Isnin, 1 Oktober 2018

Hari Ini Hari Kopi

Assalamu'alaikum.
Salam 1 Oktober. Bulan ke - 10 untuk 2018.
Bab ke - 10 untuk 'novel' 12 bab kita. 3 bulan terakhir yang sebolehnya ingin saya manfaatkan sebaik mungkin. Moga Oktober baik-baik sahaja.

Oh, hari ini 1 Oktober merupakan Hari Kopi Sedunia. Untuk coffee lover (and coffee addict) seperti saya, this is something that I look for every year. Masa inilah berpeluang nak rebut tawaran-tawaran menarik berkaitan kopi. Tahun lepas, saya  manjakan diri (more to spoiled kan diri sebenarnya sebab lebih kafein, jantung berdegup lebih laju huhuhu) dengan minum empat jenis kopi pada tarikh ini. Kemudian, dapat pula Nescafe Gold Barista as an early birthday present from Cekengah.


Mr. Barista saya 😀
Nescafe Gold Barista

Disebabkan hari ini hari bekerja, saya dan Bott je yang cuti, maka misi Hari Kopi hanya melibatkan kami berdua. Started my day with a strong Davidoff coffee yang dibancuh oleh Bott. Then, kami keluar untuk buat urusan di luar. Masa buat urusan di luar nilah, macam-macam kopi yang menyelit antara urusan kami. Hehehe, di Sungai Buloh, saya sempat makan donut kopi dan kismis + sepotong kek tiramisu.

Sampai di Tesco Kepong, tiba-tiba Bott teringin nak makan mud muffin Starbucks. Takkan tak lawan dengan kopi kan? Hence, another dose of coffee. Tak lupa beli coffee beans kegemaran saya dan juga refills untuk Mr. Barista saya. Bila urusaelesai, si Bott  gatal tangan pula buka aplikasi McDonald's. Nak tahu apa yang menarik?


Iced Latte McCafe hanya RM1.95 sahaja! Tawaran ini hanya sah untuk 1 Oktober 2018, dari 8 pagi hingga 10 malam dan terhad kepada 150 redemption sahaja bagi setiap outlet. Ini saiz medium ye. Harga biasanya RM6.20 jika tidak silap. Apa lagi,...ber-iced latte lah kami berdua petang tadi. Si Bott memang suka latte. Lebih susu kan,..Saya pula asalkan kopi saya tidak terlalu manis, bagilah apapun. I will treasure. Alhamdulillah, hari ni kenyang kopi. Balik rumah dengan senyuman lebar.

Siapa penggemar kopi di sini? What's your preference? Jangan lupa kongsi di ruangan komen ye.

Psstt!! Nak cuba buat kopi alpukat? Ini antara kegemaran saya. Lihat resepinya di sini.


10 ulasan:

  1. Wowww,kalau kena pada masanya.. Ekin pun suka minum kopi ni. .Tapi yang bestnya,, barista nescafe tu.. Rasa macam nak beli untuk diri sendiri pulak.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kalau hantu kopi,...barista ni memang kena hadiahkan utk diri sendiri 😁

      Padam
  2. Ada juga ya Hari Kopi. Pernah baca pernah diberitakan..suka juga minum kopi

    BalasPadam
  3. Ala.. semalam sibuk ngn pertandingan.. tak perasan hari kopi.. Semalam pun tak minum kopi satu hari.. wargh.. kopi itu kesukaan.. Sha pun suka semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak mengapa, Sha. Berbaloi apa semalam menang Anugerah Emas. By the way, tahniah! Nanti kita leh mengopi sama-sama 😊

      Padam
  4. mcCafe. hazelnut.
    yg lain aida kurang...
    pastu kopi o 434.
    then kopi o kedai cina kat jln hg jebat, melaka.
    kedai cina, baba nyonya. otai.
    bakar roti guna arang lagi, farrah...

    BalasPadam
  5. sedapnya kopi. selalu suka ambik kopi untuk segarkan mata.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...