Isnin, 20 Mei 2019

KOPI Siri Original Tonton

Kena beritahu awal-awal. KOPI (Siri Original Tonton) ini ditayangkan tahun lepas lagi. Cuma saya yang baru tengok tahun ini.

Alkisahnya, ketika itu saya di luar. Ada urusan. Jadi sambil menunggu Bott, saya masuklah aplikasi Tonton. Tengok-tengok cerita apa yang best. Came across 'KOPI'. 'KOPI' ni merupakan antara Siri Original Tonton. Diadaptasi daripada antalogi cerpen Fixi (yang juga bertajuk KOPI). Faham-faham sajalah, saya kalau bab-bab kopi ni, terus macam ada siren ultraman menyala-nyala. Terus jadi intrigued.

Setiap cerita pendek sahaja durasinya. Satu cerita tu biasanya ada dua bahagian. Setiap bahagian pula dalam 10 - 15 minit. Bagi yang renyah tengok cerita bersiri panjang-panjang, bolehlah layan episod-episod 'KOPI'. (Kredit gambar: Facebook Tonton)


Inilah buku antologi cerpen 'KOPI'.

Sabtu, 4 Mei 2019

Ramadan 1440 - Tadabbur dan Jurnal Al-Quran

Seperti tahun-tahun lepas, saya akan cuba masukkan aktiviti tadabbur dalam rutin Ramadan saya. Tidak dapat banyak, sedikit jadilah. Tahun ini, saya cadang nak luangkan masa lebih untuk sesi tadabbur dan tambah satu lagi aktiviti buat jurnal Al-Quran berdasarkan ayat-ayat yang saya pelajari.

Saya dapat idea ini melalui Sister Ameenah yang aktif berkongsi mengenai Quran journaling. Menarik kan? Insha-Allah, untuk Ramadan kali ini, saya akan bertadabbur guna ayat-ayat saranannya. Perkongsian ini diambil dari entri Sister Ameenah sekitar Ramadan tahun lepas. Harap sama-sama boleh kita manfaatkan.

Thanks so much, Sister Ameenah. May Allah reward you handsomely for your kindness and sharing.

Gift Ideas - Memo Board Frames

Assalamu'alaikum,

Hari ini saya nak kongsi gift ideas menggunakan bingkai gambar. Bingkai gambar sebegini, yang ada banyak bingkai yang dicantum sekali, boleh didapati di Ikea dan Mr. DIY. Harga agak berpatutan bergantung kepada jenis dan design. Tidak silap saya, Bott beli bingkai ini bawah RM30.00 di Ikea.



Buat apa dengan bingkai gambar ini? OK, bingkai gambar di atas sebenarnya bukan saya yang buat. Ini hasil kerja tangan Bott. Bersungguh-sungguh dia menyelongkar barang-barang saya dalam bilik kraf untuk siapkan benda ni. Dia nak hadiahkan kepada seseorang sebagai hadiah hari lahir. Jadi, dia beli bingkai, hias dengan Japanese theme untuk dijadikan sebagai memo board. Kiranya ini hadiah 2-in-1. Birthday card a.k.a birthday frame dan memo board sekali untuk tulis peringatan, to do list atau to buy list. Oh, jika nak tengok DIY Birthday Frame - Bingkai Hari Lahir, klik di sini.

Kord Gitar Sumpah - Naim Daniel (OST Pia)

Lama dah tak buat entri kord lagu. Bukan apa...memang tak ada masa nak pegang gitar, nak belek-belek chords. Sibuk sangat. Lagipun sekarang ni saya sibuk ulang-alik antara dua lokasi. Bila mood nak main gitar sampai, Si Kapok saya kat rumah lagi satu. Bila balik dah pegang Si Kapok, mata pula berat. Last last Si Kapok ke mana, saya pun ke mana.

Hari ini, nak kongsi guitar chords mudah lagu 'Sumpah' nyanyian Naim Daniel. Dahulu, saya suka juga dengar dia buat cover lagu-lagu artis lain di Instagram. Suara sedap. Ada gaya sendiri. Cuma dua singles Naim sebelum ini, tidak berapa kena dengan cita rasa saya. Tetapi kali ini, saya tertarik dengan 'Sumpah' sejak lagu ini diperkenalkan sebagai lagu yang jadi OST Pia a few months back. Masa tu, ala-ala teaser - bahagian korus sahaja. Bila dah dengar lagu penuh, memang jatuh kategori lagu cinta dengar pertamalah.

So, here's the chords. Sudah 'dimurnikan' hahaha dalam erti kata lain sudah dimudahkan. Tak ada sharp, tak ada chord yang susah-susah. Sesuai sangat untuk beginner. Selamat berdendang.


Kord Gitar Sumpah - Naim Daniel (OST Pia)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.
Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.


