Khamis, 7 Februari 2019

Stainless Steel Straw

Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.



Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.


Tengok dia teruja semacam, saya pun surveyed di Lazada dan Shopee. Dua-dua ada ye. Jadi, saya belilah satu individual set untuk adinda saya dan satu set lagi untuk Bott. Apa yang saya suka, set ini didatangkan dengan berus kecil untuk bersihkan straw. Mudah nak cuci straw. 

Set stainless steel ini ada banyak pilihan. Macam yang saya belikan untuk Cekengah di atas, sesuai untuk seoranglah. Satu straw biasa, satu yang bengkok sedikit dan satu lagi agak besar diameternya. Sesuai untuk minum cendol, ABC atau sedut bubble tea.

Untuk Bott, saya beli set yang sesuai untuk dua orang. Serba dua strawnya. Juga ada pouch seperti di atas. Ada set untuk famili, malah ada jenis yang kita boleh lipat-lipat macam tongkat tu. So, lebih convenient untuk disimpan dalam beg atau poket. Apa yang lebih menarik, sekarang ni dah ada straw stainless steel yang berwarna-warni. Tepuk dada tanya selera. Pilihlah yang berkenan mengikut cita rasa kalian.

Berminat? Carilah di Lazada atau Shopee ye. Jika diikutkan, saya hendak sertakan link online shop yang saya beli tu. Tapi, malas nak buka aplikasi Lazada. Don't worry. Ada ramai seller yang jual straw ni dengan harga yang berpatutan. Daripada kita rungut tak ada straw, tak ada straw,.. baiklah kita beli satu set untuk diri kita. At least, kita sokong usaha untuk jaga alam sekitar dan sayangi bumi. Secara tidak langsung, kita dah ke arah amalan gaya hidup hijau yang bebas plastik.


Siapa dah ada straw ni? Komen sikit di bawah ye.
OK, jumpa lagi nanti. Bagi teman-teman yang sudi datang, tinggal jejak dan komen, terima kasih banyak-banyak! Sekarang ini sibuk sedikit. Tak sempat nak berblogging atau blogwalking. In sha Allah, saya akan balas kunjungan kalian nanti. 

25 ulasan:

  1. thanks for sharing, first time tgk straw ni..item baru yg mesti ada dlm handbag..hihi..sekrg ni kempen 'sipit'..tak semua minuman boleh 'sip'..

    BalasPadam
  2. tak beli lagi tapi ada jugak dekat lazada, murah2 je harganya siap dengan berus sekali

    BalasPadam
  3. bagus nih.. kurangkan pencemamaran plastik

    BalasPadam
  4. Thank you for mentioning about this straw, kak Farrah. Saya baru je tweet pasal straws sebab saya curious kalau kita beli bubble tea ada ke tak alternative straws yang boleh kita guna :D

    BalasPadam
  5. Berapa harganya tu?

    Akakpun selalu minum air suam je kalau makan di luar. :D

    BalasPadam
  6. Thanks for the info farah. Terfikir juga bila takleh guna straw plastic what is the alternative. Rupanya ada stainless steel straw. Good sharing 👍👍👍

    BalasPadam
  7. Belum ada lagi.. Nak kena cari yang family set..

    BalasPadam
  8. Ada warna warni juga ya. Saya akan check it out nanti :)

    BalasPadam
  9. oooh saya pun kena beli lah ni. saya tak biasa minum air tanpa straw. hehe

    BalasPadam
  10. Saya tengok je kak tak pakai straw pun, sebab minm air masak je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya.. dia minum air masak ja. bila laaa cheq nak hijrah macam Yana ni..

      Padam
  11. Nak beli tapi tak beli beli lagiii

    BalasPadam
  12. im planning to get 1 set for myself. kelakor gak pegi kedai tunggeng gelas.
    buruk naaw prangai gitu.. kat rumah lain le =P

    BalasPadam
  13. Niat nak beli mmg dah ada sjk thn lps, dah check out mcm2 website, tapi x terbeli jg lg... Agaknya sbb di KK masi blh guna straw plastik. Mmg kena beli utk whole family.

    BalasPadam
  14. Nak beli, tapi dah tau kalau spesis pelupa macam saya confirm nak keluar terlupa bawak. Tapi dari tahun lepas dah biasakan diri tak amik straw. Demi penyu. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah. takut da beli, terlupa bwk plak ekk :)
      aida ler tu! sure nanti kena bebel dgn asben ha ha ha ha ha...

      Padam
    2. and, lupa nak inform.
      aida pun sekeluarga most of the time makan luar, order air suam.
      anak2 ada la request nak air ais. kekadang jer ditunaikan, farrah.
      nak mendidik diorang jgn asyik nak minum ais aje.

      Padam
  15. aida memang nak beli ni, farrah.
    maklum ler, anak ramai.
    ke mana2 jer nak minum air, nak straw.
    aduhai. tq for sharing and suggesting this.

    BalasPadam
  16. Salam Kak Farrah, kita datan jengah sni.. ingt kita lagi x? :D

    BalasPadam
  17. Tempat Cik Mimie masih lagi diberi straw palstik tu.. opps!

    BalasPadam
  18. Nak kena bli satu, macam unik je straw stainless steel ni :)

    BalasPadam
  19. wahh canggih siap ada berus nak cuci tu.. ekin xde lagi nanti nak kena cari gak ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...