NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Khamis, 11 Oktober 2018

Resepi Gaji-Namul

Bagi peminat masakan Korea dan penggemar terung, hari ini saya ingin kongsi cara penyediaan Gaji-Namul. Gaji-Namul ni sebenarnya terung kukus yang diperasakan dengan kicap dan beberapa bahan beraroma lain. Mudah sahaja nak menyediakannya. Jom tengok resepi!



Resepi Gaji-Namul (Terung Kukus Berkicap)


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa biji terung. Hendak guna terung panjang atau terung bulat terpulang.
  • 3 ulas bawang putih
  • Beberapa tangkai daun bawang
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu teh sos ikan (Jika tiada pun tidak mengapa.)
  • 1 sudu teh cili flakes
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh bijan yang telah disangai


Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Potong terung kepada beberapa bahagian. Basuh dan bersihkan. Setelah itu, kukus terung sehingga lembut. Tetapi, jangan sampai terlalu mushy. Nanti tak sedap pula. Biarkan seketika terung yang telah dikukus supaya sejuk.
  2. Hiris halus bawang putih dan daun bawang. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  3. Kemudian, masukkan kicap, sos ikan, cili flakes dan minyak bijan. 
  4. Siat-siat atau hiris terung kukus dan masukkan ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.
  5. Gaul sekata semua bahan. Akhir sekali tabur bijan sangai sebelum juadah dihidangkan.

Jika tiada sos ikan atau tidak mahu guna sos ikan, guna kicap sepenuhnya pun boleh. Pandai-pandailah seimbangkan rasa.

Ingin cuba hidangan berasaskan terung yang lain? Intai resepi di bawah ini.


Selamat Mencuba!

14 ulasan:

  1. kalau sy mkn, lps tu bleh kecek kora x? haahhaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Efek terhadap individu berbeza-beza. Ada yang boleh cakap Korea, ada yang tukar warna rambut hahahah

      Padam
  2. mudah sangat resepinya boleh buat nie nanti , bahan pun memang dah ada tu kat rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudahkan,..bahan-bahan senang cari. Selamat mencuba, Miss Nelly.

      Padam
  3. Juadah baru yang etuza pertama kali nampak..memang suka makan sayur terung jg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bolehlah cikgu minta orang rumah sediakan hidangan ini.

      Padam
  4. menarik, farrah :)
    akak ni, buat sambal ajer terung ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal terung pun syiokkkkk! Favourite saya tu!

      Padam
  5. Sedap eh kak?.. Kalau Sha, suka lagi buat sambal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah kalau nak buat tukar-tukar selera, Sha. Hidangan ni wangi dan pedas-pedas manja je. Memang tak boleh lawan sambal lah😊

      Padam
  6. Fuhh nampak sedap ni. Nani selalu bakar aje, next time boleh buat macam ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Nani. Mana tahu kena dengan selera Nani pula.

      Padam
  7. first time tengok makanan ni. tq farrah sebab share

    BalasPadam
  8. wah, ada kelainan dalam menu Farrah. apapun suka terung bakar atau sambal lagi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...