NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Sabtu, 7 Julai 2018

Kembali Sayang Blog

Assalamu'alaikum,

Rindu benar dekat blog saya ni. Rindu kawan-kawan dan adik-adik blogger juga. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun tower ini terabai, masih ada lagi yang sudi jengah dan singgah. Really appreciate setiap komen kalian. Insya-Allah, ada kesempatan saya akan balas dan blogwalking ke rumah kalian pula ye.

Alhamdulillah, cuti raya dah habis. Puas beraya dah pun! Dah mula sibuk dengan tuntutan kerja. Tetapi, syukurlah sekarang ini jadual saya semakin teratur. Jadi, bolehlah masukkan blogging dalam rutin harian balik. Kalau tak, tenggelam timbul je. So, sekarang pasang tekad nak kembali sayang blog. Biar rajin, biar lebih kerap tulis entri baru dan kongsi perkara-perkara yang bermanfaat. 😃


Penkek dan Puding Roti




Penkek dan puding roti ni sekadar gambar hiasan. Ini sarapan saya pagi raya kedua. Sebenarnya beberapa hari sebelum raya ada banyak rezeki makan juadah-juadah raya. Ada yang Cekengah beli, ada yang jiran beri. So, by petang hari raya pertama saya dah muak tengok ketupat, rendang, lemang dan kuah lode. Mujurlah kami bermalam di hotel. Beria-ia saya ajak Cekengah pergi makan cocktail (petang raya) dan turun breakfast keesokan harinya semata-mata nak makan 'makanan bukan raya'. Hahah over kan?!

By the way bagi yang terliur tengok penkek atau teringin nak makan puding roti, bolehlah cuba resepi-resepi mudah di bawah ini:

Lelaki Langit Bumi



Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. It is an ongoing project. Asalnya projek ini merupakan sebuah research. Dah alang-alang tu, kita transform jadi sebuah novel online. Bagi yang berminat baca novel, bolehlah baca Lelaki Langit Bumi di Portal Ilham. Ini bukan novel biasa. Apa yang menarik, kalian akan 'jumpa' blogger-blogger yang kalian kenal di dalam Lelaki Langit Bumi. Kiranya novel ini bukan 100% rekaan, ada insan-insan dari dunia nyata yang kita import masuk. 😉 Sudi-sudikanlah baca ye. Then, komen sikit kat situ (mana-mana bab yang kalian suka) kalian #teamdihaafina atau #teamariyyan. Insya-Allah, ada rezeki lebih, yang bertuah akan terima cenderahati istimewa dan kita import masuk Lelaki Langit Bumi juga.


OK, jumpa lagi nanti! Have a great day!

28 ulasan:

  1. makan lain dari menu raya kan.. best jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh sekarang dah hujung2 raya, akak rindu makanan raya balik 😊

      Padam
    2. Biasanya macam tu laa kak, time raya tak teringin sangat. Lepas raya, kuih pun dah tinggal debu baru laa rasa nak makan kan.. wawa lew teww.. hik2

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang sedap, Mrs Pip. Saya letak chocolate sauce lawan dengan whipped cream 😊

      Padam
  3. lama jugak aida tak jejak sini, farrah.
    rindu borak-borak.
    pe pun, moga jadual farrah kekal baik dan terkawal :)
    now aida cuti semester, tu yg aktif blogging.
    tiap hari tu ha ha ha ha...
    nanti sept naik final semester, baru lah jarang-jarang online...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah. Rindu kan,..Farrah pun dah lama tak intai2 Aida.
      Oh sekarang tengah cuti ye. Enjoy your semester break.
      Insya Allah nanti saya datang berkunjung ye.

      Padam
    2. sgt njoi farrah.
      releks memanjang ha ha ha ha...

      Padam
  4. Balasan
    1. Menginap di hotel, kita rayalah sekali kat hotel 🤗

      Padam
  5. belum sempat nk baca novel tu ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. No worries. Utamakan tugas2 mu dahulu ye 😘

      Padam
  6. Sedapnyaaa pancake kak Farrah :)

    BalasPadam
  7. mcm menarik novel tu...belum berkesempatan baca lg..

    sekrg rindu lak kt lemang & rendang, sib baik ada byk open-house..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hik hik hik selamat memenuhi undangan rumah terbuka, kak. Jangan lupa makan puas-puas food raya 😊

      Padam
  8. yeeayyy! selamat kembali Farrah

    BalasPadam
  9. Sedap pula nengok pancake tu.. Mengancam..

    BalasPadam
  10. welcome baaaaack.. smoga ada secebis kasih sayang dapat dicurahkan kat blog CT hahaha gurau ja. kite tawuuu Kak Farrah sebok so okay je =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh! Ayat dah macam ayat novel! Hikhik insya Allah,...Siti antara senarai utama yang nak diterjah. Bagi akak panas enjin dulu 😊

      Padam
  11. Sama la lepas raya nak makan biasa n simple jer.. Kembali rutin harian berdiet

    BalasPadam
  12. selamat hari raya.. Sedap nampak pancake tu.. Terima kasih terjah saya :)

    BalasPadam
  13. masuk bulan 7 ni mood nk taip tu malas. hurm story byk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...