Isnin, Januari 07, 2019

Imbas 2018 - 2018 Best Nine

Assalamu'alaikum. Hai semua!
7 Januari 2019. Dah seminggu kita berada dalam tahun 2019. How's your 2019 so far? OK? Tak berapa nak OK? Jangan risau, good things are on the way.

Ini entri pertama saya untuk 2019. Buat entri throwback - Instagram Best Nine. Orang sibuk buat, saya pun gatal tangan nak buat. Padahal, jika nak dikira, saya tidaklah aktif sangat berinstagram. Tetapi, sejak ada akaun instagram, rasanya 2018-lah tahun dikira paling banyak dan paling rajin pos gambar.



My 2018 Best Nine


Penuh dengan gambar makanan je. Hanya satu gambar aktiviti dalam kelas dan satu je gambar yang berkaitan dengan kraf kertas atau cardmaking.

Atas dari kiri:
Kerepek bayam paprika - Sayur kegemaran saya ditukar menjadi kerepek untuk dikunyah-kunyah. Kali ini biar pedas dan berempah sedikit, saya letak serbuk paprika.

Doh roti canai - Percubaan pertama buat roti canai mudah tanpa perlu tebar.

Jalapeno Cheese Bagel - Bagel kesukaan saya dari The Coffee Bean & Tea Leaf.


Tengah dari kiri:
Maggi Kari Special - Maggi memanjakan anak tekak konon-kononnya.

Memang Ku Superhero! - Aktiviti dalam kelas tuisyen. Topik Adjectives & Superhero.

Z Fold Spinner Card - Percubaan pertama buat spinner card. Kad ini saya buat untuk Sha Mohamed.


Bawah dari kiri:
IndoMie Salted Egg Noodle - Bagi yang gemar salted egg mesti cuba rasa dan makan sekurang-kurangnya sekali.

Zinger Waffle Burger KFC - Rasa sekali dah tak nak lagi ;)

Sayur Campur Brussel Sprouts - Lauk tukar-tukar selera.


Bagaimana dengan Best Nine kalian? Banyak gambar apa? Buku yang dibaca, lokasi kembara atau gambar makanan juga?



19 ulasan:

  1. Rindu nak baca blog akak macam dulu, apapun moga dipermudahkan urusan akak.

    BalasPadam
  2. yana tak pun tak updload gambar sebab tak tahu nak up gambar apa tapi aktif je eh pelik pulak

    BalasPadam
  3. Ini menunjukkan orang malaysia suka gambar makanan hahahha

    BalasPadam
  4. Gambar yang baik2 ..me3narik juga Best of nine ni

    BalasPadam
  5. ngeh2 best9 CT pun penuh makanan jugak lew.. selit 1 je gmbr diri sndiri ngeh2..

    BalasPadam
  6. Dan saya nampak sesuatu yang diberikan pada saya disitu.. TQ Kak Farah..

    BalasPadam
  7. buat throwback nampak.. hehehe..

    BalasPadam
  8. gambar makanan ya yang menjadi highlights di IG farrah. Ramai orang tertarik dengan gambar makanan yang farrah post.. good job. happy new year farrah

    BalasPadam
  9. separuh drpd nya adalah makanan ;-)

    BalasPadam
  10. Hahahaha..rasa sekali dah tak nak lagi. Idea sape la waffle gi buat burger kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.