NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 29 Oktober 2018

Penangan Zamani

Ada siapa-siapa yang follow Gegar Vaganza 5? Secara peribadi saya tak ikut sangat program ini sekarang. Cuma sesekali jika layan Youtube, tengok jugalah klip-klip yang ada. Lagipun, musim ini tak banyak artis yang saya minat. Ada Zamani seorang je.

Sebut tentang Zamani, apabila dapat tahu yang lagu tugasannya untuk minggu ke-5 ialah lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta', saya jadi excited. Lagu nyanyian kumpulan Flybaits yang pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Spring ini memang antara lagu kegemaran saya. Dahulu, masa mula-mula belajar main gitar, bukan main ambitious lagi nak belajar main lagu ni, selain lagu 'Saat Terakhir', ST12.

So, malam tadi sambil menyudahkan tempahan kad, kejap-kejap intai Gegar Vaganza Live. Malangnya, apabila giliran Zamani tiba, dia tak boleh perform. Hilang suara. Seawal baris pertama dah kecundang. Kuciwa! Kuciwa! Tetapi, apa yang menarik, peminat-peminat Zamani, seluruh isi dewan, hos dan juga juri sama-sama bantu Zamani menyanyi lagu tu sampai habis. Sweet and touching jugaklah.

Penangan Zamani dan Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta

Sebenarnya, dah beberapa hari saya tak masuk blog dan dah lama tak check statistics. Pagi tadi sajalah tengok statistik blog hidup segan mati pun segan saya ni. 😉

Tertunggak - Terima Kasih, Siqah

Assalamu'alaikum.
Apa khabar semua?
Selamat memulakan minggu baru.

Hari ini, satu lagi entri penghargaan yang tertunggak. Kali ini khusus untuk Siqah. Kenal kan? Jika belum kenal, silalah terjah segera ye. You won't regret. Personally, jika teringat Siqah, automatik saya akan terfikirkan 3 perkara:
 i. A booklover 
ii. Peminat tegar Duck Scarves 
iii. Great and stunning flat lays. 

Kunjungi blog Siqah dan kalian akan tahu apa yang saya maksudkan.

Siqah juga rajin anjurkan giveaway. Alhamdulillah, saya terpilih untuk jadi salah seorang pemenang GA yang dianjurkan oleh Siqah sekitar Julai yang lalu - Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa. Dah lama kan?

Seperti biasa, apabila saya nyatakan entri penghargaan tertunggak, maknanya hadiah dah lama sampai,..tetapi saya yang tak pandai curi masa untuk terbitkan entri terima kasih. Benda dah basi baru nak kongsi. Tak mengapalah. The thought that counts, right? Sekarang ni makin lama masa untuk berbloging makin terhad.

OK, ini yang saya terima daripada Siqah.


Jumaat, 26 Oktober 2018

Kentang Bakar - Sedap Mudah Mengenyangkan

Saya selalu pastikan ubi kentang sentiasa ada dalam stok barang dapur. Sekurang-kurangnya apabila saya hendak sediakan sesuatu yang mudah dan sedap, my favourite pick is baked potatoes. Tidak kisahlah sebagai side dish, something to eat during brunch or just a simple treat for one, kentang bakar akan jadi sesuatu yang lazat untuk dinikmati.

Resepi kentang bakar sangat mudah. Disediakan dengan menggunakan ramuan minima yang boleh didapati di dapur. Secara dasarnya, kita hanya perlukan:
  • Kentang
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak

Kita juga boleh enhance keenakan rasa kentang bakar dengan pelbagai bahan lain (mengikut cita rasa). Kentang bakar kegemaran saya basically guna bahan-bahan di atas. Cuma apabila ingin dimanja-manja dengan rasa lemak keju, saya akan tambah keju dan gandingkan dengan herba yang sesuai seperti parsley, oregano atau thyme. Guna rosemary pun sedap! Jika tidak, guna empat bahan di atas sudah cukup buat saya.

