Khamis, November 01, 2018

Sate Berkuah Keju Satay Hut Tanjung Karang

Sate berkuah keju? Ya, kalian tak salah baca. Memang berkuah keju. Menarik kan? Ini antara pilihan hebat yang kalian dapat nikmati jika berkunjung ke Satay Hut, Tanjung Karang. Sebenarnya, saya tidak pernah pergi makan di kedai itu sendiri. Jauh. Saya pula bukan jenis yang suka jalan jauh merata semata-mata untuk cari makan. Lainlah kalau dah lalu kat kawasan tu. Tetapi, alhamdulillah.  Meskipun tidak sampai ke sana, saya sudah berpeluang merasa keenakan sate Satay Hut ini beberapa kali kerana Cekengah rajin pergi dengan kawan-kawan office.


Sate di Satay Hut memang sedap dan kena dengan selera saya. Perapannya berasa sampai ke isi daging. Cukup rasa. Tak bland. Kuah kacangnya pekat. Kalau rasa bosan makan sate saiz biasa (bagi saya portion secucuk agak besar juga, tak keding. Lihat gambar di atas.), kalian boleh order sate bersaiz jumbo. Memang jumbo dan besar sate-satenya! Yang ini saya tak pernah cuba. Tengok gambar sahaja. 

Kunjungan terakhir Cekengah dan rakan-rakan, Cekengah tapau sate untuk saya seperti biasa. Kali ini ada kuah keju pula. Of course chicken and cheese is a good combination. Tetapi, tak terlintas langsung yang sate sesuai dimakan bersama kuah keju. Ya Allah, sedappppppppppnya! Kuah keju yang wangi beraroma, pekat, berlemak dan rasa rempah-rempah sikit sebab ada daun kari memang terbaik! Gabungan sate dan kuah keju ibarat pesta dalam mulut. Lupa pada keenakan kuah kacang. Jatuh cinta pada kuah keju.

Saya memang suka makan sate. Ini antara sate yang saya enjoy makan. Tersandar kekenyangan lepas tu. Bagi yang nak cuba dan tinggal dekat dengan Kuala Selangor atau Tanjung Karang, bolehlah pergi nikmati sate ni. Jika jauh, tak perlu sedih-sedih. Beli sate kegemaran kalian dan cubalah buat kuah keju sendiri. Yummy yummmm! Mungkin lepas ni ada yang berinovasi buat kuah salted egg pula kan?

Siapa suka makan sate angkat tangan? Sate kesukaan kalian? Di mana selalu pilih untuk makan sate?


4 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.