NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Selasa, 2 Januari 2018

Tutorial Kraf Kertas - Screen Divider Card | Pink Polka Dots and Stripes

Assalamu'alaikum. 
Entri tutorial kraf kertas hari ini kita belajar buat screen divider card. Apa yang dimaksudkan dengan screen divider card? Kad yang diinspirasikan daripada screen divider atau pemisah ruang seperti dalam gambar di bawah.
Kredit

Bahan-bahan yang diperlukan:



Langkah-langkah:
Mula-mula, bahagikan kad kepada beberapa bahagian yang sama besar (untuk panel screen divider).
Satu kad bersaiz A4 boleh buat tiga panel atau empat panel. Kad di bawah ini saya buat tiga panel sahaja. Jadi, kertas hanya perlu dibahagikan kepada tiga. Gunakan paper scorer untuk mendapatkan garis lipatan yang kemas.

Setelah itu, guna decorative border punch untuk trim bahagian atas kad. Jika tiada, boleh gunakan gunting kraf bercorak. Kemudian, potong sedikit bahagian bawah kad menggunakan gunting atau pisau untuk buat 'kaki' screen divider.


Seterusnya, tampal kertas bercorak pada setiap panel kad kita. Saya tampal kertas polka dots dan belang-belang merah jambu di bahagian hadapan kad. Bahagian belakang, ditampal dengan kertas keras merah jambu. Tidak terlalu sarat dengan hiasan. Saya biarkan kosong sebagai ruang untuk menulis. Kiranya pada tahap ini, base card kita sudah siap. Sekarang cuma perlu dilengkapkan dengan hiasan-hiasan yang sesuai.


Rupa paras kad bahagian hadapan. 


Saya sengaja memilih hiasan dengan warna-warna yang terang. Ingin wujudkan kontra antara hiasan kad dengan base card. Tambahan pula, saya mahu kad ini selari dengan karakter si penerima kad ini - ceria, berjiwa gila-gila dan happy-go-lucky ðŸ˜ƒ


Ini pula bahagian belakang.


Hanya ada pelekat belon, panji-panji kecil dan tag mini. 

Selamat Mencuba!


Tutorial buat kad:



16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Wahhh mudah aje nak buat. Kreatif 😊

      Padam
    2. Yang penting barang-barangnya ada :)

      Padam
  2. cantik... xpernah buat lg. mesti xjd akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi belum cuba belum tahu lagi. Yang ni tak susah, Nina. Insya Allah, jadi punyalah :)

      Padam
  3. Hye Farrah. selamat tahun baru 2018. dah lama 'tak-jumpa' farrah.hihihi. ingat saya lagi tak?hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Intan. Selamat tahun baru buat Intan dan keluarga juga. Ingat,...takkanlah tak ingat. Sorry ye lama tak berkunjung ke blog Intan. Sekarang ni masa terhad nak jalan2 jengah kawan-kawan :)

      Padam
  4. cantik, anak saya minat sangat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti boleh jadikan aktiviti cardmaking as hobi/aktiviti bersama dengan anak :)

      Padam
  5. kalau ada kucing bahaya kalau letak... habis dicakarnya nnt... hahaahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahh kalau ada kucing memang tak merasalah nak fancy fancy pakai screen divider ;)

      Padam
  6. Serious sangat comel!! Nanti Fatin nak tryy

    BalasPadam
  7. Decorative boarder punch mana nak cari.. Dulu ada gunting tp dah buang rasanya.. Lupa dah nak beli dkt mana! 😅

    Btw,nak tanya akak still duduk dkt alamat rmh akak yg haritu bagi ke? (*yg akak bagi kad bd tu...)

    BalasPadam
  8. ya allah kak farrah..
    rasa mcm tgk kt kedai je nih
    knp cantik sgt nih!!!
    green for me

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...