Rabu, 17 Oktober 2018

Kad Ucapan Tema Belon Panas | Hot Air Balloon

Dalam seni kraf kertas, jika nak hasilkan handmade cards, gift tags atau nak hias scrapbook, antara tema menarik yang boleh dipilih ialah Hot Air BalloonTema belon panas ni turut sesuai diangkat sebagai tema keraian istimewa. Misalnya,  birthday party, anniversary atau farewell.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa projek kraf kertas saya bertemakan hot air balloon


Hot Air Balloon Cards


Kad di bawah ini dipanggil explosion box. Kad ini berbentuk kotak yang ada beberapa layer dengan pelbagai hiasan dan features menarik. Insya-Allah, apabila ada masa saya akan buat satu entri khas mengenai explosion box.

Ini bahagian atas (hiasan pada cover kotak). A Good Luck Card. Belum siap sepenuhnya. Bahagian bawah sebelah kanan yang kosong akan diletakkan ucapan 'Good Luck' dan nama si penerima. Barulah ada sentuhan istimewa.

Sabtu, 13 Oktober 2018

GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

2018 dah sampai ke suku tahun terakhir. Sedar tak sedar, 2019 dah mula mengintai. Haaa,...jom masuk Giveaway Planner 2019 by SHFYQHAZHR.COM. Klik banner untuk butiran lanjut ye.


Komen mengenai blog:
Secara peribadi, akak paling suka dengan your header. Comel-comel sweet gitu! Layout putih buat blog nampak lebih  lapang, kemas dan tak serabut. Entri-entri lama pun senang akses. Rasanya dah cukup OK dah!


Giveaway ini akan berlangsung sehingga hujung bulan ini, 31 Oktober 2018.


Khamis, 11 Oktober 2018

Resepi Gaji-Namul

Bagi peminat masakan Korea dan penggemar terung, hari ini saya ingin kongsi cara penyediaan Gaji-Namul. Gaji-Namul ni sebenarnya terung kukus yang diperasakan dengan kicap dan beberapa bahan beraroma lain. Mudah sahaja nak menyediakannya. Jom tengok resepi!


Jumaat, 5 Oktober 2018

Rumit Tetapi Terapeutik

Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan. 

Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.

Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.

OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.


Khamis, 4 Oktober 2018

Tertunggak - Terima Kasih, Anies!

Entri ini entri penghargaan tertunggak khusus buat Anies. Saya, tangguh dan tunda memang macam dah sinonim dah sekarang ini. Heheheh ini baru semak balik entri-entri yang terperam dalam draf. Mula nak terbitkan satu demi satu.

OK, nak cerita tentang hadiah yang saya terima daripada Anies. Sehelai tudung Aidijuma Gold Label ini merupakan hadiah kemenangan saya menyertai giveaway anjuran Anies pada awal tahun lalu. Entri GA di sini. Hadiah ini dah lama saya dapat, dah pakai banyak kali dah tetapi seperti yang saya jelaskan tadi, entri terima kasihnya yang tertunda. Huhuhu nampak tak berapa lama entri ini terperam?! Nasib baik sempat publish sebelum 2019! 😄

Aidijuma Gold Label
Cantik kan? I like it very very much!  Personally, saya memang suka pakai tudung berwarna gelap terutamanya hitam. Tudung cerah atau pastel tak sesuai dengan saya. So, bertambahlah koleksi tudung saya! Alhamdulillah. Tudung ni jadi salah satu persalinan semasa Syawal. Kena dengan tema baju raya  pulak tu. Tetapi, gambar menggayakan tudung ni tak dan ambil.

Chords Sejarah Hidup - Rama Eru (Kunci Gitar Mudah)

Menunaikan permintaan. Request melalui e-mail. Tidak silap saya, lagu ini tidak dipromosikan di negara kita. Jika ingin dengar lagu ini, boleh layari Youtube. Bagi yang belum mengenali Rama Eru, Rama merupakan vokalis kumpulan Phoema yang suatu masa dahulu popular dengan lagu 'Cinta Butakanku' dan 'Wanita Terindah' (pernah jadi OST Drama Hati Perempuan).

Chords 'Sejarah Hidup' telah saya transposed ke C. Tetapi, kena guna capo - 7th fret. Selamat berdendang!


Kunci Gitar dan Lirik Lagu Sejarah Hidup - Rama Eru (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.



