Sabtu, Mei 04, 2019

Ramadan 1440 - Tadabbur dan Jurnal Al-Quran

Seperti tahun-tahun lepas, saya akan cuba masukkan aktiviti tadabbur dalam rutin Ramadan saya. Tidak dapat banyak, sedikit jadilah. Tahun ini, saya cadang nak luangkan masa lebih untuk sesi tadabbur dan tambah satu lagi aktiviti buat jurnal Al-Quran berdasarkan ayat-ayat yang saya pelajari.

Saya dapat idea ini melalui Sister Ameenah yang aktif berkongsi mengenai Quran journaling. Menarik kan? Insha-Allah, untuk Ramadan kali ini, saya akan bertadabbur guna ayat-ayat saranannya. Perkongsian ini diambil dari entri Sister Ameenah sekitar Ramadan tahun lepas. Harap sama-sama boleh kita manfaatkan.

Thanks so much, Sister Ameenah. May Allah reward you handsomely for your kindness and sharing.

Cara Buat Jurnal al-Quran

Berikut disertakan beberapa tips untuk sesi tadabbur dan cara untuk membuat nota/jurnal:
  1. Sediakan satu buku khas sebagai Jurnal Al-Quran. Tulis ayat dan maksud. Bagi yang ada tafsir Al-Quran, bolehlah gunakan sistem tagging untuk tandakan ayat. Nota-nota boleh tampal guna sticky notes di tepi ayat yang berkenaan.
  2. Tulis/senaraikan apa yang kita faham tentang ayat itu. Pada masa yang sama, fikirkan pengajaran ayat, mengapa ayat diturunkan, kepada siapa, kaitkan dengan keadaan kita dan bagaimana ayat itu boleh kita relate dengan situasi semasa.
  3. Tulis catatan ringkas di tepi ayat. Misalnya peringatan untuk diri, apa yang kita akan lakukan setelah belajar ayat ini, macam mana nak amalkan dalam kehidupan seharian dan tulis sekali doa-doa kita. Bila kita tulis, nampak depan mata, visi akan jadi lebih jelas.
  4. Kalau rajin, hiaslah nota/jurnal kita. Macam planner addicts atau bullet journalists selalu buat tu.


Selamat Beribadat di Bulan Ramadan.



11 ulasan:

  1. dalam process nak belajar tadabbur. slowly but surely insyallah.
    tak dapat banyak sikit pun jadilah. baby steps katanya.. hehe.. insyallah nawaitu baik dibulan mulia mudah2an dipermudahkan..

    salam ramadhan dan selamat berpuasa kakak =)

    BalasPadam
  2. menarik ni. moga2 ana juga dpt buat nant. salam ramadhan kak farah :)

    BalasPadam
  3. perkongsian yang ohsem kak Farah..

    BalasPadam
  4. Interesting!
    Selamat berpuasa Farah.

    BalasPadam
  5. wahhh bagusnya aktiviti ni. Good luck & all the best. Selamat berpuasa ye :)

    Farhana Jafri

    BalasPadam
  6. selamat berpuasa kak farah!! alangkah bestnya kalau hari2 dpt membaca :)

    BalasPadam
  7. Menarik perkongsiannya. Selamat menjalani ibadah Ramadhan tahun ni Farrah :D

    BalasPadam
  8. yg betul2 nak habiskan pembacaan boleh follow step2 ni.

    BalasPadam
  9. Still baby steps ... Mrs pip hope dpt khatam quran ramadhan ni, but still few more juzuk to go ... nak try juga buat quran journaling ni, but maybe after raya , insya allah... Tq share

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.