Jumaat, Januari 05, 2018

Kopi yang Sangat Tak Sesuai

Assalamu'alaikum. 
Hari ini kisah kopi. Tetapi bukan perihal secangkir kopi beraroma yang boleh dinikmati. Kisah pasir kucing. Hihihi. Ye, pasir untuk kucing poo poo (cat litter sand).

Alkisahnya, cat litter Yuri sudah habis. Baik saya mahupun Bott tak perasan dan tak teringat langsung nak beli. Jadi, apabila baki pasir yang ada dah mula berbau, bergegaslah kami berdua pergi kedai pet cari pasir kucing.

Yuri VanHoutten

Lazimnya, kalau pergi beli makanan atau cat litter, Bott yang akan turun dan beli. Bott ni simple je. Dia masuk kedai, terus pergi ke tempat food, tempat pasir, pergi kaunter bayar. Selesai. Kalau saya, masuk masuk je, dah sangkut kat pintu. Tengok mainan untuk kucing. Then, saya sangkut kat aisle yang jual perfume kucing la, syampu kucing la, ubat, suplemen dan macam-macam lagi. Last sekali saya akan bersidai kat bahagian dalam kedai, mengintai kucing-kucing yang 'masuk hotel'. Ralit tengok kucing-kucing tu main. Adalah dalam dua puluh ke tiga puluh minit dalam kedai tu. 😆

Nak dijadikan cerita, tak ada parking. Jadi, saya pun tawarkan diri untuk pergi beli pasir kucing. Bott tunggu dalam kereta dan double parked. Dia dah buat muka tak sedap hati dah, tapi saya cepat je yakinkan dia, "Jangan risau, saya masuk, ambil pasir dan terus bayar!"

Cepat-cepat saya masuk kedai, cari cat litter berbau lemon. Tengah sibuk mencari membelek, tiba-tiba mata tertancap pada satu kampit pasir kucing ni.


Nampak tak? Coffee scented! Bau kopi! Punyalah teruja saya dibuatnya. Saya ni hantu kopi. Segalanya tentang kopi saya suka. Masa tu walaupun terngiang-ngiang di telinga pesanan si Bott suruh beli yang bau lemon, tak mau epal, tak mau lavender, saya angkut juga kampit pasir tu ke kaunter. Kopi kan,...what can go wrong with that?

Balik rumah dengan gembiranya saya buka kampit pasir dan tuang ke dalam litter box si Yuri. Semerbak bau kopi menyapa deria bau. Saya siap bawak satu rumah bagi orang lain bau pasir kucing Yuri yang baru. 

Ternyata saya salah! I was totally wrong! Keesokan harinya, kegembiraan saya surut dan semakin surut dengan setiap langkah saya mendekati litter box si Yuri. Saya tanya Bott bau apa ni? Peliknya. Bott yang tengah bersihkan litter box tu senyum penuh makna,"Bau pasir kopi campur kencing si Yuri."

Oh Tuhannnnnnnnn! Hancingnya!!! Si Yuri ni kencing ke apa? I learned my lesson. Sekuat manapun saya suka kopi, saya kena terima hakikat, kopi yang ini sangat tidak sesuai untuk Yuri.

36 ulasan:

  1. pasir kucing pun ada bau kopi hahahha aduhhh baru taw la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi adaaaaa,...tapi antara sesuai dengan kucing kita atau tak la :)

      Padam
  2. Haha. Dah dpt agak terrible ending. Kita kalau minum kopi banyak pun kencing hancing inikan plak bau kencing kucing campur kopi. Semoga pasir ni cepat habis. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tunggu habis, Sal. Akak buat timbus lubang tanah kat luar rumah hahahaha

      Padam
  3. amboi. pasir pon ada jugak ehh bau camtu. baru tau.. btw, comelnya kucing dia.. gerammm !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang akak excited, Cik Yan....tak sangka ada bau kopi.
      Hehehe geram ngan Yuri ye,..belum tengok perangai diva dia lagi ;)

      Padam
  4. hahahahahahahahahahahhaha... Kopi ngan kucing tak boleh blend daa.. Kopi ngan orng ye boleh.. hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuhu manalah tahu sampai seteruk itu tak leh blend ;D

      Padam
  5. Mummy pun pakai pasir lemon jugak dulu.. ok takdelah busuk sgt... skrg toilet train je senang..save budget duit pasir..keh keh keh :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..lemon is the best. Saya tak leh toilet train Yuri, Mummy. Kucing ni dia clumsy macam tuan dia gak. Asyik terceplos je dalam toilet bowl hahahaha!

      Padam
  6. Pasir Kopi dah boleh buat tanam pokok bunga ea.. hahahaha :P

    BalasPadam
  7. lor...tak seperti yang disangka kan..kena cari bau yang lebih sesuai lah..kalau bau tak sedap,sikucing pun rasa tak selesa kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat kucing tak selesa, tuan punya kucing pun boleh pitam hahaha

      Padam
  8. Nice sharing, semoga zumal tak beli pasir bau kopi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon dielakkan hahahah tapi akak rasa bergantung pada kucing gak kot,..

      Padam
  9. Hahaha......tergelak saya baca ....
    Hurm, sudahnya paling sesuai beli lah yg lemon scented tu erk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mrs Pip. Tak pasal-pasal kena pergi kedai beli yang lemon scented tu pula.

      Padam
  10. Sama2 sayang kucing nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing-kucing cikgu lebih banyak kan,..saya ada seekor ini sahaja.

      Padam
  11. Baru tahu ada cat litter kopi punya. Feel so bad for you, kak Farrah. Mohon tidak trauma dengan kopi. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi alhamdulillah, kecintaan terhadap kopi masih tidak tergugah!

      Padam
  12. Hahahahah okay saya tergelak besar baca hahahah

    BalasPadam
  13. Hahaha same with me. Klau masut pet shop smua benda nak belek. Btw, ingatlkan cerita pasal kopi apaa. Hahaa tak sangka ad flavour kopi jugak eh. First time dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, akak pun first time jumpa. Tetapi indah khabar dari bau kopinya ;D

      Padam
  14. yep. not a good choice. i agreed

    BalasPadam
  15. mungkin yuri ckp dlm hati... tuan aku ni kan suka kopi. kenapa mende alah ni pun bau kopi juga? dia buh serbuk kopi ka? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lah Yuri boleh berkata-kata, mungkin puas juga saya bersoal-jawab dengan dia hahaha

      Padam
  16. :) hi hi hi sabo jer la, farrah.
    but no harm kot trying. org lain dpt manfaat nyer kat sini.
    mesti yuri pun pening kepala. alahai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih kalau dia tahu bercakap, mesti berbakul-bakul saya kena kutuk ;)

      Padam
  17. Assalam Farrah Mf... boleh tau kat mn beli pasir kucing coffee tu, sbb sy mencari....kucing sy sgt sesuai dgn baunya...tq tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Seronoknya dapat kucing serasi dengan bau kopi tu. Kucing saya memang tak boleh langsung! Huhuhuhu. Saya beli di Eyzara Petshop di di Masgenuine, Kuang - Eyzara Petshop. Boleh cuba tanya di page Facebook mereka - Eyzara Petshop.

      Padam
  18. comell sgt kak farrah ni tauu..
    tula fanatik sgt dgn kopi..
    tp kite mmg geng suke sgt bau kopi...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.