga makan durian, dapatlah kumpul biji-biji durian untuk dibuat kerepek. Sekarang tengah rendam biji-biji tu. Oh ya, untuk resepi dan cara-cara membuat kerepek biji durian, intai entri saya di sini ye. 


Selamat Mencuba! Selamat Goreng Kerepek!


16 ulasan:

  1. laa ni durian da mahal apatah lg nk buat kerepek biji durian sob sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok akak kena study pasal bola jap sebelum jawab komen ni.
      Betul, Coutinho lagi mahal hahahaha

      Padam
    2. mahal lg neymar ke PSG hahahaha

      Padam
  2. kerepk biji durian first time dengar. keropok ngaku tu memang legend kat blog ni.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih tiap tahun ngaku keluar kat blog ni kan,...nampak benor pelahap tuannya :)

      Padam
  3. dkt2 tahun baru cina, byk jual ngaku...

    BalasPadam
  4. Tak pernah dengar pasal kerepek biji durian ni. Kerepek ngaku tu dah pernah baca kat blog kak Farrah ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, kali ni tambah kerepek biji durian pula. Tahun depan, bila musim durian akak up lagi cerita kerepek biji durian heheehe

      Padam
  5. penah buat dulu tapi tak jadi. tapi tak jdi pun sedap gak

    BalasPadam
  6. kerepek ngaku tu nampak best na... saya penggemar jajan :)

    BalasPadam
  7. akak baru dgr kerepek biji durian... wah... bgs ni...

    BalasPadam
  8. Salam kak,harap sihat2 selalu ya. Sekarang musim hujan. Sejuk. 😅

    Kita kan asal nak CNY mesti teringat post akak dulu yg ada resepi cara nak buat kerepek Ngaku. Sbb tercari2 Ngaku tu dkt econsave. Mahal eh.. 😭

    Tak ngaku kita cari bunga kekwa kerig sbb nak buat teh bunga.

    BalasPadam
  9. 1st time GV baca ada kerepek biji durian. Mmg unik tu kak. Hihi. :D

    BalasPadam
  10. ayu start tau ngaku sbb kak farrah.. ritu jmp kt tessco terigt kt kak farrah..
    tapi adakaj sy rajin untuk jadikannye kerepek??

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.