728 x 90

Isnin, 5 Februari 2018

Resepi Kentang Goreng Bawang

Kentang goreng bawang ini sebenarnya biasa disediakan sebagai side dish apabila saya masak bubur kosong untuk Cekebon. Berseleralah sedikit makan apabila ada side dish sebegini. Tidakpun, kalau nak makan nasi tak ada lauk, hidangan kentang goreng bawang ini akan jadi lauk segera yang dimasak. Nikmati dengan nasi panas dan sedikit kicap manis. Yummehhh! 



Resepi Kentang Goreng Bawang
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1-2 biji kentang
  • 1 labu bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • Beberapa helai daun limau, dihiris halus
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 - 2 sudu teh bawang putih sangai.

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Potong kentang kepada bahagian-bahagian kecil. Goreng sehingga kentang masak. Saya guna airfryer, jadi tidak guna minyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng kentang tadi. Tinggalkan cuma lebih kurang 1 - 2 sudu besar minyak sahaja. Tumis bawang hingga naik bau dan layu.
  3. Setelah itu, masukkan kentang yang telah digoreng diikuti dengan hirisan daun limau.
  4. Perasakan dengan garam. Kacau seketika sehingga sebati.
  5. Angkat dan taburkan bawang putih sangai sebelum dihidangkan. Saya guna garlic granules keluaran Masterfoods yang dalam botol tu. 

Variasi hidangan
Terdapat beberapa variasi hidangan yang boleh dicuba:
  • Jika ingin hidangan yang lebih sihat, goreng kentang menggunakan airfryer. Minyak untuk menumis bawang besar boleh digantikan dengan minyak zaitun atau minyak canola. 
  • Jika ingin hidangan yang lebih beraroma, gunakan sedikit mentega atau marjerin untuk menumis bawang besar. Kadang-kadang saya guna minyak bijan. Sedap juga. 
  • Bagi yang suka masam-masam, perahkan sedikit jus limau ke atas hidangan berserta kicap manis. Bagi yang gemar makan pedas pula, tumis sekali hirisan beberapa tangkai cili padi bersama dengan bawang besar.
  • Selain daripada menggunakan hirisan daun limau, boleh juga tambah sedikit potongan daun kucai.


Selamat Mencuba!

Anda penggemar kentang? Di bawah ini ada beberapa resepi mudah berasaskan kentang yang boleh dicuba.



11 ulasan:

  1. klu goreng kentang, sy suka tumis dgn cili dan bawang.. lepas tu tambah ikan bilis.. perhhhhh sedap makan dgn nasi panas pun jadiii

    BalasPadam
  2. Lama dah tak buat resepi kentang.. Selalu mrs pip bakar di oven letak garam, sedikit mentega dan rosemary ...

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaa! Suka jugak buat macam ni :)

    BalasPadam
  4. air fryer byk bantu kita kan.
    and sihat. berbaloi.
    and bubur di makan dgn resepi farrah ni, ohsem!
    kalu aida, buh kicap skit :)
    cili padi kalau ada. sendiri makan la. anak-anak aida x bagi lagi makan cili padi :)

    BalasPadam
  5. Sedapnya! Siqah suka kentang yang digoreng. Tak terasa bila makan sambil tengok tv. Hehe

    BalasPadam
  6. hehehe kalo anda ingin tambah kenikmatan.. letaklaaaa ikan bilis garing skali =D
    yuuuuuums.. semua pasal kentang im in !! semua benda ada kentang im in !!

    BalasPadam
  7. kak farrah pakai air fryer brand ape..
    nak carik la sebijik..
    uihh kentang is my favourite....

    BalasPadam
  8. letak daun limau, mesti ada bau wangi-wangi an..lagilah selera cikebon kan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...