Selasa, 11 September 2018

Tips Dapur - Cara Simpan Kelapa Parut

Sebelum ini saya pernah tulis entri mengenai cara menyimpan halia supaya tahan lebih lama dan tidak kecut/rosak. Kali ini, tips dapur yang ingin saya kongsi ialah cara saya simpan kelapa parut untuk masakan.

Kebiasaannya, sebelum ini saya guna santan kotak yang telah ditrim lemaknya. Tetapi, sekarang ini saya cuba kurangkan penggunaan produk yang diproses dalam diet harian. Tidaklah secara total. Apa yang termampu. Bila terdesak dan tak sempat, guna santan kotak juga.

Berbanding santan yang telah diperah, saya lebih suka beli kelapa parut. Seronok sekali sekala perah santan masa nak masak. Satu bentuk terapi gitu! Jadi, apa yang akan saya lakukan, setiap kali ke kedai runcit, saya akan beli dalam 2 ke 3 biji kelapa, siap diparut.

Jika ada dalam perancangan nak buat kuih seperti onde-onde atau kaswi, saya akan minta pekedai tu asing siap-siap kelapa parut yang putih. Jika tidak, campur je sekali dengan kelapa parut yang ada cebisan-cebisan kecil tempurung.

Balik rumah, asingkan kepada beberapa bahagian. Saya buat dua portion berbeza. Yang besar untuk hidangan memerlukan banyak santan seperti nasi lemak, gulai dan kari. Manakala yang kecil untuk dibuat lempeng atau cucur. Masukkan ke dalam plastik. Leperkan kandungannya supaya lebih mudah disusun dalam peti dingin beku.




Apabila nak guna, keluarkan dan biar pada suhu bilik. Kemudian, perah santan seperti biasa. Saya pernah baca satu tips untuk perah santan dengan mudah. Rasanya applicable dan praktikal untuk kelapa parut yang didinginbekukan. Mula-mula, tuang air panas pada kelapa parut yang hendak digunakan. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar selama beberapa minit. Setelah itu, tapis untuk asingkan sisa atau serdak kelapa. Sedia untuk digunakan. Mudah kan? Tetapi, saya belum pernah cuba lagi.

OK, harap tips ini dapat membantu. Apabila memasak menggunakan santan, apa pilihan kalian? Santan diproses, santan kotak/serbuk atau santan yang diperah sendiri? 

9 ulasan:

  1. sy selalu blend kelapa sbb nk dpt kn santan pekat

    BalasPadam
  2. jarang masak kalau gunakan santan atau kelapa nie..tapi memerlukan memang buat macam nie..sebab kalau beli bukan terus buat..

    BalasPadam
  3. Ohh senang aje nak simpan macam ni. Nani sokmo kalau nak guna baru lah sibuk nak pergi beli sebab takut tak tahan lama. Next time boleh guna tips ni lah.

    BalasPadam
  4. skrang ni.. mak pengguna tegar santan Kara haha dia malas nak perah2 katanya.

    BalasPadam
  5. sygku farrah. tq for this lah dik.
    akaq ko ni tegar santan kotak.
    but, after reading this very the simple way, memang nak buat jugak lah.
    better kan. sihat. natural.

    BalasPadam
  6. Sha selalu beli pati santan dan asingkan dalam bekas kecik2 untuk memufahkan penggunaan.. MIL Sha selalu bubuh kelapa parut dalam blander dan perah tapis guna kain..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...