NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 27 April 2018

Lazada Birthday Festival Blogger Contest - Breakfast At Laz's

Tahu tak bulan ini bulan kelahiran Lazada? Happy 6th Birthday, Lazada! Bersempena dengan sambutan hari lahir Lazada yang ke - 6 ini, Lazada mengadakan Birthday Festival Sale yang bermula sejak kelmarin, 25 April sehinggalah Jumaat, 27 April 2018. 


Ada banyak tawaran menarik! Terdapat lebih 1,000 flash deals untuk direbut, diskaun sehingga 90% untuk produk pelbagai jenama, baucar eksklusif melalui aplikasi LAZADA dan banyak lagi kejutan-kejutan hebat. Saya sangat teruja main goncang-goncang phone untuk dapatkan baucar. Haaa,..siapa yang ada item dalam wishlist, baik tengok. Mana tahu barangan yang kalian inginkan tu ada penurunan harga. Tunggu apa lagi,...Kunjungi Lazada sekarang! ON YOUR MARK, GET SET,...SHOPPPP!

Lazada Birthday Festival Blogger Contest


Selain itu, Lazada turut anjurkan contest untuk blogger. Menariknya, contest kali ini Lazada menghendaki kita bertindak sebagai party planner bagi merancang majlis sambutan hari lahir ke - 6 Lazada.

Berikut cadangan saya untuk majlis sambutan istimewa ini.




A. LOKASI PILIHAN
Saya membayangkan parti sambutan Lazada diadakan di sebuah kawasan terbuka seperti di sebuah taman/park. Contoh lokasi yang dirasakan sesuai ialah Taman Botani Kepong atau Taman Botani Putrajaya. Selain dapat dekatkan diri dengan keindahan alam, ruang yang luas boleh menampung jumlah tetamu yang ramai. The more the merrier, right?



B. TEMA DAN HIASAN

Tema yang dipilih untuk majlis ini ialah 'Breakfast At Laz's - A Garden Party', tema yang diambil sempena sebuah filem lama era 60-an (yang merupakan adaptasi novel) lakonan Audrey Hepburn - Breakfast At Tiffany's.

Di bawah ini ada beberapa contoh hiasan untuk beri gambaran pada kalian tentang tema Breakfast At Tiffany's. (Sumber imej dari Pinterest.)





Tema Breakfast At Laz's ada sedikit twist! Kita tambah konsep garden party supaya suasana majlis jadi lebih santai. Tidak perlu runsing perlu berpakaian formal black and white ketika hadiri acara ini.

Bayangkan sebuah acara yang diadakan di taman dengan hiasan gabungan warna putih, biru Tiffany dan hitam. Ada khemah khas yang didirikan untuk makanan dan minuman serta party favours. Tetamu duduk dan beramah mesra di sekitar taman. Ada bangku, meja piknik dan alas piknik (bagi yang ingin berpiknik di atas hamparan rumput). Semuanya mengikut tema ditambah sentuhan alam semula jadi - pokok-pokok, bunga-bunga dan keindahan taman, lokasi majlis itu sendiri.

Saya perlukan banyak belon dan hiasan menggunakan warna putih, biru Tiffany dan hitam. Di bawah ini antara barang yang diperlukan dan boleh didapati di LAZADA.




Saya juga perlukan beberapa buah bingkai gambar berwarna putih.

Saya ingin hias meja hidangan utama dengan quotes menarik seperti dalam gambar di bawah.




C. KEK HARI LAHIR
Kek hari lahir tentulah kena ikut tema. In my mind, it should be more or less like this. Cuma bahagian gambar tu kita tukar kepada gambar Laz 😀


... dan perlu ada pop cakes yang comel-comel.

Cantik kan?

Saya perlukan item-item di bawah untuk sediakan kek dan kek pop di atas. Antara produk yang saya akan dapatkan di Lazada adalah:

Loyang ni adjustable. Jadi, mudah nak buat kek bertingkat dengan saiz yang berbeza. Edible pearls dan fondant icing pun kena ada.


Akhir sekali, figurin comel ini untuk diletakkan di puncak kek bersama dengan figurin Laz.



D. PAKAIAN KE PARTI
Dah selesai urusan persediaan parti, jangan lupa pula apa yang nak digayakan ketika majlis sambutan tu nanti. It's time for a huge celebration! Memandangkan kita buat garden party berkonsep kasual, pakaian pun kasual. Tidak perlu pakai little black dress seperti Aubrey Hepburn. Tetamu lelaki pun tidak perlu hingga berjaket bertuksedo.

Pakai sesuatu yang ringkas, tetapi pada masa yang sama masih bertepatan dengan tema. These are my personal picks.



Final touch for the OOTD, gelang mutiara. Nak juga bergaya ala-ala Audrey Hepburn. 




Bagaimana? Rasa-rasanya Laz suka tak tema ni? Dah bersedia untuk berparti? JOMMMMMM! Kita meriahkan sambutan birthday Lazada! Bagi rakan-rakan yang belum sertai contest ini, masih ada masa lagi. Mari kita sertai ramai-ramai Lazada Birthday Festival Blogger Contest!

...dan masih sempat lagi nak beli belah! Klik sahaja di sini --> Lazada 6th Birthday Festival Sale.


5 ulasan:

  1. good luck Kak Farrahhh... moga ada rezeki

    BalasPadam
  2. ooh bestnya breakfast at tiffany’s ^^

    BalasPadam
  3. Kalau kak farah buat tema festival untuk lazada ni memang terbaik sebab akak kreatif la

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...