Jumaat, 26 April 2019

Berehat di Tengah Bukit Bintang

Sekarang ini, kita perlu bijak merangka dan menjaga ekonomi kita sendiri. Bukanlah untuk hidup mewah semata-mata, tetapi untuk tanggung segala komitmen yang kita ada. Sebolehnya, apa yang kita belanjakan itu biarlah berbaloi dengan nilai wang kita. Kebanyakan kita bekerja. Tidak kiralah di bandar atau di luar bandar, kadang-kadang kita kena pergi outstation (ditugaskan di luar kawasan). Bagi korang yang berasal dari luar Kuala Lumpur, kalau korang ada kerja atau tugasan yang perlu dilangsaikan di sekitar Bukit Bintang, di sini saya nak kongsikan 1 hotel yang boleh korang take into consideration just in case korang nak menginap dan bermalam  di Kuala Lumpur.


Hotel yang saya maksudkan ialah Metro Hotel Bukit Bintang, dan korang kalau nak book cheap Metro Hotel Bukit Bintang rooms, korang boleh try cari secara online so that korang boleh buat perbandingan harga dan dapat rate paling rendah. Barulah berbaloi!


Metro Hotel ni cukup selesa. Merupakan sebuah hotel 3 bintang, terletak 1250 meter dari Rumah Penghulu Abu Seman dan 1.8 km dari Petronas Twin Towers. Metro Hotel Bukit Bintang menyediakan bilik kontemporari untuk para tetamu sejak tahun 2013 lagi. Hotel ini terletak sekitar 30 minit walking distance dari pusat bandar. Ada stadium, bar dan restoran kat area itu. Tempat menarik yang mungkin akan menjadi perhatian korang termasuk galeri, menara dan kolej. 

Metro Hotel Bukit Bintang menyediakan penginapan dengan 119 buah bilik yang selesa termasuk pendingin hawa, Wi-Fi, peti keselamatan laptop, meja tulis dan sofa. Bilik-bilik ini direka dengan hiasan moden dan mempunyai lantai berpermaidani. 


Korang boleh menjamu selera di Kameya dan Grand Palace, 5 minit berjalan kaki dari hotel. Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama juga terletak berhampiran. Malah, untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hanya mengambil masa tak sampai dalam 25 minit perjalanan. Sangat convenient.

Hotel ini turut menyediakan breakfast untuk korang. Jadi, korang boleh penuhkan perut korang terlebih dahulu sebelum korang keluar pergi meeting atau kerja. Ada pelbagai pilihan hidangan dalam menu breakfast yang akan buatkan korang rasa terliur. 


Reception di sini beroperasi 24 jam. Jadi, kalau ada masalah kat bilik boleh minta tolong front desk tak kira pukul berapa pun. Kalau korang travel by car, korang boleh park kereta korang di kawasan parking yang berbayar. Korang juga boleh request bilik non-smoking ikut keselesaan masing-masing. Hotel 3 star dah macam nak dekat dengan 5 star kan? Hehehe. Tapi kalau nak stay sini, satu je saya nak ingatkan - jangan pula bawa haiwan peliharaan korang menginap sekali sebab hotel ini mengamalkan polisi  ‘No pets allowed’. Risau akan ganggu keselesaan guests lain pula nanti. 


Di sini, ada juga restoran yang berdekatan just in case korang nak tukar selera makan. Dalam bilik pun ada cerek untuk korang masak air panas. Hence, the choice is yours sama ada nak minum je kat dalam bilik hotel, nak makan free breakfast yang disediakan untuk guests hotel atau nak keluar cari restoran mana-mana mengikut cita rasa. Pihak hotel juga ada menawarkan room service untuk korang yang malas nak keluar dari bilik. 

Hotel ni turut sesuai untuk company yang nak anjurkan kursus atau seminar sebab ada banyak facilities seperti meeting room, banquet room dan business centre untuk print all the documents yang korang perlukan. Selain itu, kalau korang nak cuci baju, hotel ini ada servis laundry untuk menyenangkan korang. Jangan risau kalau baju terkena sos cili ke…mustard ke…kuah gulai ke… korang terus je hantar ke bahagian laundry hotel atau panggil staff mereka untuk datang ambil di bilik. 



Terdapat banyak pilihan bilik di hotel ini - superior, deluxe, executive deluxe dan family room untuk datang dalam bilangan yang ramai. Nanti korang pilihlah bilik yang sesuai untuk korang. Syokkan kalau korang dapat buat cheap Bukit Bintang Hotels booking dengan harga yang agak murah, boleh save bajet korang tetapi pada masa yang sama dapat menikmati keselesaan dan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Next time, kalau korang ada plan nak stay di Bukit Bintang, korang try  menginap dua malam kat sini. Saya jamin yang korang akan berpuas hati. Relaxing di tengah bandar while finishing your work, is something rewarding.

10 ulasan:

  1. Wow menarik... saya tinggal di kl tpi why not bila sesekali nk release tension dan xmo penat driving

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sekali-sekala kalau nak short weekend getaway ke...apa salahnya kan?

      Padam
  2. Dah mcm 5 star dah, bilik pun luas.

    BalasPadam
  3. Not bad bilik dia dan amenities provided.

    BalasPadam
  4. lamanyaa dah tak check-in mana2 hotel kat KL.. lama sangat dah ='(

    BalasPadam
  5. memang nampak selesa... area mana ya hotel ni? x perasanlah pula

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...