Isnin, 29 Oktober 2018

Tertunggak - Terima Kasih, Siqah

Assalamu'alaikum.
Apa khabar semua?
Selamat memulakan minggu baru.

Hari ini, satu lagi entri penghargaan yang tertunggak. Kali ini khusus untuk Siqah. Kenal kan? Jika belum kenal, silalah terjah segera ye. You won't regret. Personally, jika teringat Siqah, automatik saya akan terfikirkan 3 perkara:
 i. A booklover 
ii. Peminat tegar Duck Scarves 
iii. Great and stunning flat lays. 

Kunjungi blog Siqah dan kalian akan tahu apa yang saya maksudkan.

Siqah juga rajin anjurkan giveaway. Alhamdulillah, saya terpilih untuk jadi salah seorang pemenang GA yang dianjurkan oleh Siqah sekitar Julai yang lalu - Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa. Dah lama kan?

Seperti biasa, apabila saya nyatakan entri penghargaan tertunggak, maknanya hadiah dah lama sampai,..tetapi saya yang tak pandai curi masa untuk terbitkan entri terima kasih. Benda dah basi baru nak kongsi. Tak mengapalah. The thought that counts, right? Sekarang ni makin lama masa untuk berbloging makin terhad.

OK, ini yang saya terima daripada Siqah.



Selain daripada Sampul Raya (hadiah yang dijanjikan), Siqah bermurah hati menghadiahi saya sebuah novel preloved. Gembiranya saya apabila melihat naskhah Eat Pray Love ini. Sebenarnya saya pernah miliki novel ini. Tetapi disebabkan kecuaian saya, novel ini hilang. Saya memang pasang niat akan beli novel ni semula kalau jumpa sebab nak simpan sebagai koleksi. Tahu-tahu, hajat tercapai! Hebatkan aturan Tuhan?


Terima kasih banyak-banyak, Siqah! Akak amat-amat hargainya. Akak doakan segala yang terbaik untuk Siqah baik dari segi rezeki, kesihatan, kelapangan masa dan kebahagiaan berpanjangan. 


Happy Belated Birthday, dear!

Semalam sempat intai IG kawan-kawan termasuk adinda yang seorang ini. Baru dapat tahu tentang her birthday. 




Happy Belated Birthday, Siqah. May all the stars keep shining on you.
Semoga setiap impian Siqah bakal tercapai bila tiba masa dan ketika. 



Psstt! Tengah sibuk dengan Projek Lelaki Langit Bumi. Belum ada bab baharu di Portal Ilham (Saya ada masalah untuk log masuk ke Portal Iham), sekarang jenuh dengan the 'social experiment and research part'. Siapa yang suka baca novel bolehlah singgah. Tinggalkan komen membina buat kami dan mana tahu anda terpilih untuk terima sesuatu daripada team Lelaki Langit Bumi


5 ulasan:

  1. Wah seronoknya, kak Farrah. Dapat novel on top of hadiah yang dijanjikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki. Memang seronok sangat! 😊

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki tu. Allah dah atur dengan baik, dah beri novel yang Farrah idamkan melalui Siqah..

    BalasPadam
  3. tahniah! dah khatam ke buku tu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...