(Intro)
C G Am F G

C Em
Kau kenangan terindah
E Am
Yang terus tanpa terhenti cintai aku
F G
Dan kau kini telah terpisah
E
Mana mungkin lagi

waktu terulang kembali
Dm
Yang ku kenang
 G
Getarannya saja


(Chorus)
C G
Seandainya kau kini
Am C
Masih hidup denganku
F
Kan ku kenang
G C
kau menjadi sejarah hidup
F G
Dan kini kau berlalu
C Am
pergi dan tak kan kembali
F G C
Membuat aku tlah sendirian


F G E Am

Dm
Yang ku kenang
 G
getarannya saja


Ulang (Chorus)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Rabu, 3 Oktober 2018

Kord Gitar Ragaman - Faizal Tahir (Easy Chords)

Peminat-peminat Faizal Tahir dah dengar Ragaman? Atau dah masuk playlist? Dah jadi lagu wajib dengar berulang kali 😉

Ragaman menampilkan sesuatu yang lebih segar dengan suntikan elemen raggae dan pop yeh yeh. Catchy. Senang diterima telinga. Penggunaan bahasa pasar yang lebih santai dalam lirik membuatkan lagu ni lebih dekat dengan pendengar. Ragaman berkisar tentang omelan seorang suami melayan kerenah-kerenah si isteri. Funny, sweet and I guess relatable to most of us.

Video Muzik Ragaman dah terima lebih daripada 1 juta tontonan di Youtube. FT berganding dengan Nabila Huda. Best ke tidak, itu kalian kena tonton sendiri Video Muzik Ragaman di Youtube.

Tentang chords Ragaman pula, pada dasarnya bolehlah dianggap sebagai easy chords. Tetapi, ada Fm. Jangan bimbang. Jika jari tergeliat nak main chord Fm yang asal, boleh cuba main Fm simplified version seperti di bawah.


Fm di atas ini yang paling mudah. Tentunya bunyi tidak akan sesempurna chord Fm yang penuh. Tetapi, OKlah untuk kalian yang baru-baru nak belajar. Kalau nak belajar lebih lanjut chord Fm ni boleh rujuk di sini ye.


Isnin, 1 Oktober 2018

Giveaway Berkongsi Rezeki Sha Mohamed

Assalamu'alaikum, semua.
Sebenarnya dari awal lagi nak sertai GA anjuran Sha ini. Tetapi dek kerana kekangan masa, asyiklah bertangguh. Mujur sempat lagi.

Sumber Imej - Blog Kasihku Amani
Syarat penyertaan GA Berkongsi Rezeki ini sangatlah mudah! Hanya perlu follow blog dan media sosial Sha (Facebook dan Instagram). Kemudian, tinggalkan email dan butiran media sosial kita. Tak payah buat entri berkenaan GA pun. Tetapi, saya buat juga entri ini sebab nak ajak kalian yang masih belum join, untuk turut serta meriahkan GA Sha. Hadiahnya novel Scarlett karya nukilan Sha Hanim Ramli. Boleh buat tambah koleksi buku.

Tunggu apa lagi, jomlah. GA ini bakal tamat pada 5 Oktober dan pemenang bertuah akan diumumkan pada keesokan harinya.


Hari Ini Hari Kopi

Assalamu'alaikum.
Salam 1 Oktober. Bulan ke - 10 untuk 2018.
Bab ke - 10 untuk 'novel' 12 bab kita. 3 bulan terakhir yang sebolehnya ingin saya manfaatkan sebaik mungkin. Moga Oktober baik-baik sahaja.

Oh, hari ini 1 Oktober merupakan Hari Kopi Sedunia. Untuk coffee lover (and coffee addict) seperti saya, this is something that I look for every year. Masa inilah berpeluang nak rebut tawaran-tawaran menarik berkaitan kopi. Tahun lepas, saya  manjakan diri (more to spoiled kan diri sebenarnya sebab lebih kafein, jantung berdegup lebih laju huhuhu) dengan minum empat jenis kopi pada tarikh ini. Kemudian, dapat pula Nescafe Gold Barista as an early birthday present from Cekengah.


Mr. Barista saya 😀
Nescafe Gold Barista

Disebabkan hari ini hari bekerja, saya dan Bott je yang cuti, maka misi Hari Kopi hanya melibatkan kami berdua. Started my day with a strong Davidoff coffee yang dibancuh oleh Bott. Then, kami keluar untuk buat urusan di luar. Masa buat urusan di luar nilah, macam-macam kopi yang menyelit antara urusan kami. Hehehe, di Sungai Buloh, saya sempat makan donut kopi dan kismis + sepotong kek tiramisu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...