Jumaat, April 26, 2019

Resepi Air Fryer - Cucur Roti Mudah

Assalamu'alaikum. Hai semua!
Lama betul tak bersiaran di tower ini. Mujurlah masih boleh nak log masuk.

Okey, hari ini saya nak kongsi satu resepi air fryer. Kita buat cekodok roti guna air fryer. Tidak goreng guna minyak. Easy-peasy. Apa bahan-bahan yang diperlukan? Check di bawah ya.


Cucur roti | Cekodok roti

Bahan-bahan:
  • Beberapa keping roti putih biasa/ roti fibre. Cucur roti dalam gambar di atas saya guna roti fibre. Jadi, warnanya lebih gelap berbanding jika guna roti putih. Selalunya di rumah ini, roti yang dah expired akan mendiami peti sejuk buat beberapa ketika. Agak-agak rajin tu datang, kita buatlah cucur roti atau puding roti untuk dimamam.
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 - 2 cili hijau dihiris halus
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa 

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Carik-carik roti kemudian letak air sedikit demi sedikit. Pastikan jumlah air dikawal kerana kita mahukan bater yang boleh dikepal atau dibentuk. Air guna air biasa sahaja. Tak perlu guna air panas. 
  2. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau, telur dan garam. Gaul rata semua bahan.
  3. Bentukkan menjadi bulat-bulat kecil. Boleh guna tangan (basahkan tangan dengan sedikit air supaya adunan cucur tidak melekat dan senang dibentuk) atau boleh bentukkan guna sudu dan masuk terus ke dalam air fryer.
  4. Masak dalam air fryer. Suhu dan masa berbeza mengikut jenis air fryer. Agak-agaklah. Macam saya, untuk satu batch tu saya masak guna suhu 160 darjah celcius, sekitar 7 - 10 minit. Kalau nak guna 180 darjah celcius, singkatkan masa memasak. 
  5. Sesudah siap, hidangkan dengan sos pilihan atau gulai. Yang penting, hasilnya rangup di luar, lembut di dalam. Yummmehhh!

Untuk menyedapkan lagi cucur roti ini, boleh juga masukkan jagung dan daun bawang.


Selamat Mencuba!




6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yes. Bolehlah enjoy makan lebih sikit sebab tak guna minyak.

      Padam
  2. Wah.. guna roti.. selalu sha jumpa guna nasi.. hehehe.. cam sedap je kak..

    BalasPadam
  3. macam buat cekodok nasi. eeeh dapnye cekodok !! buat bukak posa nanti =D

    BalasPadam
  4. hntr laa sikit ke sini utk berbuka nnt hehee

    BalasPadam
  5. Wah, nak try.. Rumah mrs pip slalu ada lebihan bread, duduk bertapa dlm peti sejuk smpai x tau nak buat apa .. So tq for the recipe.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.