Rabu, Julai 11, 2018

Roti Telur Dadar

Siapa sini suka makan roti telur? Saya memang sangat gemar roti telur. Tak kisahlah untuk sarapan atau minum petang. Dapat guna roti lama dalam peti sejuk. Lagipun, kita boleh pelbagaikan hidangan roti telur ikut cita rasa. Nak lemak berkrim,..nak wangi beraroma, nak pedas, nak manis,..terpulang pada kita.


Intai resepi berasaskan roti dan telur di sini:


Kali ini saya ingin kongsi mengenai roti telur dadar. Basically, kita buat telur dadar dan letak roti di atasnya. Di bawah ni rupa kejadian roti telur dadar semasa sedang dimasak. Gambar sesudah siap dimasak lupa pula nak ambil. 




Apa yang diperlukan? Jom tengok resepinya.


Resepi Roti Telur Dadar ini untuk portion satu orang makan ye.

  • 2 keping roti - saya belah kepada dua bahagian. Frying pan saya kecil, jadi apabila roti dipotong, senang sedikit nak adjust atas pan.
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • Sedikit hirisan lada benggala hijau
  • Sedikit hirisan cili api
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit marjerin/minyak masak

Cara-cara Penyediaan:
  1. Pecahkan telur. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam. Bagi yang prefer lada putih, boleh guna lada putih.
  2. Panaskan kuali leper. Ratakan sedikit marjerin/minyak masak pada permukaan kuali.
  3. Masukkan telur dan dadarkan. Sementara telur masih cair dan belum masak, tekapkan kedua-dua belah roti dan terus susun di atas telur. Tujuannya supaya tidaklah satu bahagian sahaja yang ada salutan telur. 
  4. Taburkan bawang, lada benggala, cili api dan serbuk lada hitam. Rasa-rasa telur dah masak, terbalikkan. Biar seketika hingga bahagian yang satu lagi masak juga. Saya suka biarkan lama sedikit supaya tekstur rotinya rangup sedikit,...hangit-hangit sedikit.
  5. Angkat dan hidangkan. 

Nak lagi sedap, hidangkan dengan sos cili atau sos keju. Bahan-bahan untuk ditabur pada roti pun boleh divariasikan. Guna keju, daun bawang, hirisan cili merah, hirisan sosej atau cendawan, ikutlah. Lagi banyak bahan lagi meriah. Confirm dap dap dap!

Selamat Mencuba!

12 ulasan:

  1. Petang-petang nie tengok entry makanan, terus rasa lapar.. kikiki..
    Satu kelainan dalam membuat roti telur.. tq for share kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem, Sha. Bolehlah divariasikan hidangan roti telur untuk puteri berdua tu :)

      Padam
  2. sedapkan akak cuma nina tak pernah letak cili benggala.. boleh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak letak cili benggala, cuba yang warna merah atau kuning dulu

      Padam
  3. ni bleh buat mknn akhir bln sblm dpt gaji hahahaah (sy la tu)

    BalasPadam
  4. roti telur dadar. nice nama nyer, farrah.
    aida kalu buat roti telur utk anak-anak, kalau ada saki baki telur, tak dpt nak salut roti, aida buat gini.
    tak bazir walaupun setitik telur ha ha ha ha...

    BalasPadam
  5. Kita selalu makan roti telur je. Tak pernah cuba roti telur dadar.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.