Selasa, April 24, 2018

Resepi Nuget Tauhu

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah dan sedap berasaskan tauhu. Tauhu yang saya guna untuk resepi ini ialah tauhu keras putih yang biasa tu ye. Bukan tauhu Jepun, tauhu kering atau versi yang goreng. 

Tauhu biasa jadi menu kami sekeluarga. Sesuai untuk diet Cekebon juga. Saya kalau ke pasar  memang automatik akan TERRR-beli banyak sekiranya tauhu tu nampak segar. Lepas tu mulalah pening kepala nak masukkan tauhu dalam plan menu mingguan sebab takut cepat rosak.

Kali ini saya cuba buat nuget tauhu. Buat dikunyah-kunyak ketika minum petang. Ingin minimakan penggunaan minyak dalam masakan, jadi nuget ini saya masak di dalam air fryer. Bagi yang tiada air fryer, jangan risau. Goreng seperti biasa pun boleh.


Nuget Tauhu dan Mayones Keju

Nuget Tauhu


Resepi Mudah Nuget Tauhu

Bahan-bahan:
  • 4 - 5 keping tauhu. Setiap satu dipotong memanjang menjadi hirisan nipis.
  • 1 - 2 biji telur
  • Tepung jagung secukupnya untuk salut tauhu
  • Serbuk roti secukupnya untuk salut tauhu
  • Serbuk lada sulah secukup rasa. (Juga boleh guna serbuk lada hitam)
  • Sedikit sweet basil. Jika tidak ada boleh guna herba pilihan yang lain seperti parsley, oregano atau thyme. Jika tidak mahu gunakan herba, guna sedikit serbuk kari pun sedap!
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng bagi yang tidak menggunakan air fryer.

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Sediakan tiga bekas/mangkuk yang berbeza. Masukkan tepung jagung, lada sulah, sweet basil dan garam ke dalam mangkuk yang pertama. Gaul semua bahan hingga sekata.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk yang kedua. Pukul telur hingga bahagian kuning dan putih bercampur.
  3. Masukkan serbuk roti secukupnya ke dalam mangkuk yang ketiga. 
  4. Mulakan proses menyalut tauhu dengan tepung jagung. Kemudian, celup ke dalam telur dan akhir sekali salutkan dengan serbuk roti. Ulang proses sehingga semuanya selesai.
  5. Goreng sehingga warna tauhu bertukar kekuningan. Angkat dan hidangkan bersama sos pilihan.
Saya nikmati nuget tauhu bersama mayones keju. Selain itu, boleh cicah dengan sos blackpepper, sos BBQ atau sos cili Thai.


Selamat Mencuba!



8 ulasan:

  1. Resepi menarik, boleh cuba satu hari nanti..
    Sebelum ni tak pernah tahu tauhu boleh dipelbagaikan.
    Thanks Farrah for sharing this simple recipe ;-)

    BalasPadam
  2. Saya ni tak pernah pun lagi masak sendiri makanan instant macam ni. Asyik makan yang dah siap tu je. Bilalaa nak insof, tukar ke gaya hidup sihat sikit. Sobs

    BalasPadam
  3. menarik ni.. kat rumah jarang beli tauhu, makan lagilah jarang... T_T

    BalasPadam
  4. kenapalah kita tak berjiran.. kalau tak petang2 mesti saya ada menu kunyah2 jugak hehe..

    BalasPadam
  5. Menariknyak resepi sedap ni kena cari bahan dulu nanti boleh cuba

    BalasPadam
  6. Satu kelainan untuk makan tauhu.. Boleh Sha cuba, save dulu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.