Isnin, April 09, 2018

Planner Accessories Lagi,..


Saya memang suka pakai planner. Jenis yang kena jot down tasks atau reminder in one book. Kalau tidak, akan lupa dan tunggang-langgang jadual saya. Tetapi, sebelum ini tak adalah rajin sangat untuk hias planner, buat spread/layout setiap hari seperti yang planner addicts buat tu.

Tahun ni terjebak! Awal tahun 2018, si Bott belikan saya planner. Memandangkan stok barang kraf (washi tapes, stickers, clear stamps dll) memang sedia ada,.. dan accessible (sebab tahun ni saya berjaya kemas barang-barang kraf saya supaya semuanya mudah capai, mudah nampak dan mudah jumpa), so minat untuk hias planner cantik-cantik tu datanglah. 

Jadi, sekarang tiap-tiap minggu, saya akan luangkan masa buat weekly planner spread. Hias ikut tema sebelum ditulis dengan catatan-catatan penting. Saya ada kongsi beberapa planner layout di Instagram @faidamf.

Baru-baru ini, singgah Tesco nak cari kertas A4. Ternampak pula planner accessories ni dekat bahagian reduced to clear. Harga dari RM6.90 jadi RM3. Apa lagi,..saya pun grab la 1 pek. Boleh buat tepek-tepek pada planner nanti.


Cantik kan? Ada 2 keping. Berbaloilah untuk RM3.


Jika nak intai entri mengenai planner accesories yang lain, boleh klik pautan di bawah ye.


Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner




Ini antara hiasan planner kegemaran saya. Washi tapes ini satu set. Satu timeline untuk the whole day, satu lagi hari-hari untuk seminggu. Di bawah ini contoh penggunaannya.



Clear Stamps untuk Planner Addicts



Clear stamps di atas sangat sesuai untuk hias weekly planner. Ada dua jenis fonts, stamps untuk bilangan minggu dan tarikh. Sangat convenient!


Sticker Book of Phrases | Foil Statement Pad



No further explanation needed. Pelekat-pelekat cantik inilah yang akan menambah seri planner.


Foil Embellishments



Sekali sekala guna foil embellishments cantik juga. Macam di bawah ini:









14 ulasan:

  1. aida memang suka semua ni, just diri sendiri takde masa nak coret dlm planner :)
    kalau keje, ada diari rasmi. hmmmm dlm tu la tempek rasmi ke tak rasmi, farrah hi hi hi...
    dlm diam, aida ada jugak membeli aksesori mcm farrah.
    just prepared utk anak-anak. nak warnakan diari hidup diorang dgn perkara kreatif gini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus plan Aida tu. Dapat develop kreativiti dan minat anak-anak. Boleh jadi salah satu activity untuk family time :)

      Padam
  2. suka tgk org ada planner ni sbb kreatif deco plannernya

    BalasPadam
  3. best nye planner mcm nie.. boleh deco2..

    BalasPadam
  4. Cantiknya, planner zumal hanya ada tulisan jer... Hehe...

    BalasPadam
  5. bestnya tengok planner nih.. sendiri malas nak create planner macam ni..

    BalasPadam
  6. Siqah tabik spring dengan Kak Farrah yang suka hias planner. Siqah tak ambik masa nak hias lagi. Hihi tulis2 gitu je, tapi sticker banyak gak beli nanye. Tak tahan sebab sticker comel. Hii.

    Kak, Jemput join segmen dan giveaway blog Siqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam
  7. mcm2 jenis stamp akak ada ye... makin seronok buat planner sendiri.

    BalasPadam
  8. geramnyaaa tengok barang2 Kak Farrah ni.. nak jugak tapi tak tahu nak buat apa boleh tak macam tu ?

    BalasPadam
  9. Ada planner x guna pun hihihi..

    BalasPadam
  10. Sha suka semua ini tapi kalau beli memang buat koleksi jelah.. Nak guna tu tak berapa nak rajin dan kreatif.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.