Khamis, Mac 29, 2018

Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Kebiasaannya apabila membeli barang dapur atau stok makanan, saya akan beli sebungkus dua pasta. Tidak kiralah jenis apa,..jenama apa. Kiranya pasta dah jadi antara benda yang wajib ada dalam stok pantri. Bukanlah kaki makan pasta sangat. Tetapi, sekali-sekala bila lapar tak tahu nak makan apa, I can simply make a simple dish. Tak pun kalau dah bosan dengan menu nasi dan lauk-pauk, bolehlah disediakan hidangan seperti makaroni atau spageti goreng, makaroni bakar ke,..apa-apalah asalkan kena dengan cita rasa.

Antara resepi pasta kegemaran saya yang pernah saya kongsikan di blog ini:


Hari ini satu lagi resepi mudah menggunakan pasta - Spageti Ikan Bilis dan Cili Api. Kawwwww! Berair hidung makan! Sesuai sangat bagi yang suka makan pedas.



Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
🔸Ikan bilis (segenggam kecil) digoreng
🔸5-7 ulas bawang putih (dicincang hingga halus)
🔸Beberapa tangkai cili api ikut cita rasa dan tahap kepedasan yang digemari
🔸Beberapa sudu minyak masak untuk menggoreng ikan bilis
🔸Spageti untuk 2-3 orang makan (direbus). Boleh cuba teknik mudah untuk merebus pasta ni. Tak perlu guna air banyak-banyak dan jimat masa!
🔸1/2 - 1 cawan air rebusan spageti. Sebelum tus spageti, simpan sedikit ye air rebusannya.
🔸Garam jika perlu.
🔸Sedikit parsley/sweet basil/oregano (Jika tidak mahu guna langsung pun tak mengapa. Saya suka ada rasa herbs sedikit)


Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak menggoreng ikan bilis tadi untuk tumis bawang putih dan hirisan cili padi.
3. Kemudian, masukkan spageti dan air rebusan. Biar masak buat seketika.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis, parsley/sweet basil/oregano dan kacau hingga sekata. Jika kurang masin perasakan dengan garam. Hati-hati sebab kita dah ada masin dari ikan bilis tu.
5. Sedia untuk dihidangkan 😊

Selamat Mencuba!

Psstt! Ikan bilis boleh juga ditukar dengan udang atau makanan laut lain. Guna ikan tuna pun sedap lawan dengan cili api.


12 ulasan:

  1. sedap spaghetti masak ringkas mcm ni..suka2..

    BalasPadam
  2. Fuh !..

    nampak saja pun sedap !

    apatah lagi dah makan

    BalasPadam
  3. sedapnya, aummm! suka la dgn spagetti ni..

    BalasPadam
  4. beri laa sepinggan kt sy lapo niii

    BalasPadam
  5. wah ni spagetti versi malaysia siap letak ikan bilis lagi..

    BalasPadam
  6. Uik menu baru ni xpernah dengar lagi

    BalasPadam
  7. Mudah sangat nie.. Sha nak cuba petang nie.. Bahan cukup kat rumah tu.. cuma herbs je tak ada.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.