Rabu, Julai 24, 2019

Kecintaan pada si Flamingo

Belakangan ini, saya perasan yang saya kerap beli bahan-bahan untuk buat kraf bertemakan flamingo. Entah kenapa entah...berkenan pula dengan rupa paras burung merah jambu yang comel ini. Cuba tengok pelekat-pelekat di bawah. They are so adorable!


Set pelekat sebelah kiri tu ada ciri-ciri 3D. Saya beli di kedai buku di Bukit Rahman Putra. Timbul dan berlapis pelekatnya. Cantik untuk dibuat sebagai hiasan utama kad atau scrapbook page. Sebelah kanan pula, pelekat-pelekatnya lebih kecil dan latar belakang pelekat jenis transparent. Set ini dibeli di Mr. DIY. Tidak silap saya, 5 keping tu harganya di bawah RM2.50. Buat background cantik ni. Dahlah siap ada ciri-ciri tropika gitu. Berkenan betul saya!

Setiap kali terpandang set-set pelekat ini di dalam bilik kraf, punyalah tergaru-garu hati nak buat kraf.  Dah lama beli dah sebenarnya. Tiada masa nak 'berkarya dan bereksperimen'. Tambahan pula sekarang ini, ibu jari saya belum boleh buat kerja-kerja yang menggunakan tekanan sangat. Dah semakin pulih, cuma masih dalam fasa berjaga-jaga. So, kenalah jaga elok-elok. Dek kerana sebelum ini dah abaikan dan aniaya dia, semenjak dua menjak ini saya memang sayang ibu jari lebih sedikit ahaks 🤣

Minggu lepas, (walaupun ketika masuk kedai pasang niat nak window shopping sahaja) saya beli clear stamps dan sticky notes di Mr. DIY. Pun bertemakan flamingo. Tunggulah, nanti apabila keadaan diri dan masa mengizinkan, saya muat naik hasilnya di sini. Kalian rasa flamingo dan tema tropika seperti di atas tu sesuai untuk buat kad apa? Kad hari lahir ke...get well soon card ke....

Sebut tentang flamingo, dari dahulu lagi saya suka akan quote di bawah:



Siapa geng dengan saya suka flamingo? Cuba angkat tangan sikit!

12 ulasan:

  1. sy pun suka design flamingo. cute benorrr.. biasa cari kat kedai ECO RM2 atau kat Mr DIY

    BalasPadam
  2. comel...buat kad ucap tahniah pun ok rasanya..

    BalasPadam
  3. flamingo comel sbb kaler pink..
    sy suke pink.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak suka pink sangat, tapi pink flamingo memang jatuh cinta :)

      Padam
  4. banyaknya flamingo. Tiba-tiba teringat ada larian medal flamingo sempena bulan kanser payudara

    BalasPadam
  5. comelnya.. Tambah warna pink.. Ini kalau amani dan imani nampak nie, memang suruh beli je..

    BalasPadam
  6. sy suka hotel flamingo je kn nina mads?😅

    BalasPadam
  7. flamingo, swan & unicorn antara fav nina.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.