Am             F
Jika harus ku bersabar 
                C
dengan segala derita
          E
kuterima


Selasa, 30 April 2019

Ombre Ink Pads

Pernah nampak atau jumpa tak di mana-mana 'Ombre Ink Pads'? Apa itu 'Ombre Ink Pads? Macam dalam gambar di bawah ini. Dalam satu ink pad, ada beberapa jenis ink dari warna yang sama tetapi dengan tona yang berbeza. Cantik kan? 


Semasa mula terjebak dengan hobi buat kad, buat scrapbook ini, saya biasa terjumpa dengan ink pads sebegini. Ketika tu, baru belajar beli barang sedikit demi sedikit. Apa yang perlu je. Yelah, dahulu kebanyakan material dan peralatan kraf tidak mudah didapati seperti sekarang. Kalau nak cari kena pergi cari kedai khas yang menjual barang-barang untuk buat kraf atau kedai arts. Harga pun boleh tahan. Memang nampak duit kita ada sayap hehehe. Sekarang ni senang, ada Mr. DIY, ada Shopee dan Lazada.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Satu GA menarik anjuran Sha Mohamed bersempena Ramadhan & Syawal. Marilah kita sertai ramai-ramai.


Klik banner di atas untuk sertai GA ini.


Hadiah GA:
Buku Kumpulan Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa untuk 8 orang pemenang

Tempoh Giveaway 29.04.2019 hingga 10.05.2019
Pengumuman pemenang pada 10.05.2019



Jumaat, 26 April 2019

Berehat di Tengah Bukit Bintang

Sekarang ini, kita perlu bijak merangka dan menjaga ekonomi kita sendiri. Bukanlah untuk hidup mewah semata-mata, tetapi untuk tanggung segala komitmen yang kita ada. Sebolehnya, apa yang kita belanjakan itu biarlah berbaloi dengan nilai wang kita. Kebanyakan kita bekerja. Tidak kiralah di bandar atau di luar bandar, kadang-kadang kita kena pergi outstation (ditugaskan di luar kawasan). Bagi korang yang berasal dari luar Kuala Lumpur, kalau korang ada kerja atau tugasan yang perlu dilangsaikan di sekitar Bukit Bintang, di sini saya nak kongsikan 1 hotel yang boleh korang take into consideration just in case korang nak menginap dan bermalam  di Kuala Lumpur.


Hotel yang saya maksudkan ialah Metro Hotel Bukit Bintang, dan korang kalau nak book cheap Metro Hotel Bukit Bintang rooms, korang boleh try cari secara online so that korang boleh buat perbandingan harga dan dapat rate paling rendah. Barulah berbaloi!

Resepi Air Fryer - Cucur Roti Mudah

Assalamu'alaikum. Hai semua!
Lama betul tak bersiaran di tower ini. Mujurlah masih boleh nak log masuk.
OK, hari ini saya nak kongsi satu resepi air fryer. Kita buat cekodok roti guna air fryer, OK? Tidak goreng guna minyak. Easy-peasy. Apa bahan-bahan yang diperlukan? Check di bawah ye.


Cucur roti | Cekodok roti

Bahan-bahan:

  • Beberapa keping roti putih biasa/ roti fibre. Cucur roti dalam gambar di atas saya guna roti fibre. Jadi, warnanya lebih gelap berbanding jika guna roti putih. Selalunya di rumah ini, roti yang dah expired akan mendiami peti sejuk buat beberapa ketika. Agak-agak rajin tu datang, kita buatlah cucur roti atau puding roti untuk dimamam.
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 - 2 cili hijau dihiris halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa 

Sabtu, 9 Mac 2019

Thanks So Much, Sha Mohamed!

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.

OK. Ini merupakan entri penghargaan istimewa buat Sha Mohamed. Entri terima kasih tertunggak. Inilah masalahnya bila dah tak kerap berblogging. Kiriman selamat diterima dah berkurun lama, baru saya terhegeh-hegeh nak tulis entri. Tak apalah ye, Sha. Omputih kata, it's better late than never. Yang penting, the thought that counts.

Adinda yang seorang ini selalu buat kejutan hantar titipan gembira. Sebelum ini saya pernah terima sebuah zine seram daripada Sha. Boleh baca mengenainya di sini.

Pada awal Januari yang lalu, Sha hantar satu lagi 'bungkusan senyum'. Tidak silap saya, pemberian kali ini adalah disebabkan giliran saya terpilih untuk terima buku/hadiah. Sebelum ini Sha pernah adakan giveaway. Saya bukan antara pemenang yang bertuah. Tetapi, apa yang menarik, peserta-peserta giveaway tersebut akan berpeluang untuk turut terima hadiah daripada Sha. Antara cepat dengan lambat je. Pemurah adinda yang seorang ini. Moga Allah kurniakan dengan ganjaran rezeki yang berlipat ganda buat Sha sekeluarga.

OK. Di bawah ini kiriman daripada Sha.



Khamis, 7 Mac 2019

Photo Accordion Card

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣

Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card

Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.


Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀

Photo Accordian Card

Sabtu, 9 Februari 2019

9 Motivasi Supaya Konsisten Bersenam

Entri hari ini saya ingin promote artikel yang saya tulis untuk Thread by Zalora Malaysia pada Disember tahun lepas. Selalunya kita memang akan berdepan dengan pelbagai kekangan kalau masuk bab-bab bersenam ni. Tidak tahulah kalian bagaimana, tetapi di pihak saya memang liat sungguh! Masalahnya, dahlah berat nak bersenam, makan sesedap rasa pula tu. Bayangkanlah, rutin senaman saya hanya sekitar 30 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya, saya cuma kena pastikan saya log in steps around 10 - 12 ribu tapak setiap hari. Itupun bercinta nak capai target!

Apa nak buat? Bagaimana hendak pastikan kita dapat workout secara konsisten. Kalaupun tidak dapat lakukan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 - 4 kali seminggu.

Melalui artikel ini, saya kongsikan 9 cara untuk dapatkan motivasi agar kita konsisten bersenam. Ya, motivasi. Clearly, in my case, I need strong motivation to workout. Memang kena betul-betul paksa diri. Once dah mula workout, endorphins dah kicked in, dah OK dah. Nak mula tu yang jenuh!



Antara perkara yang boleh kita buat untuk dorong kita supaya bersenam ialah:

Khamis, 7 Februari 2019

Stainless Steel Straw

Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.



Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.

Rabu, 30 Januari 2019

Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Sebelum ini saya ada buat entri tentang sebahagian daripada kad yang saya hasilkan bertema Hot Air Balloon. Kali ini, saya nak tunjuk kad-kad dengan tema butterfly pula. Hiasan dan tema butterfly sesuai untuk buat kad hari lahir, kad good luck, kad terima kasih dan macam-macam lagi. Boleh buat kad untuk kanak-kanak (something playful and fun), boleh juga untuk orang dewasa tetapi rekaannya kena lebih sweet and elegant.


A 'Just Because' Card

Kad di bawah ini bukan final look. Gambar diambil ketika baru separa siap. This is a 'Just Because' card. Gabungan tiga warna; hitam, emas dan putih.


Tiga ekor butterfly tu die-cuts. Saya potong menggunakan die butterfly kegemaran saya yang dibeli melalui Lazada tahun lepas. Baca mengenainya di sini. Bahagian tengah bukaan kad pula (jalur hitam tempat saya tampal butterfly) dikemaskan dengan decorative border punch. Jika tiada border punch, boleh juga guna gunting kraf bercorak. Mana nak dapat? Mr. DIY, DAISO, POPULAR dan kedai alat tulis kebanyakannya ada. Cuma julat harga dan jenis gunting yang berbeza-beza. Kemasan akhir buat kad di atas, saya tampal dengan tulisan sentimen 'Just Because' berwarna emas di bahagian bawah kanan kad.

Rabu, 9 Januari 2019

Pineapple Cake - Lepas Rindu pada Tat Nanas

Siapa di sini penggemar tat nanas seperti saya? Saya ni memang suka tat nanas. Tidak kiralah yang tat bunga ke, tat gulung ke atau tat sekundang. Jenis bongkah ke, kiub ke, bentuk macam nanas, macam daun, macam labu, asalkan inti di dalamnya jem nanas, saya suka.

Secara peribadi, saya suka tat nanas yang berbentuk bunga. Style orang dulu-dulu buat yang jemnya digentel dan diletak di tengah-tengah. Suka nikmati rasa jam yang caramelized dan agak kering sebab dibakar lama dalam oven.

Bila dah besar dan tastebuds dah pandai memilih rasa, saya gemar cari tat nanas berkeju pula. Bayangkanlah apabila dimakan, bau tat yang beraroma keju, rasa lemak masin dan manis jam nanas bergabung,...memang lupa dunia kejap! Boleh intai Resepi Tat Nanas Cheddar di sini.

Lama dah tak makan tat nanas sebenarnya. Raya tahun lepas, saya dalam misi jaga berat badan.  Disebabkan dah terlajak makan bukan-bukan, bajet kalori untuk tat nanas terpaksa dikorbankan. Berjayalah saya halang diri dari menelan butir demi butir tat nanas. Lepas tu menyesal sebab selalu craving nak mamam tat!

Baru-baru ini, ada rezeki dapat Pineapple Cake, ole-ole dari Taiwan. Comel je packagingnya. Kek nanas berbentuk segi empat leper. 


Isnin, 7 Januari 2019

Imbas 2018 - 2018 Best Nine

Assalamu'alaikum. Hai semua!
7 Januari 2019. Dah seminggu kita berada dalam tahun 2019. How's your 2019 so far? OK? Tak berapa nak OK? Jangan risau, good things are on the way.

Ini entri pertama saya untuk 2019. Buat entri throwback - Instagram Best Nine. Orang sibuk buat, saya pun gatal tangan nak buat. Padahal, jika nak dikira, saya tidaklah aktif sangat berinstagram. Tetapi, sejak ada akaun instagram, rasanya 2018-lah tahun dikira paling banyak dan paling rajin pos gambar.



My 2018 Best Nine


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...