NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 1 Jun 2018

Resepi Airfryer - Tauhu Bergedel

Tauhu bergedel memang kegemaran saya. Suka sangat makan tauhu bergedel, cicah dengan kuahnya siap dengan cili api. Bila gigit tang cili api tu, fuhhh terangkattttt!!

Tahun lepas si Cekengah rajin beli tauhu bergedel ni sebagai salah satu hidangan berbuka puasa kami. Alang-alang dah suka tu, saya mula buat sendiri. Buat banyak barulah puas makan.

Tauhu bergedel versi saya disediakan guna airfryer. So, saya goreng (masak) tidak perlu guna minyak. Kiranya ni healthier version of tauhu bergedel lah. Lagipun, saya prefer guna airfryer time bersilat busy di dapur. Tak perlu tunggu perhati gorengan di dalam kuali. Masukkan je ke dalam airfryer, set timer, biarkan dan TINGGGG! Siap!


Resepi Tauhu Bergedel Mudah


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Satu pek tauhu goreng (lebih kurang 8 - 10 biji/pek)
  • 2 - 3 biji kentang direbus kemudian ditus. Saya kalau buat bergedel memang akan rebus kentang. Tetapi terpulanglah kalau nak goreng seperti biasa. Yang penting kentangnya masak lembut dan boleh dilenyek.

Nak goreng kentang guna airfryer? Tak ada masalah. Potong kentang kepada bahagian yang sama besar. Sebelum masuk airfryer, letakkan dua tiga titik minyak masak dan lumur pada keseluruhan kentang. Tujuannya supaya, kentang tidak hangus/terlalu kering apabila dimasak dalam airfryer.


  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • beberapa tangkai daun sup dan bawang (dihiris halus)
  • beberapa tangkai cili api (dihiris halus)
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • 1 biji telur


Saya tidak guna daging atau ayam cincang. Hanya bahan-bahan di atas sahaja. Jika inginkan tauhu bergedel yang lebih ummphhh dan meriah, boleh juga masukkan daging cincang atau ayam cincang yang telah digoreng terlebih dahulu.


Cara-cara Penyediaan:

  1. Lenyek kentang yang telah direbus/digoreng. Masukkan hirisan bawang besar, daun sup, daun bawang, cili api, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Jika ada yang tidak makan pedas, cili api tu diasingkan ye. 
  2. Ambil satu tauhu goreng, buat belahan di tengahnya. Kemudian, sumbatkan adunan kentang tadi. Sumbat penuh-penuh barulah best! Ulang proses yang sama sehingga habis.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul telur, perasakan dengan sedikit lada sulah dan garam. Celup tauhu yang telah disumbat dengan kentang ke dalam telur dan masukkan ke dalam airfryer. Suhu yang saya gunakan 180 darjah celcius, masanya 6 minit. Agak-agak dan adjustlah ikut kesesuaian airfryer masing-masing ye.
  4. Sebelum dihidang, garnish dengan hiasan daun sup, daun bawang dan cili api.


Untuk kuah pencicah, saya tidak buat kuah manis. Saya buat kuah kicap cili api je. Potong hirisan cili api, masukkan 1 - 2 ulas bawang putih, then masuk kicap. 


Variasi Tauhu Bergedel

  • Bagi penggemar cheese, boleh masukkan sedikit keju pada kentang ketika masih panas. Masukkan juga hirisan cendawan butang jika mahu.
  • Mahu tauhu bergedel ala Thai? Gunakan sedikit pes tomyam. Gaul rata pada kentang yang telah dilenyek bersama hirisan daun ketumbar.


Selamat Mencuba!

14 ulasan:

  1. nnt hantar sepiring ke rumah sy ye ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dekat, dah ajak makan sekali dah,..

      Padam
  2. dh lama teringin nk buat... boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat sendiri boleh ikut cita rasa kita,...masukkan je apa nak :)

      Padam
  3. Kena cari air fryer dulu nak buat tauhu ni hahaha boleh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de airfryer pun boleh buat, Ekin. Goreng macam biasa je.. :)

      Padam
  4. tengah kumpul duit nak beli air fryer dengan pasang coway hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mengumpul! You can do it!

      Padam
  5. Sedapnya.. Kalau versi airfryer nie lebih sihat kan sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sha. Kurang sikit guna minyak dalam penyediaan makanan.

      Padam
  6. aida pun byk guna air fryer.
    mudah. tunggu 'ting' ajer. dan x berminyak.
    spray skit skit ajer minyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah kan, Aida. Dah masuk airfryer tu, boleh buat kerja lain. Tak perlu jaga api kat dapur 😊

      Padam
  7. Nk buat xda kerajinan lagi.. Tempah ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,...nanti ada kerajinan atau nak makan banyak2, bolehlah buat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...