NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Rabu, 13 Jun 2018

Lempeng Tepung Atta

Salah satu menu bersahur bila bangun tak de mood dan tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang tu,.. tak ada angin nak makan nasi, jadi kita melempeng lah!


Lempeng ni instead of guna tepung gandum putih biasa, saya guna tepung atta. Tepung yang buat capati tu. Sebenarnya tepung atta ni banyak khasiat juga untuk kesihatan. Bagi yang nak jaga pemakanan, nak diet,...tetapi gemar makan cekodok dan lempeng macam saya hihihi bolehlah tukar penggunaan tepung ke tepung atta. Dan,...makan tu biar seadanya,...jangan sampai berpinggan-pinggan pulak!

Resepi? Tak ada sukatan khusus. Macam buat lempeng tradisional biasa je. Yang ini hanya semata-mata tepung atta, air dan garam. Kelapa parut pun saya tak letak. Portion air dan tepung tu agak-agaklah supaya jadi adunan lempeng yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Garam pun jangan letak banyak-banyak ye,...

Untuk masak lempeng, saya guna non-stick frying pan. Jadi tidak perlu guna minyak. Ambil sesenduk dan ratakan di atas frying pan. Kemudian, apabila cukup masa,...terbalikkan lempeng supaya dua-dua belah masak sekata. 

Jika nak lempeng tu wangi beraroma, bolehlah guna daun pandan. Bersihkan beberapa helai daun pandan,..carik-carik sedikit dan ikat. Celup ikatan daun pandan dalam sedikit minyak masak, kemudian ratakan di atas frying pan sebelum masukkan adunan lempeng. Wanginya lempeng tu nanti,..rasa macam nak makan dalam kuali tu jugak! Heheheh.

Siap melempeng, masa untuk menjamu selera. Saya cicah lempeng dengan sambal ikan bilis atau Sambal Garing Che Nor tu. Alhamdulillah,...kenyang lempeng!


Psstt! Buat lempeng pisang guna tepung atta ni pu best gak tau!


5 ulasan:

  1. lepas tu cicah sardin ke sambal ikan ke gulaaaai ke peeeergh..!! dapnye dapnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhhh! Memang terangkatttttt!

      Padam
  2. capati nipis noo..lempeng boleh buat tebal sikit...kecur ailio nih..hihi..

    BalasPadam
  3. Sally kalau buat ni, kadang sepeket mau habis..tapi mmg buat style capati la..gelek gelek baru masak..hihihi..makan dengan sambal sardin hancur tak pun kari daging hancur!

    BalasPadam
  4. Lama dah tak makan lempeng although this one memang saya tak pernah cuba :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...