NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 10 Januari 2018

Resepi Jering Goreng

Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke,..) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.

Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidakpun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.


Resepi Jering Goreng


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Jering tua yang telah dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong.
  • Segenggam kecil ikan bilis, dibersihkan dan dicuci. Hidangan kali ini saya guna ikan bilis Jepun yang sudah siap digoreng.
  • Satu labu bawang besar dihiris bulat-bulat.
  • Beberapa tangkai cili api dihiris halus atau ditumbuk. Terpulang pada cita rasa. Jika tidak mahu pedas, tidak perlu letak cili api. Tukar dengan hirisan cili merah pun OK.
  • Beberapa sudu kicap manis
  • Sedikit perahan jus limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis dan menggoreng.


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus jering tua yang telah dibersihkan dan dipotong. Sesetengah orang akan terus goreng jering tua. Saya lebih suka seandainya jering direbus terlebih dahulu. Setelah empuk, jering diangkat dan ditus sebentar. Barulah digoreng seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak menggoreng tadi. Tinggalkan lebih kurang beberapa sudu besar sahaja. Boleh juga minyak masak yang baru.
  3. Tumis hirisan bawang besar hingga naik bau. Seterusnya, masukkan hirisan cili api.
  4. Masukkan jering dan ikan bilis yang telah digoreng diikuti dengan kicap manis, jus limau kasturi dan perasakan dengan garam.
  5. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

Psstt! Minggu ini tak sempat nak blogwalking. Sibuk sikit. Insya-Allah, nanti saya balas kunjungan kalian ye. 

16 ulasan:

  1. sedap akak pun suka jering tua yang digoreng kadang rasa macam kacang badam pun ye jugak hahaha melampau tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ini memang sah pencinta jering :)

      Padam
  2. alamak! yg x mkn jering ni cuma mampu tgk je ;-)

    BalasPadam
  3. dah lama tak makan jering rebus cicah nyiur... jering goreng tak pernah cuba lak... apa pun nice sharing....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh jering rebus dengan kelapa pun sedap tuh!

      Padam
  4. perghhhh.. pas makan jering kentut bau jering gak kan..hehe gurau :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha kalau makan jering tak leh gi dating ;)

      Padam
  5. Saya makan jering. Bila habis baca ni teringin nak masak. Tapi rasa malas pertama memang belum pernah masak. Goreng telur adalah se kali sekala. Ke dua berbaloi kevkalau masak tapi makan saya sorang je?

    BalasPadam
  6. hebat kak Farrah. masak western pandai, jering pun makan. untung siapa duduk serumah

    BalasPadam
  7. GV selalu tgk jering wat ulam. Okey juga tu Jering goreng kan kak Farah. Tapi GV tak makan jering,. My parents makan, huhu.

    BalasPadam
  8. jering pun tak penah makan.. heee.. petai selalu laaa

    BalasPadam
  9. aida lom pernah try makan jering, farrah.
    tgk aje mak abah makan. memang feveret mak abah.
    ada sorang member ni, org pahang.
    dia memang antu makan jering. kalau update fb, selang sehari mesti gambo tgh makan and lauk nyer ada jering :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...